1. Rangka seorang wanita yang mati dikerusi dijumpai setelah 42 tahun Wanita yang dilaporkan hilang ditemui di kerusi ruang tamu berhadapan TV setelah 42 tahun menghilang. Hedviga Golik, dilahirkan pada tahun 1924, merupakan rakyat Croatia dikatakan membancuh segelas teh sebelum duduk di kerusi pilihannya dengan TV yang masih lagi menggunakan teknologi hitam putih. Polis Croatia berkata kali terakhir melihat mangsa adalah pada 1966 oleh seorang jiran. Jirannya menyangka dia telah berpindah di sebuat flat di Zagreb. Bagaimanapun, dia ditemui polis setelah polis memecah masuh ke dalam kediamannya untuk mencari siapa pemilik flat berkenaan. Semasa memasuki tempat tersebut, polis dapat merasai keadaaan yang sangat sejuk. Cawan yang dipercayai digunakan Hedviga untuk menghirup teh terakhir masih lagi disitu dan keadaan rumah tersebut dipenuhi oleh barang-barang lama pada zaman lama. Walaupun telah berdekad lamanya, tiada sebarang kerosakan dilihat ditempat tersebut selain hanya dipenuhi oleh banyak sarang labah-labah.
Walaupun pelbagai undang-undang Croatia untuk membenarkan pihak berkuasa memecah masuk flat yang terbiar, tiada siapa selama ini masuk ke flat Hedviga yang menyebabkan dia mengeras di dalam flat tersebut selama lebih 4 dekad. 2. Mayat wanita yang mati di sofa dijumpai setelah 3 tahun Pada Januari 2006, polis menyelongkar satu rumah di Wood Green di atas laporan tunggakan pembayaran mendapati satu penemuan seram. Terbaring di atas sofa adalah satu rangka seorang wanita berusia 38 tahun yang telah mati 3 tahun lepas. Di satu sudut lain, televisyen masih lagi terpasang beserta dengan hadiah Christmas yang masih lagi tidak dibuka di atas lantai selain pinggan-mangguk yang masih lagi berlonggok di dalam sink dan segunung surat diselit dibawah pintu utama. Dijangka mati pada akhir 2003,kematiannya tidak sedari oleh sesiapa walaupun bau busuk menyelubungi seluruh apartment. Disebabkan kesukaran untuk mengecam mayat, polis mengenal pasti mangsa dari satu gambar yang dikenali sebagai Joyce Vincent yang mana gambar tersebut terlihat JOyce sedang senyum. 3. Lelaki yang mati dirumah dan hanya disedari oleh cleaner setelah 2 tahun Seorang lelaki mati di flat rumahnya tanpa disedari oleh sesiapa setelah lebih 2 tahun. rangkanya dijumpai dengan hanya memakai sepasang stokin dan ditemui dibelakang kerusi rehat di Brighton,timur Sussex. 11 hari sebelum mayatnya dijumpai, tuan tanah ada datang untuk berjumpa dengan penyewa kerana mendapati banyak bil bulanan apartment tersebut tertunggak. Jiran ada memberitahu bahawa mereka terbau benda 'kurang menyenangkan' sudah lama dan menyangkakan mungkin penyewa telah berpindah tanpa mengemas rumah tersebut. Setelah digeledah masuk, polis menemui mayat Mr Allen dan setelah diperiksa mangsa telah mati pada Disember 2010. Sebab kematian adalah kerana semulajadi. 4. Rangka lelaki tua dijumpai mati 15 tahun lalu lengkap berpakaian tidur Telah pun menjadi rangka, dengan lengkap berbaju tidur, mayat ditemui selepas 15 tahun disatu rumah terbiar.Polis menemui kesukaran untuk mengecam rangka mangsa dan mereka percaya bahawa ia rangka kepada tuan tanah tersebut. 5. Mayat lelaki German yang dijumpai selepas 7 tahun Pada tahun 2007,satu rangka mayat dijumpai diatas katil dan dipercayai telah mati 7 tahun lepas.Sadis sekali, lelaki yang dipercayai tidak bekerja ini tinggal berseorangan. Polis percaya, lelaki ini menerima surat daripada kebajikan masyarakat setempat pada hari dia mati. Turut ditemui satu kotak rokok, buku panduan televisyen dan syiling Deutschemark yang mana sudah tidak dikeluarkan. Yang peliknya, apartment tersebut berkongsi dengan beberapa buah pejabat dan apartment yang lain. Namun tiada siapa yang pernah hidu bau busuk atau bangkai. Dan yang paling pelik adalah lelaki ini bukan dalam senarai 'hilang'. Tiada seorang ahli saudara yang melaporkan kehilangan.. Dia seperti tidak 'dirindui' |
ADVERTISEMENT