Mitsubishi Mengurangkan Harga Antara Rm200 Sehingga Rm2,000 Sempena Gst Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan pengurangan harga ke atas semua model yang dijualnya di antara RM200 sehingga RM2,000 mengikut model tertentu.
Model Mitsubishi ASX 2WD dan 4WD yang dijual merupakan model CKD turut mendapat pengurangan harga di samping model-model yang diimport CBU seperti Mirage, Attrage, Pajero Sport, Triton, Pajero dan Lancer. Model 2015 Mitsubishi Triton yang bakal dilancarkan tidak lama lagi turut dijual dengan struktur cukai GST yang terbaru. Berikut merupakan harga terbaru yang dikeluarkan oleh MMM untuk tatapan umum.
|
ADVERTISEMENT