CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Mykira Gst’ Permudah Semak Harga Barangan, Buat Aduan

31-3-2015 11:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4942| Komen: 3

‘Mykira GST’ Permudah Semak Harga Barangan, Buat Aduan

    GST        Aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turut bagi mengetahui cukai barang dan perkhidmatan sesuatu barangan bagi memudahkan pengguna turut diperkenalkan sempena pelancaran Pusat Gerakan Anti Pencatutan di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama



PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini melancarkan aplikasi telefon mudah alih ‘MyKira GST’ yang membolehkan pengguna membuat semakan segera impak cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap harga lebih 10,000 barangan.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata aplikasi yang dibangunkan KPDNKK dengan kerjasama MIMOS Bhd itu juga membolehkan pengguna yang tidak berpuas hati membuat aduan terus melalui saluran e-aduan yang disediakan.

“Dalam tiga langkah (melalui MyKira GST), pengguna boleh menyemak harga barangan dalam julat.

“Semua e-aduan melalui aplikasi ini akan diambil tindakan segera dengan dihantar terus ke pasukan penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu dan Pusat Gerakan AntiPencatutan (PGAP) di Ibu Pejabat KPDNKK di sini hari ini.
 
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store mulai sekarang manakala bagi Apps Store pula pada minggu pertama April.

Hasan dalam pada itu berkata PGAP mula beroperasi hari ini untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan khususnya di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Pindaan 2014).

Katanya PGAP akan beroperasi 24 jam dan dikendalikan 40 petugas secara bergilir-gilir termasuk untuk menerima aduan melalui telefon, saluran e-aduan dan juga media sosial.

Pengguna boleh membuat aduan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882-6245 dan 03-8882-6088 dengan memberi maklumat yang spesifik agar pemeriksaan dibuat segera dan tindakan diambil, katanya.

Setiap aduan yang diterima akan direkod dan disalurkan kepada KPDNKK negeri dan penguat kuasa di peringkat akar umbi untuk diambil tindakan, katanya.

“Ada aduan boleh diambil tindakan serta merta seperti timbang berat dan tanda harga tetapi untuk aduan pencatutan ambil masa kerana perlu lakukan siasatan,” katanya.

Hasan berkata, lima mahkamah jenayah khas di lima zon – utara, selatan, timur, tengah, Sabah dan Sarawak – bagi mengendalikan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan akan mula beroperasi Rabu ini.

Pendakwaan kes akan dilakukan Jabatan Peguam Negara manakala pegawai penguat kuasa KPDNKK akan membekalkan maklumat berkaitan kes, katanya.
Sementara itu, Hasan berkata KPDNKK dan Kastam Diraja Malaysia akan melancarkan operasi bersama di seluruh negara pada 2 April.


- BERNAMA

14

Bagus
19

Marah
26

Terkejut
27

Sedih
12

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AMDTurion 31-3-2015 08:39 AM
Lembab lah action tu nanti.
Quote gaara_X 31-3-2015 09:24 AM
Edited by gaara_X at 31-3-2015 09:26 AM

Dengan pengenalan GST bermula esok di Malaysia, kini sebuah aplikasi khusus untuk mengetahui sama ada sesuatu barangan adalah dalam lingkungan harga yang dibenarkan ataupun sebaliknya telah pun dilancarkan, dinamakan sebagai MyKira GST.

Aplikasi yang diterbitkan untuk pengguna Android ini, membolehkan pengguna menyemak harga daripada lebih 10,000 produk runcit, dan mengetahui sama ada harga yang ditawarkan adalah dalam julat harga yang dibenarkan ataupun sebaliknya.

Walaupun objektif utama aplikasi ini daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri adalah sesuatu yang baik, namun implementasinya boleh dikatakan agak kurang mesra pengguna.



Untuk menyemak sesuatu harga, pengguna diperlukan untuk menaip terlalu banyak info – termasuk nama kedai, dan juga lokasi parlimen kita. Disamping itu, setiap carian barangan juga perlu dipilih berdasarkan cadangan yang diberikan (setelah kita taip sesuatu perkataan), dan bukannya meliputi berdasarkan carian kasar untuk sesuatu produk. Disamping itu, aplikasi ini juga dilihat berfungsi dengan sedikit lambat berbanding kebanyakkan aplikasi lain – berkemungkinan besar adalah kerana ia berasaskan kepada web sepenuhnya. Mungkin ini adalah kerana versi pengenalan awal, dan mungkin pelbagai pengoptimasian tambahan perlu dilakukan untuk menjadikan aplikasi ini lebih menarik.

Bagi anda yang ingin menyemak harga barangan yang dikenakan pasca GST sama ada dalam lingkungan ataupun sebaliknya, boleh memuat-turun aplikasi MyKira GST ini pada peranti Android anda hari ini. Versi untuk iPhone dijangka hadir pada bulan April kelak.

Diterbitkan pada 7 jam lepas oleh Aman
Quote tagas 31-3-2015 11:15 AM
Dah try aplication tu..cam leceh jer

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.078599 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top