CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Kurang Gula Buat Mood Anda 'SWING'

17-3-2015 12:27 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1914| Komen: 0

LadyLista - Dalam sehari, mood anda tidak tetap. Sekejap ceria dan penuh bertenaga, sekejap muram tidak bermaya seperti mayat hidup. Tahu kenapa? Semuanya berkaitan gula. Ramai antara kita yang menghidapi masalah moody sebegini, dan kebiasaannya normal kecuali ada ketikanya, kadang-kadang golongan ini sakit kepala, ketar-ketar, kelihatan pucat dan lain-lain kerana mereka ini lapar.

Sedekad lalu, diagnosis kepada masalah ini dinamakan hypoglycemia (kurang gula dalam badan), punca kepada masalah lupa, tekanan (depression), terjerit-jerit sendirian.

Namun kini, penemuan terbaru menafikan keadaan mood tidak menentu ini berpunca dari hypolycemia semata-mata. Namun, baiknya, diagnosis terhadap hypoglycemia berpanjangan bermaksud ada 'sesuatu' yang bermasalah dalam badan. Jika hormon dalam badan anda 'terlebih alert', anda bakal menghadapi simptom yang merimaskan. 


Dan ini kebarangkalian bukan berpunca dari badan yang berpenyakit, namun lebih kepada tabiat pemakanan/diet anda sendiri.

Badan anda tidak gemar kepada kekurangan gula, kerana otak memerlukan gula berpanjangan untuk terus berfungsi. Jika otak terganggu, segalanya akan rosak. Sekali badan menerima amaran kandungan gula rendah dan bertindak dalam mod panik, keadaan kecemasan ini akan berterusan sekurang-kurangnya setengah jam.

Tidak kisahlah jika anda kemudiannya cuba memakan makanan lain, anda perlu menunggu tindakan hormon panik hilang untuk kembali mendapat keadaan badan normal. Badan nampaknya mempunyai sistem gila dalam mengelakkan kekurangan gula. 

Namun, melalui pemakanan berkarbohidrat yang betul dan sedikit perubahan pada diet, anda mampu mengelakkan tragedi diatas. 

1. Mulakan Dengan Sarapan pagi 
Jika selama ini anda bersarapan dengan makanan segera yang menyebabkan peningkatan dan pengurangan gula mendadak, beralihlah kepada makanan berproten dengan sedikit lemak. Kedua-dua makanan ini mampu melambatkan penyerapan gula, lambat untuk dicerna. 
Contoh: Jus dan telur putih (atau roti sarat dengan kekacang) dan mentega kacang. 
Ideanya, anda mahukan makanan dengan kombinasa makanan yang melepaskan gula secara perlahan dan berpanjangan dalam badan. 

2. Elakkan Menjadi Terlalu Lapar 
Berlapar berpanjangan menyebabkan anda terlebih makan makanan manis (sesiapa ada coklat?). Dan jika anda terus tidak makan, anda akan terlebih makan pada sesi makan seterusnya kerana otak mengambil masa 20 minit lebih untuk menerima mesej bahawa anda sudah kenyang. Untuk memproses makanan berlebihan ini, badan akan kurangkan fungsi kurang penting, tumpuan diberi bagi mencerna makanan. Tekanan darah menjadi rendah, degupan jantung bertukar perlahan begitu juga aktiviti mental. 

3. Sila Makan Bagi Mengimbangi Senaman 
Senaman bagus untuk kesihatan dan mood, namun senaman juga menyebabkan anda kekurangan gula jika anda tidak makan. Untuk mengelakkan masalah ini, makan sedikit (pisang contohnya) sebelum memulakan senaman. Juga minum ketika bersenam dan makan sedikit snek selepas peluh kering selepas bersenam. 

4. Ketahui Jika Caffeine Adalah Penyebabnya 
Caffeine dikesan sebagai punca sensitiviti badan terhadap kekurangan gula (walaupun ada kajian lain juga menyatakan caffeine juga adalah punca kepada peningkatan gula). Mana-manapun, caffeine adalah punca kepada ketidakstabilan hormon, terlebih alert dan sebagainya. Segera kurangkan pengambilan caffeine bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. 

5. Beri Perhatian 
Jika anda rasa anda menghadapi simptom-simptom badan di luar keadaan normal, dapatkan pemeriksaan doktor. Jika simptom yang dihadapi berlaku makin kerap anda mungkin: (a) mengandung dan menderita perasaan takut (b) berkemungkinan menghidapi penyakit serius hypoglycemia(barah rembesan insulin ataupun kanser adrenal). 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.082423 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top