CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Pandu Uji Volkswagen Dari K.L Ke Pekan Pahang

24-3-2015 05:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6567| Komen: 0

Pandu Uji Volkswagen Dari K.L Ke Pekan Pahang



PEKAN,MAC 2015 – Sempena sambutan ulang tahun Volkswagen Malaysia yang kesembilan, wartawan CARI dan sekumpulan media yang lain diberi peluang untuk merasai pengalaman memandu sendiri kereta Volkswagen di atas jalan raya. Perjalanan kami bermula di Bandar Seri Damansara selepas kesemua anggota media berkumpul dan diberikan sebuah kereta Volkswagen yang berlainan model. Antaranya ialah Passat, Jetta, Polo Sedan dan Polo Hatchback. Dalam pukul 10 kami mula bertolak untuk melawat kilang pemasangan outomotif di Pekan, Pahang buat pertama kalinya.

Pengarah Urusan VGM, Armin Keller; Pengarah Pemasaran Volkswagen Malaysia, Martina Berg dan Pengurus Kilang Volkswagen Pekan, Bruno Torres mengalu-alukan kedatangan para tetamu bersama Ketua Pegawai Eksekutif Hicom Automotive Manufacturer Malaysia Sdn. Bhd., Shamsuddin Mohamed Yusof.




“Kilang di Pekan adalah sebahagian daripada strategi jangka masa panjang kami untuk pertumbuhan dan pengembangan yang mapan di Malaysia. Kilang ini merupakan pencapaian utama kami kerana ia membolehkan kami menghasilkan kenderaan dengan kejuruteraan Jerman pada harga yang berpatutan buat rakyat Malaysia. Malah, kami turut menyediakan peluang pekerjaan berkelayakan tinggi di sini,” kata Keller.

Ditubuhkan pada tahun 2012, kilang pemasangan itu merupakan kilang pertama Volkswagen di Malaysia. Seramai 589  orang bekerja secara eksklusif  dalam Operasi Volkswagen di Pekan yang menghasilkan kira-kira 10,000 unit Polo Hatchback, Polo Sedan, Jetta dan Passat pada tahun 2014. Kilang bernilai RM1.6 bilion itu memulakan produksinya pada tahun 2012.

Sepanjang lawatan pertama itu, yang diberi nama „Volkswagen“ Werkstour yang bermaksud „ Pelancongan Kilang“ rakan-rakan media dibawa ke kawasan produksi kilang untuk melihat sistem kimpalan lazer (Laser Welding System). Teknologi canggih ini menyambungkan bumbung kenderaan dengan bahagian tepi kenderaan secara sekali gus untuk mendapatkan kemasan yang berkualiti tinggi dan kedapan bunyi lebih baik.




Kilang ini juga memiliki satu-satunya saluran pemasangan automotif di dunia yang mampu memasang empat model berbeza di dalam satu saluran Body Shop dengan menggunakan peralatan Volkswagen Framer yang eksklusif.

Pengurus Kilang Volkswagen Pekan, Bruno Torres berkata, “Volkswagen berada di barisan hadapan dari segi inovasi. Ia menjadi peneraju dalam membangunkan rangkaian produk dan model bertaraf dunia yang ekstensif.  Di Malaysia, kami telah menetapkan satu penanda aras yang tinggi, konsisten dengan konsep Das Auto apabila menghasilkan kereta di sini.”



Konsep Das Auto yang bermaksud ‘Kereta’ (The Car) merangkumi semua perkara mengenai kereta. Bagi Volkswagen, sebuah kereta bukan sekadar kereta. Ia adalah menifestasi kejuruteraan Jerman, inovasi, kemajuan teknologi dan pada masa yang sama mesra alam. Kini, Volkswagen menawarkan 15 kenderaan dalam portfolionya dengan empat daripadanya dipasang dalam negara. - CARI

Gambar :

Volkswagen Jetta


Volkswagen Polo Sedan



Volkswagen Passat


Volkswagen Polo 1.6


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.187142 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top