CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Kenali Diri Kamu Melalui Stail Rambut

24-3-2015 12:57 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5639| Komen: 4

LadyLista - Jadi apa stail rambut kamu kini bercerita mengenai personaliti kamu? Kenapa tak percaya? Stail rambut juga mempengaruhi siapa kamu dalam diam sebenarnya. 


1. Rambut panjang dan mengurai (ikal)

Katanya: Seorang yang seksi, ultra feminin dan cantik.
Personaliti: Seorang yang bijak berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

2. Rambut panjang dan lurus


Katanya: Daya sensual yang tinggi, penggoda, kategori low-maintenance, tidak serius.
Personaliti: Seorang yang bijak dan sentiasa happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa memerlukan pertolongan.

3. The Bob

Katanya: Suka kepada kekuasaan, elegen, kekuatan dan simple.
Personaliti: Seorang yang tegas dan sentiasa ingin mendahului orang lain. Walaubagaimana pun dia mempunyai daya pandangan yang jauh dan sentiasa update mengenai fesyen.

4. Bob Pendek

Katanya: Tegas, klassik, seksi, bergaya serta kebudak-budakkan
Personaliti: Walaupun anda tahu apa yang anda mahukan didunia ini namun anda masih boleh membataskan antara hiburan dan masa hadapan. Sangat pentingkan gaya yang mampu memberi keselesaan disamping tetap mengikuti peredaran fesyen.

5. Ponytail

Katanya: Kreatif, berterus-terang, kuasa, benci hal yang tak masuk akal, tegas dan yakin

Personaliti: Walaupun ponytail ini bukanlah gaya yang tetap tetapi bagi mereka yang sentiasa mengenakan ponytail dalam apa jua keadaan adalah seorang yang sukakan kehidupan yang berjadual dan kemas. Tidak menggemari 'surprise' dan suka 'kontrol' sesuatu situasi yang dia alami sendiri. Walaubagaimana pun ia tidak membataskan kreativiti anda tetapi anda masih perlukan 'plan' agar ia teratur.



6.Bangs

Katanya: Keremajaan,cute, tidak serius,dipenuhi dengan personaliti yang kuat.

Personaliti: Mereka dengan 'bangs' adalah mereka yang sentiasa inginkan kebebasan tanpa sekatan. Satu hal mengenai mereka dengan gaya sebegini, tanpa sedar mempunyai satu kekuatan personaliti dan menghargai kekuatan tersebut mengikut terjemahan diri sendiri. Sebagai contoh, jika seseorang merasakan dia seorang pemalu, jadi dia sebenarnya bangga dengan sifat tersebut.Keremajaan ini kadang kala membuatkan kamu nampak tidak matang. Jadi Awas pada personaliti anda yang tidak baik! Segeralah bertindak mengubahnya.

7. Pixie atau Boyish cut

Katanya: Konfident,sangat pasti dengan diri sendiri, daring
Personaliti: Mereka dengan gaya ini sangat yakin dengan sebarang keputusan yang dibuat. Sifat yakin ini yang sebenarnya menarik perhatian ramai terhadap kamu. Selain daripada itu, anda sentiasa menjadi 'trend-setter' dan percaya bahawa kehadiran kamu adalah untuk memberi sesuatu yang berbeza pada orang lain.


Apa stail rambut kamu???

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 2-4-2015 09:10 AM
rambut kita mcm Lisa....
Quote giyomi 1-4-2015 01:41 PM
jay_07: Kalau jenis rambut ala-ala kak rosmah? Masuk personaliti mane?
Boros angkuh dan segala yg burukz
Quote zircon 25-3-2015 04:14 AM
kalu rmbut lelaki sikat tepi ?haha
Quote jay_07 24-3-2015 05:01 PM
Kalau jenis rambut ala-ala kak rosmah? Masuk personaliti mane?

Lihat semua komen(4)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.032215 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top