CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video : "Apa Jadi Dbkl? Parking Dalam Kaw. Perumahan?

16-3-2015 03:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9841| Komen: 52

Video : "Apa Jadi Dbkl? Parking Dalam Kaw. Perumahan?


Nampaknya, peraturan tempat memarkirkan kenderaan makin celaru dan memeningkan masyarakat negara ini.

Mana taknya, ada pihak mendakwa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) galak menyaman kenderaan walaupun ia diparkirkan di kawasan yang tidak menganggu lalu lintas.

Melalui ruangan Facebook, satu rakaman video menunjukkan dua penguatkuasa DBKL sibuk menjalankan tugas mereka menyaman motosikal yang diletakkan di bawah sebuah kawasan perumahan bertingkat. Dah kenapa pulak?


Kalau dilihat melalui mata kasar, kenderaan-kenderaan ringan itu tidak melakukan sebarang gangguan mahupun merisikokan keselamatan lalu lintas kerana ia diletakkan di tepi koridor.

Teringin juga nak tahu, apa yang menjadi punca pihak berkuasa menyaman kesemua motosikal itu, kan?

Melalui video sama, kelihatan seorang lelaki cuba mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tindakan DBKL itu, malah dia juga cuba membela pemilik kenderaan lain yang menggunakan ruang sama untuk meletakkan motosikal mereka.

Namun tak dapat dipastikan apa yang dibualkan individu itu dan pihak DBKL kerana rakaman amatur tersebut kurang jelas dari segi audio.

Apa-apapun, andai ia menjadi satu kesalahan, tak tahulah dekat mana lagi tempat yang sesuai untuk memarkirkan kesemua kenderaan itu.

Diharapkan, ada pihak yang membuka mata dengan isu ini kerana mangsa utama sudah tentulah masyarakat berpendapatan rendah yang bergantung kepada gaji untuk menampung kehidupan seharian. 
Nampaknya, lepas ni masing-masing kena heret motosikal naik dan parking dalam rumah lah! - MYNEWSHUB.CC




16

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abdulariff 14-3-2015 08:39 PM
Dari video nampak diorang saman yang parking kat kaki lima ja? Laluan jalan kaki?
Quote belilies 14-3-2015 08:40 PM
Yes... Laluan pejalan kaki.. Klu derang saman gak yg lain, ini agak adil.
Quote mak_wa95 14-3-2015 08:41 PM
masing2 nak mencari sumber kewangan
Quote pooh~key 14-3-2015 08:45 PM
selalunya dbkl akan buat aktiviti saman bila ada orang report bukan? baik korang cari siapa malaun yang report tu beramai-ramai...
Quote gekkou 14-3-2015 08:48 PM
Ntah2 penduduk ctu gak yg wat report ke dbkl
Kat rumah aku ni kedai2 tepi jln yg dok letak kosi kat parkinh area
Dbkl x nk amik tindakan kah?
Dah sah2 ada line utk menandakan parking space.
Quote aku_ker 14-3-2015 08:49 PM
Ni flat dbkl la, under mgmt dbkl. Parking kaki lima sape suruh, dah disediakn tmpt parking moto.
Quote Crystars 14-3-2015 08:53 PM
lenkali parking dlm umah, masuk dlm bilik tido dgn  moto2 sekali....dh ada tempat parking pesal menyusah org nk lalu kt kakilima...tu blm lg kes moto masuk dlm lift
Quote Orix 14-3-2015 09:02 PM
kalo takut moto hilang, nak sgat motor tu senang dipandang n dilihat sbb takut kene curi, kasi angkut itu motor, kasi masuk itu dalam punya rumah... ayoyoyo...
Quote Decaffeinated 14-3-2015 09:03 PM
kalau dah kena saman tu mestilah ada perlanggaran undang2....

aku saspek ini kesalahan di bawah seksyen 46(1)(g) AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 - Memberhentikan kenderaan di siar kaki

wallahu'alam

Quote scorpionkiki 14-3-2015 09:19 PM
Kalau ada oku yg ber'wheelchair' tentu akan menyusahkan oku tersebut...
Quote oni313 14-3-2015 09:24 PM
tu namanya koridor laluan, tp bantai pegi park moto kat situ , kot2 ada kecemasan, org sakit, nak kena usung pakai stretcher, tak ke susah camtu?  

tu pasal la sometime ada kes khianat, org pegi bakar motorsikal,tak puas hati punya pasal... selayaknya lah kena saman bak kata sissy sembah
Quote bazinga 14-3-2015 09:38 PM
Aku tak pahamla org nak park motor kt tpt yg tak sepatutnya,, tpt aku, dahla laluan tak luas mana, sume pakat letak motor kt situ, padahal, ada jek parking mptor dekat situ.. Dah tu pi park kt tpt pigeon hole, org nak amik surat pun susah..
Quote JohnDeSouza 14-3-2015 10:06 PM
Crystars replied at 14-3-2015 08:53 PM
lenkali parking dlm umah, masuk dlm bilik tido dgn  moto2 sekali....dh ada tempat parking pesal meny ...

hang ni x paham ka apa rasanya moto kena curi?
Quote MulutBecok 14-3-2015 10:07 PM
Korang faham tak perasaan parking moto penuh sampai tak tahu nak parking mana? Tanya jew
Quote kelip2_07 14-3-2015 10:12 PM
dbkl bangang mmg brt seblh..klu kaum yg satu tu meniaga bukak meja smpai ganggu lalu lintas xde plak kena saman..smpai penuh jln pn xpe..kuat sgt mkn paw..
Quote lavabutang 14-3-2015 10:18 PM
Mcmni rupa nyer keadaan kehidupan smiskin2 ekkk..

Patut la dorang jeles dgn org kaya..


Quote cucumberkl 14-3-2015 11:04 PM
Yg pasti sume majlis bandaran makan RASUAH
Byk je kedai mkn yg letak kusi meja dlm kotak paking
Xde tindakan pon
Tungu mati kena langgar baru take actin, pastu buat BODOH
Quote waksir 14-3-2015 11:29 PM
seeloknye dbkl perlu la adil dlm kes saman kenderaan ni.
mmg bagus jalankan tugas TAPI ... jgn hanya sama kenderaan org lain je. Kenderaan milik dbkl & staf dbkl pun elok disaman gak.
Mmg slalu nampak kenderaan dbkl parking sesuka hati je, sbb drebar & penumpang nye gi makan.
Patut kena amik tindakan yg sama gak la.
Quote FOTHER-MUCKER 15-3-2015 12:44 AM
setengah orang malaysia memang suka langgar undang undang, keras kepala. ni mesti flat DBKL, sebab tu DBKL datang untuk saman parking macam tu. apasal tak parking tempat yang betul? atau yang di sediakan?

Bila DBKL nak sama tak boleh terima, suka lawan, nak juga menang walaupun dah terang2 salah.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052272 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top