CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Kom Beri Satu Lagi Peluang Kepada Atlet Olahraga

30-3-2015 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3260| Komen: 0

Kom Beri Satu Lagi Peluang Kepada Atlet Olahraga



Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memberikan satu lagi peluang untuk atlet yang masih tidak melayakkan diri ke Sukan SEA Singapura secara merit.   
Presidennya, Datuk Karim Ibrahim berkata persatuan itu akan mendaftarkan dahulu nama atlet-atlet yang berpotensi namun, mereka dikehendaki melepasi syarat kelayakan dalam masa 45 hari lagi.

"Majlis KOM yang bermesyuarat tadi dengan sebulat suara telah memutuskan untuk mendaftarkan dahulu lebih 43 atlet kita.

"Kita akan memberikan mereka tiga pertandingan di dalam dan luar negara di mana mereka mesti mempunyai prospek pingat gangsa SEA Games sebelum tarikh terakhir pendaftaran," katanya dalam sidang media selepas Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau berkata antara atlet yang akan diberi peluang ialah atlet lontar peluru, Adi Alifuddin Hussein selain pelari pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nixson Kennedy yang masing-masing telah melayakan diri dalam acara 100m lelaki dan wanita, dan akan diberi peluang untuk beraksi dalam acara 200m.

Selain itu, KOM juga telah memutuskan untuk menghantar wakil dalam acara jalan kaki, 4x100m dan 4x400m ke temasya dwitahunan itu di Singapura bermula 5 hingga 16 Jun ini.

Terdahulu, presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar memberikan tempoh sehingga 1 April kepada semua persatuan sukan untuk mengemukakan senarai atlet yang akan beraksi di Singapura nanti.

Atlet negara gagal menggunakan kejohanan tiga hari berakhir hari ini, yang merupakan peluang terakhir untuk layak secara merit apabila hanya dua pelari pecut sahaja yang melayakan diri.

Mereka adalah Mohd Izzudin Yahya dalam acara 200m dengan catatan masa 21.40s dan Nixson Kennedy dalam acara 100m dengan masa 10.50s, menjadikan jumlah mereka yang layak secara merit menjadi 17 atlet dalam 18 acara.

Sementara itu, semalam, atlet lompat bergalah negara Iskandar Alwi dan jaguh lempar cakera Muhammad Irfan Shamsuddin yang telahpun layak sebelum ini menggunakan kejohanan ini sebagai platform untuk memperbaharui rekod kebangsaan yang dicatatkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Perlis tahun lepas.

Iskandar mencatatkan rekod ketinggian 5.16m memperbaharui rekod lamanya 5.15m manakala Muhammad Irfan pula mencatatkan balingan sejauh 58.04m berbanding rekod lamanya 54.26m.

Dalam perkembangan lain, Karim berkata KOM akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja SEA ke-10 di Stadium Mini, Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dalam masa dua minggu lagi.

"Kerajaan telah meluluskan permohonan kita untuk mendapatkan dana. Atlet yang berumur bawah 17 tahun dari 11 negara ASEAN akan menyertai kejohanan ini," katanya.
sumber:www.stadiumastro.com
   

2

Bagus
3

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.028297 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top