Model Citroen DS4 yang pernah memenangi anugerah kereta tercantik pada Auto Bild Design Award.
KUALA LUMPUR 12 April – Program jelajah DS Naza Euro Motor yang berlangsung dari 13 hingga 15 April ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menarik bagi memenangi hadiah eksklusif yang ditawarkan. Citroen berkata, pengunjung boleh meneka model mana yang bakal dilancarkan melalui kotak ‘Guess-Box’ yang terdapat pada pameran tersebut. Ujarnya, peserta dengan jawapan yang tepat akan menerima jemputan eksklusif ke pelancaran model baharu yang bakal dilancarkan kelak.
“Pengunjung boleh mengenali dengan lebih dekat model-model Citroen DS pada program jelajah berkenaan,” katanya dalam ke-nyataan di sini hari ini. Model DS3, DS4 dan DS5 ma-sing-masing menerajui pasaran dengan reka bentuk elegan, prestasi yang lancar dan pengalaman pemanduan menakjubkan. “Orang ramai juga boleh ber-kunjung ke pusat pameran Citroen bagi melihat model DS3, DS4 dan DS5 serta Grand C4 Picasso dan C3 di Citroen Glenmarie, Shah Alam, Citroen Puchong, Naza Automall, Petaling Jaya, selain di Pulau Pinang, Juru Auto City, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” ujarnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Citroen, layari laman Facebook Citroen Malaysia atau laman web www.citroen.com.my. Sumber : http://www.utusan.com.my/gaya-hi ... thash.iwDF76a7.dpuf |
ADVERTISEMENT