CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dato Sri Najib Diam Sebab Beliau Hormat Kepada Tun Mahathir

9-4-2015 10:14 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11647| Komen: 83

Dato Sri Najib Diam Sebab Beliau Hormat Kepada Tun Mahathir - Prof Madya Dr Mohd Azizuddin



SHAH ALAM: Sejak kebelakangan ini Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat semakin lantang mengkritik kepimpinan Dato Sri Najib Tun Razak yang membuatkan ramai tertanya-tanya kenapa Dato Najib masih berdiam diri.

Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin kerana PM tidak mahu perkara ini menjadi lebih keruh dan juga mungkin beliau menghormati Tun Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya dipetik Sinar Harian.


Mohd Azizuddin juga ditanya adakah Najib perlu menjawab soalan yang berbangkit sekiranya Najib tidak mahu 'buka mulut', Azizudin berkata itu bukan 'cara' Najib.

"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.

"Media sosial hanya digunakan Najib buat hebahan aktiviti yang dilakukan beliau,
" ujarnya.

Dr Mahathir kebelakangan ini dilihat sering  ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, berkenaan kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14. 

Sumber -   Siakapkeli.com.my

10

Bagus

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 8-4-2015 07:18 PM
ni baru original profesor kangkong
Quote kecimpret 8-4-2015 07:19 PM
tanya pasal hutang,rm jatuh,1MDB adalah isu personal...wakakaka
Quote funnyTONE 8-4-2015 07:23 PM
kannnn...mmg ada tukang jawab...
x sangka plak dr seorang dekan
Quote kecimpret 8-4-2015 07:27 PM
kalo ko tanya kat org..ko akan lebih sakit hati kalo org tu diam x jwb pape...tp profesor kangkong ngok ngek ni anggap tu tanda hormat
Quote ice_sky92 8-4-2015 07:27 PM
Masalahnya rakyat perlukan jawapan atas setiap tuduhan tu. Nak bersihkan nama la kau kena jawab Najib oi. Sila jawab tuduhan Altantuya tu dulu. Tun dah tunggu 4 tahun..Skg ni jela caranya kena guna media.

Mohon Najib jawab. Kalau diam tanda betul la tuduhan ituuuu
Quote hzln 8-4-2015 07:29 PM
bila pembangkang tanya...bisu...tak perlu jawab sbb itu semua fitnah
bila menda sama ditanya mahathir...bisu juga..tak perlu jawab sebagai tanda hormat


ohhhh penjilat najib
patheticnya kamu semua
Quote hzln 8-4-2015 07:32 PM
sapa suh jawab ikut twitter facebook segala bagai
paklah pun dikritik teruk dulu isu jambatan bengkok
tido2 org tua tu pun reti juga dia menjawab (melalui pej peguam negara)
sampai semua org pun puas hati dan terima jokpannya kenapa pembatalan projek itu suatu tindakan yg betul, atas asbab implikasi perundangan antarabangsa
Quote akubest 8-4-2015 07:33 PM
diammm tanda setujuuuuuu

macam orang dedulu kena pinang......
Quote akubest 8-4-2015 07:34 PM
baidawayyy siapakan prof madyaaa ittew...

adakah prof youtube yang aku kehji itu hari????

harap saja prof namunnnn macai jugakkk kejadian ko...kesiannnn
Quote halimi78 8-4-2015 07:49 PM
mungkin... mungkin... kalau.... kalau....























Quote Madel 8-4-2015 07:50 PM
Dah abis modal ayat 'najib dah buat sumpah laknat keulu keilir.'

Skrg modal ayat baru pulak ..'najib diam sbb hormat kat TunM'..
Quote primemova 8-4-2015 07:51 PM
Mmg dh takde kredibiliti dh pun... Diam sbb takut sebenarnya... Sbb byk penyelewengan
Quote spiderman80 8-4-2015 07:58 PM
Pihak tertuduh dalam mahkamah lain kali baik diam-diam sajalah sebab menghormati hakim.
Quote chazey 8-4-2015 08:04 PM
Go Najib go!

Quote EJALTI 8-4-2015 08:08 PM
Prof Madya tarap kangkung kat loji najis penjilat tegar bijan....
Yang lebih penting dari menjawab kepada Che Det adalah bijan menjawab kepada rakyat marhein yang membayar gaji bijan......

Quote tepisket.. 8-4-2015 08:10 PM
Mim. Alif. Ma.. Sila sambung
Quote axl_bach 8-4-2015 08:17 PM

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku


hohorommmmm, nih lah yg dikatakan sokongan membawa rebah....ala2 Jamil Khir nak probok PAS isu HUDUD sekali nak menjerut AMNU....

Quote vandergooh 8-4-2015 08:19 PM
Akak dah tak tahu nak cakap apa dah... yg akak nampak selama ni kerja najib ni sangat mudah.. berilah tekanan apapun.. kiri kanan, depan belakang jadi tukang jawab.. najib dok belakang menyorok bawah meja...
Quote hzln 8-4-2015 08:22 PM
malam esok malam jemahat
saya cadangkan najib gi sumpah ke mesjid sekali lagi
puak ni hanya perlu bersumpah saja atas apa2 hal sekalipun
terus padam segala persoalan dan pertanyaan

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.068849 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top