CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Tok Gajah rebah di Kuantan

19-3-2015 11:47 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2995| Komen: 0



PAHANG gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada kelab dari Hong Kong, South China pada aksi Kumpulan G saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Tok Gajah bagaimanapun kekal di tangga kedua dengan empat mata, satu mata di hadapan pasukan dari Myanmar, Yadarnabon FC yang menewaskan Global FC dalam satu lagi aksi Kumpulan G semalam.


Ketiadaan tonggak serangan, Dickson Nwakaeme, Matias Conti dan Fauzi Roslan jelas dirasai apabila barisan serangan Pahang yang diketuai Mohd. Rizua Shafiqi Kamaruzaman dan Azidan Sarudin gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan untuk menghasilkan jaringan.

Sebaliknya, South China yang hanya sekali-sekala melancarkan serangan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi rembatan Chan Siu Ki dari luar kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Mohd. Khairul Azhan Khalid.

R. Gopinathan yang kerap kali berjaya mengatasi pemain pertahanan South China menerusi larian kencang dan kawalan bola yang baik, namun tidak cukup untuk menewaskan penjaga gol lawan, Mora Medrano.


Memasuki minit ke-63, pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan memasukkan pemain muda yang juga penjaring terbanyak Piala Presiden setakat ini, Mohd. Faizal Abdul Rani menggantikan R. Surendran.

Sementara itu, di Stadium Shah Alam, Terengganu melangkah ke suku akhir Piala FA dengan bergaya apabila mempamerkan kebangkitan lewat dengan menewaskan Selangor 3-1 selepas masa tambahan apabila kedua-dua terikat 1-1 malam tadi.

Skuad Gergasi Merah yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Sarawak 2-0 dalam aksi Liga Super di laman sama minggu lalu, memperoleh gol pertama menerusi De Paula pada minit ke-21.

Pasukan bimbingan Abdul Rahman Ibrahim cuba mengasak benteng pertahanan Selangor tetapi tiada sebarang percubaan tepat berjaya dihasilkan. Saat yang dinanti-nanti Terengganu akhirnya tiba apabila pemain pertahanan skuad Penyu, Vincent Bikana menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89. Beraksi dalam masa tambahan, pemain pertahanan import Selangor, Robert Cornthwaite gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-104.

Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic terdesak mencari gol penyamaan akhir dihukum oleh pasukan pelawat apabila Zairo Anuar Zalani meledak gol ketiga Terengganu pada minit ke-120.
Skuad Penyu bakal menentang Perak pada aksi suku akhir Piala FA, April depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.033770 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top