CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Mengenalpasti Penyakit Melalui Warna Lidah

2-4-2015 03:55 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6405| Komen: 1



Lidah adalah anugerah yang tak terhingga kerana dengan lidah lah kita dapat merasa kenikmatan makanan, menelan, bercakap dan merembeskan air liur. Lidah yang sihat adalah lidah yang berwarna merah jambu. Jika warna lidah tiba-tiba berubah warna, jom kenalpasti sebagai langkah awal.

1. Lidah Putih
Orang yang lidahnya putih biasanya disyaki mengidap kepialu , penghadaman yang terjejas, simptom influenza atau kekurangan darah. Jika warna lidah pucat dan lembap seperti ada lapisan lemak, ada tanda-tanda gejala sejuk ini ada kaitan dengan selesema. Jika lidah putih yang sedikit tebal, ini adalah salah satu daripada gejala-gejala penyakit kelamin.


2. Lidah Biru

Lidah yang berwarna kebiru-biruan biasannya menunjukkan pesakit mungkin ada masalah dengan organ pernafasan atau masalah berkaitan dengan jantung.


3. Lidah Merah
Lidah berwarna  normal sedikit merah, merah cerah lebih buruk, ia menunjukkan pesakit menderita kepanasan. Bila warna merah sedikit kekuningan, menunjukkan demam  agak tinggi. Hanya bahagian sisi yang merah atau lidah ditutupi titik titik merah, harus berjumpa doktor mungkin anda ada masalah liver@hati . Warna lidah merah cerah, lidah seperti berlumut atau retak, adalah sindrom panas. Lidah merah yang terasa sangat kering, ini tanda-tanda dehidrasi. Lidah ungu kemerahan menunjukkan adanya luka dalaman atau luka pada perut.

 

4. Lidah kuning

Menandakan panas pada tubuh yang agak berlebihan kerana terlalu banyak mengambil alkohol, makanan pedas, mengalami stres emosional dalam jangka panjang, atau akibat merokok.


Bagaimanapun, untuk lebih pasti tentang penyakit yang dialami silalah dapatkan khidmat nasihat dari doktor. - Ladylista




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote bellaa 16-4-2015 10:47 AM
bella punye lidah pink..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.104836 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top