CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Siapa Boleh Pertikai Hukum Hudud - Mufti Perak

30-3-2015 08:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10474| Komen: 116

Tiada Siapa Boleh Pertikai Hukum Hudud - Mufti Perak

IPOH: Tiada siapa yang boleh mempertikai hukum hudud kerana ia hukum Allah yang wajib dilaksanakan, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Bagaimanapun, beliau berkata umat Islam boleh memberi kritikan untuk memperbaiki pelaksanaan hukum itu.

"Saya tidak tahu apa mereka pertikaikan, apakah caranya atau ia tidak sempurna?.. itu saya tidak tahu, tetapi kalau disebut hukum hudud, barang sesiapa yang menentang hukum Allah itu, dia akan menerima bencana daripada Allah SWT.

"Saya yakin bahawa apa yang dibentangkan adalah mengenai hukum hudud, tetapi cara pelaksanaannya itu saya tidak tengok...mungkin yang dikritik itu adalah caranya...hukum hudud itu mesti dilaksanakan, ia adalah wajib," katanya selepas melancarkan projek pembinaan Kompleks Tarbiah Baitul Ridzuan di Kampung Manjoi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pihak yang mempertikai pelaksanaan hukum hudud di negara ini.


Harussani berkata umat Islam seharusnya bersatu dan menerima hukum tersebut dan bukan berpecah-belah.

"Mungkin mereka telah memikir panjang perkara tersebut tetapi masih tidak dipersetujui puak lain, jadi mereka cuba pertahankan.

"Konsep Islam, umumnya, tidak boleh mempertikai hukum hudud, sekiranya dia mempertikaikan hukum hudud bermakna dia mempertikai hukum Allah," katanya.

Mengulas teguran beliau baru-baru ini berhubung pendakwah yang cenderung bergurau dan melawak ketika menyampaikan ceramah, Harussani berkata tindakan itu bukan bertujuan mengutuk atau menuduh seseorang, sebaliknya untuk menyelesaikan masalah.

Katanya, menjadi kewajipan beliau untuk memberi sebarang teguran atau peringatan dan terpulang kepada mereka sama ada mahu menerima atau sebaliknya. - BERNAMA

15

Bagus
24

Marah
18

Terkejut
31

Sedih
21

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangbikerz 28-3-2015 06:27 PM
Oooohhhhhhhhhhhh
Quote HUHA 28-3-2015 06:27 PM
mana pernah saya pertikai


[youtube]PdDWEz_mHms?autoplay=1[/youtube]
Quote Maideen. 28-3-2015 07:11 PM
Sesiapa yang mempertikaikan cakap Mr. Haramsanasini ni pon berdosa besar, rosak akidah dan akan menjadi kayu api neraka besok......

Wallahualam.
Quote addamnor 28-3-2015 08:10 PM
statement beliau benar sama sekali.. sila pertikai cara umat manusia melaksanakannya, bukan isi kandungan dan tatacara perlaksanaan yang sudah sedia termaktub
Quote axl_bach 28-3-2015 08:14 PM
addamnor replied at 28-3-2015 08:10 PM
statement beliau benar sama sekali.. sila pertikai cara umat manusia melaksanakannya, bukan isi kand ...

Exactly..... tolak dan kritik kaedah implimentasi boleh,  tp menafikan hudud sebagai suatu yg wajib tu yg haram.....
Quote abangbikerz 28-3-2015 08:19 PM
axl_bach replied at 28-3-2015 08:14 PM
Exactly..... tolak dan kritik kaedah implimentasi boleh,  tp menafikan hudud sebagai suatu yg waji ...

So kalau aku kritik hukum merejam sebagai barbarik boleh le kan??
Quote abgluffy 28-3-2015 08:25 PM
apa bodo ni
Quote pooh~key 28-3-2015 08:37 PM
pertikaikan nama zakaria tu dah dekat-dekat dengan zakar buleh?
Quote ajinomotonosuga 28-3-2015 08:42 PM
segalanya boleh di pertikaikan..apa pun saja boleh di pertikaikan.. malah tuhan tu wujud ke pun dah lama di pertikaikan..ni kan plak yang di dakwa hukum dari tuhan

ni ler perangai yang buat orang islam jadi bodoh dan jumud kolot kuno backward dan fanatik dan penganas

kalo kita tak pertikaikan, dunia takkan jadi dunia

manusia berada pada keadaan dan dunia macam hari ni adalah di sebabkan depa selalu pertikaikan akan sesuatu

dalam kuboq pun akan ada soalan

nikan pulak masa hidup?

tak munasabah bila kita dakwa dah mati nanti dalam kuboq akan di soal oleh malaikat tapi masa kita hidup di dunia di larang mempertikaikan apa jua esp so called pekara agama..tak ke bodoh punye rasional cengitu?

lagi banyak di soal, soalan..lagi bagus

oang cam dr zakir , cam mahathir, cam arwah deedat..depa2 ni amat suka di soal..suka soalan

pasal di situ ler nanti terbentuk banyak jawapan pada semua masalah or kebuntuan

Quote abgluffy 28-3-2015 08:43 PM
dola sal;eh betul
Quote incrossroad 28-3-2015 08:44 PM
Sesuai ke hukum medieval agama ala pakistan somali diwujudkan kat  msia?  Atas nama agama, seorng boleh dikenakan rejam, potong kaki tangan?
Quote axl_bach 28-3-2015 09:07 PM
abangbikerz replied at 28-3-2015 08:19 PM
So kalau aku kritik hukum merejam sebagai barbarik boleh le kan??

It's up to u....... aku nk komen pasal rejam pun aku x tau dalil dan asbabul wurud......
Quote Anak_Nogori 28-3-2015 09:30 PM
Tak pa..nanti pas pinda lagilah hukum Allah tu..
Quote SINCITY 28-3-2015 09:31 PM
hehehehe..... elakan hukuman hudud.
Quote Maideen. 28-3-2015 10:11 PM
ajinomotonosuga replied at 28-3-2015 08:42 PM
segalanya boleh di pertikaikan..apa pun saja boleh di pertikaikan.. malah tuhan tu wujud ke pun dah  ...

Berani betul aji mempertikaikan cakap Mr. Mufti.... Aji ni Islam ka?

Maideen sundri baru nak mempertikaikan hukum boleh menutuh hamba wanita (termasuk wanita tawanan perang) yang di katakan ada terdapat dalam ayat ayat 4:3, 4:24 dan 23:5-6 al Quran. Tapi setelah mendengar Mr. Mufti cakap tak boleh pertikai hudud mudud sebab ada dalam Quran, Maideen terus insof. Malah tetiba membuak membuak semangat nak menyerang Hollywood di Amrika dan membawa balik dua tiga orang tawanan perang!

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr......
Quote (OLO) 28-3-2015 10:18 PM
orang pertikaikan hudud pas lah dik non.
Quote abangbikerz 28-3-2015 10:52 PM
incrossroad replied at 28-3-2015 08:44 PM
Sesuai ke hukum medieval agama ala pakistan somali diwujudkan kat  msia?  Atas nama agama, seorng bo ...

X seswai      
Quote abangbikerz 28-3-2015 10:53 PM
axl_bach replied at 28-3-2015 09:07 PM
It's up to u....... aku nk komen pasal rejam pun aku x tau dalil dan asbabul wurud......

Ko xtak perlu tau semua tu. U just need a functioning brain and a common sense
Quote ceklifxsniper 28-3-2015 10:53 PM
balik lah pada islam pastinya semua aman damai. jangan dengar cakap yahudi untuk menjahnamkan orang islam.

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067241 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top