CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Cuci SEMUA Stress Anda

18-3-2015 10:59 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1966| Komen: 0

LadyLista - Pernah jadi tak, satu masa apabila anda sendiri rasa malas mahu bangun dari katil. Rasa mahu habiskan satu bekas ais krim dan baring tanpa buat apa-apa. Itu sebenarnya tanda-tanda anda mengalami stress. Vicky Vlachonis dalam bukunya berjudul ' The Body Doesn't Lie' mendapati mandi dapat membantu anda lebih daripada sekadar membersih diri anda.

"Mandi, tak kira ianya lama, sekejap atau hanya sekadar membasuh tangan, mampu untuk mengurangkan kadar stress anda dan juga sakit otot." kata Vlachonis.

Jadi gunakan rahsia ini untuk kurangkan stress harian anda:

Buang segala masalah anda seperti air yang mengalir

Sebab ianya ritual semulajadi, mandi sememangnya adalah masa yang intimate untuk kamu dan diri kamu sendiri.Kajian daripada Universiti of Michigan mendapati, mandi membantu melepaskan perasaan syak wasangka atau rasa menyesal seseorang kerana pelakuan mencuci itu ertinya pembersihan dan kebebasan. Semasa kamu mandi, tutup mata dan cuba selami perasaan marah dan sakit yang menyelubungi perasaan anda. Jika anda rasa ia tersekat di bahu atau leher, alirkan air yang hangat pada bahagian tersebut dan anda akan dapati tubuh anda akan lebih releks. Tindak balas ini dalam masa yang sama akan melepaskan stress dan juga minda anda turut sama melepaskan stress.

Bersihkan kebimbangan anda dengan bersihkan tanganmu

Memang benar, tak mungkin untuk semua situasi anda perlu mandi. Jika ditempat kerja, anda berhadapan dengan bos yang menggila, bagaimana anda mahu mandi? Jadi, ada baiknya anda ke tandas dan lakukan terapi mencuci tangan anda.Kajian yang sama juga mendapati, dengan menggosok poin-poin tertentu pada tangan memberikan efek yang sama pada mental seperti anda mandi. caranya mudah, tutup mata anda dan rasakan air  yang mengalir seperti mencuci kebencian didalam hati anda. Ia secara tidak langsung akan mengembalikan tenaga positif pada anda.

Mandian sejuk

Selalulah menukar suhu air mandian. Mulakan dengan mandian panas dan diakhiri dengan mandian sejuk.Ini dapat membantu untuk mencergaskan ada. Air sejuk dapat merangsang otak untuk melepaskan noradrenalin (antidepresan semulajadi). Ini bermaksud anda dapat hari anda dengan lebih ceria.

Semoga anda lebih manfaatkan mandian anda. Mulakannya hari ini.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.026331 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top