CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Belum Ada Rezeki Timang Anak - Mark Adam

31-3-2015 01:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16620| Komen: 56

Belum ada rezeki timang anak - Mark Adam


KUALA LUMPUR : Penyanyi Mark Adam, 36, ternyata tidak tertekan apabila belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata walaupun sudah 12 tahun berumahtangga.

Mark menjelaskan bahawa dia dan isterinya, Nor Azah Redzuan, 36, menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki namun tidak pernah berputus asa berdoa agar mereka dikurniakan zuriat.

"Kami menyukai kanak-kanak dan berharap dapat menimang cahaya mata satu hari nanti. Semuanya adalah bergantung kepada rezeki dan pasti akan tiba masanya nanti Insya-Allah," kata Mark kepada BH Online ketika ditemui di showcase pelancaran albumnya di Laundry The Curve, Mutiara Damansara, di sini.

Kelibat isterinya sering kali dilihat menemani Mark ke mana-mana namun Mark berkongsi bahawa isterinya itu enggan dikaitkan dalam bidang seni.

"Saya menghormati permintaan isteri saya untuk tidak terlalu didedahkan di laman sosial atau di majlis. Malah beliau turut meminta agar saya tidak memperkenalkan dirinya sebagai isteri saya.

"Isteri saya juga memegang peranan sebagai pembantu peribadi bagi memastikan kelancaran kerjaya saya. Beliau adalah tulang belakang kerjaya seni saya dan membantu saya sampai di tahap ini," kata Mark sambil tersenyum.

Selain itu, Mark begitu teruja dengan pelancaran album solonya yang diberi judul Mark Adam itu kerana menyifatkan ia begitu peribadi buat dirinya.

Album itu memuatkan 12 buah lagu yang antaranya seperti Pencuri, Si Katak, Jika, Marry Me, Mind Your Own Business, Thief, Pimples, If serta dua buah lagu bonus iaitu Sampai Nanti dan All I Need Is You.

"Saya bersyukur kerana akhirnya album solo saya berjaya dilancarkan dan buat julung kalinya saya diberikan kesempatan untuk membuat showcase khas buat peminat saya.

"Album sulung ini memuatkan lagu-lagu santai yang dipopularkan oleh saya yang mana saya dikenali dengan genre sebegitu. Saya turut menyelitkan dua buah lagu balada khas buat peminat," kata Mark mengakhiri perbualan.

4

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SenahMontanah 30-3-2015 04:36 PM
kan dah ada..search la dlu
Quote berun 30-3-2015 04:53 PM

ok sy edit semula
Quote elmen 30-3-2015 05:20 PM
chill laaaa
Quote jerukkedondong 30-3-2015 05:54 PM
Marry me..Marry me..oooooo.....
Quote solstice 30-3-2015 06:22 PM
Aku suka lagu2 dia ni
Esp pencuri

Yg terbaru lagu duet ngan pompuan tu
Quote Suchi 30-3-2015 06:35 PM
ade satu band dr sabah kot, anggota band tu ala2 setad n setazah gitu
kira kump muzik bercirikan islamik
tak igt apa nama band tu
anggota kump tu ade suami isteri dorang kawen dah 18 thn kot tp blm ade ank sekali tup2 si isteri tu mengandung..
kagum dgn kesabaran dorang lama tu  berbelas tahun gak menanti.. kagum gak ngn suami yg tetap bersama isteri tadelah nk cari alasan nk kawen lain ke apa.
aritu tgk kt astro ade gynae tu ckp ade kes xde masalah pun laki bini semua ok subur n sihat tp mmg blm rezeki so tu yg blm ngandung2 lg.
Quote atekome 30-3-2015 06:37 PM
Respek suami isteri yg sanggup bsama even tkde ank..
Quote LipasComel 30-3-2015 07:39 PM
kacak sgt mark adam semoga bahagia dgn isteri
Quote doubleA 30-3-2015 07:41 PM
Dah mcm rupa bongtri laki pingu pulak gambo atas tu
Quote mitnick 30-3-2015 07:59 PM
tak taulaaa knp org suka tnye soklan mcm nie kat mark adam tue... kalau dah blm ade rezeki lg nak buat cmne... kdg2 soalan pon sensitip
Quote Duta lover 30-3-2015 08:04 PM
Haritu yg masa bini dia kene ragutnke rompak tu..bukan bini dia ngah mengandung ke aku mix info..
Quote damian_lee 30-3-2015 08:06 PM
aku suka ngan dia ni ... humble n sopan jer bila cakap ....
Quote leenaz 30-3-2015 08:11 PM
kadang2 kesian bila org asyik tanya
bila nak dapat anak

kita nak jawab pun serba salah
nak kata mandul ujian semua cun
Quote anis01 30-3-2015 08:51 PM
Duta lover replied at 30-3-2015 08:04 PM
Haritu yg masa bini dia kene ragutnke rompak tu..bukan bini dia ngah mengandung ke aku mix info..

ya rasanya macam pernah baca kot
masa bini dia kena ragut
katanya tengah mengandung gitu
Quote berusjamban 30-3-2015 09:02 PM
Who da f**k is this?
Quote Duta lover 30-3-2015 09:11 PM
leenaz replied at 30-3-2015 08:11 PM
kadang2 kesian bila org asyik tanya
bila nak dapat anak


Kat hlive ada wartawan pompuan giler ni pnah tanya syanie
tak teringin ke nak ada anak
sedangkan che ta umo 40 leh beranak
sanpai nangis2 syanie dibuatnya

Bodoh ke apa wartawan tu
Quote miabebe 30-3-2015 09:19 PM
Tatau nape tp miabebe rase slang mark Adam very da sexyyyyyyy!!!!!
Quote tanganbercakap 31-3-2015 01:56 AM
Duta lover replied at 30-3-2015 09:11 PM
Kat hlive ada wartawan pompuan giler ni pnah tanya syanie
tak teringin ke nak ada anak
sedangkan ...

Patutnye syanie debik je wartawan tu.
Quote LiveYourLife 31-3-2015 02:23 AM
walaupun tak kenal. semoga dimurah kan rezeki.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.210752 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top