CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Ranking Ke-164, Parah! - Khairy Jamaluddin

15-4-2015 06:37 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3012| Komen: 0



Kedudukan pasukan bola sepak negara boleh diklasifikasikan dalam kategori 'parah' selepas berada pada ranking ke-164 dunia berbanding ke-153 pada Februari, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.


Khairy berkata berdasarkan pencapaian skuad Dollah Salleh itu pada Sukan SEA dan Piala AFF Suzuki dengan layak ke separuh akhir dan final, kedudukan Malaysia yang berada di bawah sesetengah pasukan Asia Tenggara lain adalah seperti tidak masuk akal.

"(Namun) kita tidak boleh dikatakan negara paling buruk dari segi bola sepak di Asia Tenggara, tetapi ranking ini adalah berdasarkan kepada pemilihan perlawanan. FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) ada perancangan sendiri.

"Mungkin pemilihan perlawanan oleh FAM itu agak sukar dan ini menyebabkan kekalahan, sekali gus menyebabkan ranking terjejas. FAM telah buat penjelasan bahawa memang pemilihan perlawanan itu sengaja menentang pasukan hebat untuk pengalaman," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Khairy, bagaimanapun berkata pada masa ini, ranking bukan menjadi matlamat utama kerana kejayaan pada temasya besar seperti Sukan SEA, Piala AFF dan Piala AFC menjadi sasarannya.

Ranking Malaysia jatuh 11 anak tangga selepas tewas 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas dan ia merupakan keputusan terburuk negara bagi tahun ini.

Kedudukan terkini itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam (125), Filipina (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Myanmar (158), Indonesia (159) dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia.

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.

Dalam perkembangan lain, Khairy menyokong cadangan FAM untuk menggunakan khidmat pemain naturalisasi selagi pemain tersebut mempunyai kaitan dengan Malaysia.

"Saya tidak menggalakkan naturalisasi warganegara asing untuk jadi atlet kebangsaan kecuali atlet itu ada talian kekeluargaan dengan (rakyat) Malaysia.

"Jadi langkah FAM dalam mencari pemain yang ada kacukan Malaysia, itu saya terima.

"Kita bukan macam negara lain, boleh ada pemain yang tiada kaitan langsung dengan negara mereka. Tapi kalau macam kes pemain bola sepak yang dicari, saya rasa itu adil," katanya.

sumber:www.stadiumastro.com


Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039264 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top