CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Giliran Pemandu Teksi Cerita Kejadian Sebenar Insiden Sekumpulan Gadis

2-4-2015 01:02 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 43170| Komen: 261



Susulan dari video kes pergaduhan di stesen Petron Seksyen 7, Shah Alam, pada Ahad lalu tersebar di media sosial sejak semalam, ramai yang mengecam tindakan kedua-dua pihak.

Menerusi video pertama yang disebarkan, orang ramai mengecam tindakan beberapa gadis berkenaan yang biadab dan kurang ajar memaki hamun lelaki usia pertengahan itu.

Video kedua pula menunjukkan lelaki terbabit yang juga seorang pemandu teksi bertindak kasar terhadap gadis-gadis berkenaan sehingga menyebabkan mereka berang dan tercetusnya perang mulut di antara kedua-dua pihak.

Menurut laporan Harian Metro bertarikh 30 Mac 2015 semalam, punca kejadian itu berlaku kerana pemandu teksi berkenaan enggan memberi laluan kepada kereta Myvi itu walaupun sudah memberi isyarat masuk ke kiri termasuklah mengangkat tangan.

"Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimpit kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit. Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali," kata Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid, 25, yang juga mendakwa mereka ditumbuk oleh lelaki itu sehingga cedera di bahagian muka.

Akan tetapi, itu hanya cerita dari sebelah pihak tiga gadis berkenaan yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa dalam kejadian yang tidak diingini itu.

Tampil seorang lelaki yang mendedahkan dirinya adalah rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi.

Berikut adalah pendedahan beliau di bawah:

Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.

Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.

Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.

Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam. Keluar jedari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.

Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.

Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.

Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.

Habis on-scene punya cerita.

Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis.

Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul. Demikian penjelasan dari individu bernama Hurairah bagi sebelah pihak pemandu teksi terbabit.

Polis sedang menyiasat insiden terbabit dan mengesahkan telah menerima laporan kedua-dua pihak termasuk laporan yang mendakwa bapa gadis berkenaan telah menyerang pemandu teksi itu selain membuat kekecohan di balai.

()



7

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 2-4-2015 11:48 AM
mak bapak haram jadah
anak2 pung haram jadah

Quote Changa 2-4-2015 11:49 AM
kalau jadi imam terus maksom macam rasulullah lah iya??
biasa sangat dah akak2 sundal sunni bimbo felda pprt ini bila nak back up jah buat la cerita orang ini ahli surau maksom ahli sorga takkan buat perkara yg mungkar plebagai.

typical melayu punya fikiran yg smpit
Quote melia_star 2-4-2015 11:53 AM
kesian...adegan dipukul dan memukul x dpt dibuktikan dlm video2 yg ada....semua ckp mulot....
Quote skymania 2-4-2015 11:55 AM
So called imam cedera kan org perempuan? Bravo!kata cikgu driving...takleh pi report polis ke? Gigih pi keja pompuan2 tu seme...

Quote GhostWalking 2-4-2015 11:55 AM
dah ada di thread kisah ni ..
Quote LabuLabi69 2-4-2015 11:56 AM
Syd replied at 2-4-2015 11:48 AM
mak bapak haram jadah
anak2 pung haram jadah

tu namanya like father like son or like mother like daughter ...

Quote skymania 2-4-2015 11:56 AM
Kat gosip ada porumer keje ngan bapak pompuan ni...bapa die takde title datuk pun...so yg ksk pencerahan ni penipu ke?
Quote LabuLabi69 2-4-2015 11:57 AM
GhostWalking replied at 2-4-2015 11:55 AM
dah ada di thread kisah ni ..

dah ada ea.. maaf ... bnyak sngt threat tu tak nampak.
Quote kejoraria 2-4-2015 11:58 AM
rasanya dua2 salah klau tgk pd video tu lah......tp bkn nk ckplah.....sesetgh pemandu teksi mmg kuang ajor.....aku dah byk kali berexperience facing dgn pemandu teksi yg kuang2 ajor ni....
Quote ifanonline 2-4-2015 11:58 AM
awat nak cerita di public? cerita la di balai polis...
Quote mattzzx 2-4-2015 11:59 AM
Syd replied at 2-4-2015 11:48 AM
mak bapak haram jadah
anak2 pung haram jadah

Bapak borek anak berintik rintik......
Quote LabuLabi69 2-4-2015 12:01 PM
kejoraria replied at 2-4-2015 11:58 AM
rasanya dua2 salah klau tgk pd video tu lah......tp bkn nk ckplah.....sesetgh pemandu teksi mmg kuan ...

tu btol . kereta sy pun penah kene ludah dengan pemandu taxi .. ughhh .. melayu pulak tu.

Quote minahmanja 2-4-2015 12:05 PM
tk leh hadam tul pompuan leh jerit2 maki mcm tu...
Quote penjejak_awan 2-4-2015 12:07 PM
celaka punya perempuan sundal....bapak cilanat, anak sundal!
Quote mikasa 2-4-2015 12:08 PM
Takda sesi berdamai peluk cium lagi ket
Quote Crystal_Apple 2-4-2015 12:11 PM
tiada bukti....
Quote jofizo 2-4-2015 12:12 PM
knp x mix je dlm thread satu lagi...
Quote izabellemylia 2-4-2015 12:13 PM
LabuLabi69 replied at 2-4-2015 12:01 PM
tu btol . kereta sy pun penah kene ludah dengan pemandu taxi .. ughhh .. melayu pulak tu.

mostly driver taxi ni mmg kurang ajar..bukan kat kl ja..kat negeri2 pun sama...

ntah kenapa instinct mak kata ada sesuatuuu yg tak kena pada driver taxi iteww...

owh ya...bak kata si changa selalu jadi imam bermaksud sudah maksum kah?

pfttt..
Quote scorpionkiki 2-4-2015 12:15 PM
penjejak_awan replied at 2-4-2015 12:07 PM
celaka punya perempuan sundal....bapak cilanat, anak sundal!

Nampak gaya bapak budak pompuan ni semua kempunan la nak dapat menantu lelaki.... tengok ke gaya anak anak dia orang pun tak mau berbesan... sat gi dapat cucu pun pandai mencarut ...carut pula ak perkataan yang habis hina lagi.... ni contoh syed low class...lepas tu nak guna kedudukan petik Jacob orang penting di Subang Jaya.. tansri ni...datu ni...apa ingat kita pandang ker tu semua..peghak dgn kedudukan...tak mcm ibu ni..anak dia buat kacau dan kurang ajar di panggung wayang..dia pi paksa anak anak dia mintak maaf...


Lihat semua komen(261)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.086792 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top