CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek 1azam, Program Basmi Kemiskinan Disahkan Gagal

25-3-2015 06:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11006| Komen: 86

Projek 1azam, Program Basmi Kemiskinan Disahkan Gagal


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menyatakan bahawa program membasmi kemiskinan 1Azam yang pernah diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) dikesan mempunyai masalah berikutan kelemahan pelaksanaannya.

Antara kelemahan projek yang sepatutnya menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan miskin itu adalah 1Azam tidak menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melanggar peraturan perolehan, kata Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Kenyataan beliau yang telah dilapor di kebanyakan portal media tempatan  itu antara lain mendedahkan tentang beberapa masalah lain seperti ketiadaan semakan dibuat terhadap kelayakan peserta.

“Pemilihan peserta 1Azam yang tidak melalui E-Kasih, dan bukan kumpulan sasar.

“Tiada semakan dibuat untuk memastikan mereka benar-benar layak untuk menyertai program berkenaan,” ujar beliau yang ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen hari ini.

Nur Jazlan turut menyentuh tentang ketiadaan justifikasi pembelian barangan selain peserta program sendiri yang tidak mempunyai komitmen dengan peralatan yang dibekalkan.

Jelas beliau, tempoh jaminan jangka pendek bagi peralatan seperti mesin jahit, ketuhar dan peti sejuk yang diberikan kepada peserta program juga menyebabkan masalah kerana barangan yang rosak tidak dapat dituntut semula di bawah jaminan tersebut.

Projek 1Azam yang merupakan usahasama KPWKM dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Amanah Ikhtiar Malaysia bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.

PAC bercadang untuk memanggil Ketua Setiausaha KPWKM pada tahun 2012, Datuk Seri Norul Ainul Mohd Nor selain Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Syed Abd Rahman Syed Mohamad bagi member penjelasan berhubung program itu.

2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 25-3-2015 12:27 AM
Audit done..corrective & preventive action?

Yillekkkk...
Quote tepisket.. 25-3-2015 12:37 AM
Aik x kan la cmtu je? Duit rakyat juga tu ooi. Snang je kata gagal
Quote cmf_premierleag 25-3-2015 12:42 AM
X heran pun....kdg2 dlm mana2 jabatan gomen mesti stok2 dpt keje atas belas ihsan a.k.a kabel
Bukannya stok2 yg betul2 nak kerja
So x heran la kalo projek ni lingkup pun
Quote kemaruk 25-3-2015 12:46 AM
yang lembab ialah gomen staf

asyik sembang kutuk kerajaan je, main fesbuk

buat kerjenye takde

Quote freebird 25-3-2015 01:16 AM
kalau namanya mula dengan 1, gerenti gagal...
Quote aHoi83 25-3-2015 01:22 AM
hampir semua projek gomen gagal sbb perlaksanaan ... tp apekan daya gomen masih BUTA TULI
Quote miabebe 25-3-2015 04:01 AM
Relax chill...trial n error kekdah nye..
Quote Al-Patih 25-3-2015 06:04 AM
“Pemilihan peserta 1Azam yang tidak melalui E-Kasih, dan bukan kumpulan sasar.

program tersasar...
Quote Al-Patih 25-3-2015 06:06 AM
jengkoil replied at 25-3-2015 12:27 AM
Audit done..corrective & preventive action?

Yillekkkk...

no action....talk only....NATO....standard ....sahib...
Quote dodolgemok 25-3-2015 07:21 AM
freebird replied at 25-3-2015 01:16 AM
kalau namanya mula dengan 1, gerenti gagal...

1Gagal,satu lagi projek barishit nashitnal
Quote pehbedah 25-3-2015 07:43 AM
gagal ekk...??aku ada kenal 3 peniaga 1Azam ni..sorang niaga nasi lemak ngan kueh..sorang niaga pisang goreng ngan nasi lemak sesi petang..sorang niaga aiskerim ngan air depan sekolah..elok je depa niaga tiap hari..
Quote makkenits 25-3-2015 08:39 AM
pehbedah replied at 25-3-2015 07:43 AM
gagal ekk...??aku ada kenal 3 peniaga 1Azam ni..sorang niaga nasi lemak ngan kueh..sorang niaga pisa ...

kalo gomen bagi mcm2 pun tp org yg terima x nak usaha pun x menjadi jugak... realitinya, hanya 2 3 org pegawai nak pantau beratus2 org penerima bantuan... perangai penerima bantuan pun bukan semuanya ok.. ada yg semangat yg mcm taik ayam.. panas kejap, pas tu sejuk terus... yg lg best, hari ni bagi mesin, esok dah jual.. mana yg sempat pegawai intervene tu ok la.. tu pun ada yg kena ligan dgn parang atau kena serang kat ofis sbb nak amik balik mesin yang dibagi.. pdhal mesin tu nak diserahkan kpd org lain yang btl2 nak buat keja.. tp puas ati tgk mana yg btl2 usaha nak dpt income lebih... sampaikan ada yg mampu dpt income leboh drpd pegawai yg pantau diorg ni... jgn nampak yg fail je.. perlu tgk gak mana yg berjaya.. compare apa yg buat sorg ni fail dan sorg lg berjaya...

Quote dino 25-3-2015 08:47 AM
freebird replied at 25-3-2015 01:16 AM
kalau namanya mula dengan 1, gerenti gagal...

dr satu segi...dasar tu dah baguih.... tp dpt kat puak perompak hasilnya kite tahu la.... mcm projek perumahan rakyat segala tuh.... mmg hari2 kena sumpah je puak2 nih
Quote R2D2 25-3-2015 08:48 AM
masa PRU kan selalu mainkan slogan "YAKINI BN"
Quote the_killer 25-3-2015 08:50 AM
dino replied at 25-3-2015 08:47 AM
dr satu segi...dasar tu dah baguih.... tp dpt kat puak perompak hasilnya kite tahu la.... mcm proj ...

projek ni gagal sebab campurtgn politik daerah dan sikap sesetengah peserta tu sendiri...

Audit dah masuk buat auditan...sebab tu projek tu gagal.....


kalo audit tak masuk...sampai kiamat orang tak tau
Quote kecimpret 25-3-2015 08:51 AM
biar rugi jota2...janji melayu bersatu

Quote dino 25-3-2015 08:54 AM
the_killer replied at 25-3-2015 08:50 AM
projek ni gagal sebab campurtgn politik daerah dan sikap sesetengah peserta tu sendiri...

Audit ...

dah bg kat peserta puak2 sendiri mana tak ke laut cina selatan.... bg la pd yg btul2 layak.... mmg la ade peserta tak serius.... tp aku lg nmpk puak2 ni tak amanah.... cite psl audit ni wat sakit jiwa je dgr...... cuba cek pembekal mesin alatan semua sapa dpt...
Quote the_killer 25-3-2015 09:02 AM
dino replied at 25-3-2015 08:54 AM
dah bg kat peserta puak2 sendiri mana tak ke laut cina selatan....  bg la pd yg btul2 layak....  ...

http://www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam


projek ni byk...gomen tak silap aku...bg depa bentuk pinjaman RM 10,000 Untuk mulakan bisness....projek 1 azam ni merangkumi pertanian,penternakkan,perniagaan produk,kemudahan peralatan, dan kraftangan..

Peserta yang join benda alah ni...ialah individu yang miskin tegar yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat melalui sistem E-kasih...

tak silap aku yang gagal projek ni selalunya peserta 1 tu tarik diri semasa projek, SOP gagal, kroni pinjaman....
Quote gaara_X 25-3-2015 09:48 AM
meme banyak tak sedap listen dari elok program nie...

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.073371 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top