Ungku Ismail Kekok Lakonkan Adegan Romantik Dengan Kekasih Orang Ungku Ismail mengakui kekok melakonkan adegan romantik dengan heroin gandingannya dalam drama. PETALING JAYA: Pelakon Ungku Ismail Aziz kekok melakonkan sesuatu adegan romantik dengan heroin yang sudah berkahwin ataupun mempunyai kekasih. Ungku Ismail, 30, berkata, perasaan itu turut timbul semasa menjayakan drama bersiri Teman Lelaki Upahan bersama aktres Elizad Sharifuddin yang merupakan tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 April ini. "Saya tahu Elizad sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin, ia menyebabkan saya jadi sedikit canggung untuk melakonkan babak-babak romantis dengannya. "Bagaimanapun saya bersyukur adegan romantik di antara kami tidak terlalu berat dan Elizad sendiri sangat profesional ketika penggambaran," katanya kepada mStar Online. Selain Ungku Ismail, drama arahan Azma Aizaal Yusoof itu turut menampilkan Elizad Sharifuddin, Izara Aishah, Wan Raja, Fazlina Ahmad Daud dan Shah Iskandar. Pelakon berusia 30 tahun ini bakal memasuki set penggambaran drama bersiri terbaharu berjudul Bodyguard. Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata, dia tidak selesa dengan populariti yang diraih menerusi drama tersebut kerana tidak pernah mendapat perhatian seperti itu sebelum ini. Ungku Ismail berkata, dia tidak terbawa-bawa dengan perhatian diberikan kepadanya kerana selain cuba menyesuaikan diri dia juga menyedari ia hanya bersifat sementara. "Saya berlakon sudah lama tetapi menerusi Teman Lelaki Upahan adalah kali pertama saya mendapat perhatian yang begitu besar sehingga membuatkan saya tidak selesa kerana tidak biasa dengan situasi itu. "Bagaimanapun saya tanam dalam minda bahawa perhatian itu hanya bersifat sementara dan ia akan reda selepas ini," katanya. Sementara itu, Ungku Ismail berkata, populariti yang diraih menerusi drama berkenaan akan digunakan sebaik-baiknya dalam mengembangkan kerjayanya sebagai pelakon. Jelasnya, biarpun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan namun masih ramai belum menyedari kehadirannya sebagai pelakon dan mengambil peluang tersebut untuk membuktikan kebolehannya. "Sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya dan populariti yang diperoleh daripada Teman Lelaki Upahan seharusnya saya gunakan dengan cara positif selain memperbaiki diri agar menjadi lebih baik. "Ini peluang saya untuk membuktikan bakat saya sebagai pelakon dan masih banyak ingin saya capai dalam bidang ini," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Ungku Ismail berkata, dia bakal menjalani penggambaran sebuah drama bersiri terbaharu berjudul Bodyguard.
|
12
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
10
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MH37O replied at 31-3-2015 03:55 PM
ungku haprak sengkek...kalau kau kerabat, ko tak jadi pelakon bai...ungku kan kaya duit byk takkan n ...
SenahMontanah replied at 31-3-2015 04:12 PM
hape la ngko merapu
dah mmg nama die ungku. abih ko nak suh buh nama apa? pungkuq?
Aneem replied at 31-3-2015 05:07 PM
Mael.
kwn aku smpi skrg teringt2 cerita kau jd alim tu..
Dlm tu kau kena tngkap khalwat dgn sh Ama ...
ADVERTISEMENT