CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Seks Bantu Cantikkan Kulit

20-3-2015 04:19 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3145| Komen: 1


LadyLista - Bagi mereka yang sudah berkahwin, mungkin tak tahu, hubungan intim bersama pasangan anda itu sebenarnya memberi banyak manfaat bukan sahaja pada kesihatan anda, tetapi juga pada kecantikan wajah anda. Jom baca : 

1. Ia buat kulitmu mekar kemerahan. Sama seperti apa jua senaman fizikal yang lain, seks melancarkan aliran darah. Untuk menangani aliran darah yang meningkat, kapilari darah pada wajah akan mengembang, memberikan kulit kemekaran sihat – seperti kamu baru selesai berlari 5KM.

2. Ia menghindarkan daripada kesan penuaan. Anggap seks sebagai tambahan kepada krim anti penuaan. Tahap estrogen yang seimbang  bukan sahaja membantu kulit kekal lembut tetapi juga anjal. Sebagai tambahan, seks boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi kamu, jelas Julie Karen, M.D, yang mengurangkan keradangan, proses yang lama kelamaan akan melemahkan kolagen dan elastin.


3. Ia menghapuskan jerawat. Tak sangka kan? Ia boleh membersihkan pori-porimu. Ketika seks, tubuh mengeluarkan hormon yang menaikkan mood dipanggil beta-endorfin, yang mempunyai efek anti-keradangan. Paras kortisol hormon tekanan yang menggalakkan jerawat – akan menurun bila kamu kerap ‘bersama’. Lagi kerap, makin bersihlah kulit.

4. Ia menghidrat kulit. ‘Aksi-aksi’ yang kerap diulang akan memastikan paras hormon pun stabil, jelas Yvonne Fullbright, Pd.D. Ini penting untuk estrogen, yang memainkan peranan penting di dalam penghidratan kulitmu. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote jay_07 24-3-2015 05:05 PM
Patut lah kulit aku cantik je.. bak kata isteri aku.. huhu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.018999 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top