CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Tanda-Tanda Awal Kanser Payudara Yang Patut Anda Tahu

8-4-2015 03:44 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5822| Komen: 0


Bila sebut saja mengenai kanser atau barah payudara pasti kita tahu ia adalah satu penyakit berbahaya pembunuh nombor 1 golongan hawa kerana ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dikesan dari peringkat awal. Kanser payudara terbahagi kepada 4 tahap dan tahap ke empat adalah paling serious dan kritikal. Bagaimanapun jika dapat dikesan diperingkat awal, ia mampu menyelamatkan nyawa. Adakah anda pernah membuat pemeriksaan BSE (Breast selft examination), Colonoscopies atau ujian PSA? Tentu ramai yang menggelengkan kepala. AWAS! Pengidap penyakit ini terus bertambah saban tahun namun, hanya segelintir sahaja yang mengetahui gejala kanser payudara ini.



Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia, satu daripada 19 wanita tempatan mempunyai kebarangkalian menghidap kanser payudara. Ia paling biasa menyerang kaum Cina (1:14 wanita) diikuti India (1:15) dan Melayu (1:24). Sekalipun nisbah wanita Melayu yang paling kecil, ironinya, sering kali mereka adalah yang paling lambat didiagnosis. Antara 40 hingga 60 peratus pesakit yang datang berjumpa doktor telahpun melewati tahap 3 atau 4, di mana tidak banyak boleh dilakukan.  


Tanda-tanda awal kanser payudara

> Perubahan rasa di payudara atau puting

> Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak

> Puting payudara yang terasa tegang dan sakit

> Perubahan dilihat pada payudara atau puting

> Perubahan saiz dan bentuk payudara

> Puting payudara terperosok ke dalam



Punca Kanser Payudara

Setakat ini tiada siapa yang benar-benar pasti apa punca kanser payudara. Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kanser payudara termasuk sejarah kanser dalam keluarga, umur, genetik, pil perancang keluarga, berat berlebihan dan gaya hidup kurang aktif. Menurut Dr. Joseph Mercola, antara punca utama kanser payudara adalah kekurangan nutrien dan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar. Institut Penyelidikan Kanser Amerika menganggarkan bahawa kira kira 40 peratus daripada kes kanser payudara di Amerika boleh dicegah jika orang ramai membuat pilihan gaya hidup yang lebih bijak.


Jangan tunggu lagi, jika terdapat tanda-tanda seperti diatas, dapatkan khidmat nasihat doktor di klinik-klinik berhampiran anda. - Ladylista



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.098599 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top