CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Aksesori Rasmi Dilancarkan Bagi Model Axia!

17-4-2015 02:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17427| Komen: 2

Aksesori Rasmi Dilancarkan Bagi Model Axia!



Perodua akhirnya melancarkan produk aksesori asli yang diberi nama GearUp yang diberikan sebagai pilihan tambahan ke atas Perodua Axia yang baru dibeli dan juga kepada pelanggan yang sedia ada yang ingin menambah aksesori ini ke atas kereta mereka!

Perodua ingin menyampaikan hasrat mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka yang inginkan tambahan aksesori yang unik ke atas kenderaan mereka dengan produk berkualiti tinggi yang tiada tandingannya. Dengan ini, pelanggan dapat memilih pilihan aksesori mereka sendiri yang memberikan sentuhan unik pada kereta masing-masing.

Ini merupakan aksesori rasmi keluaran Perodua yang merangkumi bahagian luaran dan juga dalaman kereta Perodua Axia. Buat masa ini, produk GearUp ini hanya dijual bagi varian Perodua Axia sahaja.

  • Untuk bahagian luar, kit badan diberikan pada bahagian bumper dan gril hadapan, bumper belakang dan juga skirting sisi.
  • Pada bahagian dalaman, Perodua menawarkan trim pintu yang baru dan juga balutan tempat duduk berbentuk ‘diamond’ atau ‘honeycomb’ dengan jahitan merah yang menimbulkan rupa lebih menarik.
  • Terdapat juga pakej Driving Comfort yang memberikan penebat pada bahagian bonet hadapan dan juga pintu untuk mengurangkan bunyi dan haba.

Terdapat 9 pakej yang boleh dipilih untuk Perodua Axia. Anda boleh memilih untuk membeli secara berasingan untuk pakej kit badan, pakej bahagian dalaman, dan pakej penebat. Pakej kombo juga turut ditawarkan oleh Perodua.

Untuk Perodua Axia 1.0 E & 1.0 G:

  • Elegant GearUp Bodykit – Kit grill dan bumper hadapan, kit bumper belakang dan skirting sisi.
  • Stylish GearUp Interior – Balutan reka bentuk ‘diamond’ tempat duduk. Trim pintu dengan kemasan sulaman berkembar berwarna kelabu.
  • GearUp Driving Comfort – Penebat bunyi dan haba pada bahagian pintu dan bonet.

Untuk Perodua Axia 1.0 SE & 1.0 Advance:

  • Sporty GearUp Bodykit – Kit grill dan bumper hadapan, kit bumper belakang dan skirting sisi.
  • Trendy GearUp Interior – Balutan reka bentuk ‘honeycomb’ tempat duduk. Trim pintu dengan kemasan sulaman berkembar berwarna merah.
  • GearUp Driving Comfort – Penebat bunyi dan haba pada bahagian pintu dan bonet.

Buat masa ini, Perodua menjalankan promosi ke atas aksesori GearUp yang memberikan diskaun sehingga 15% sehingga 31 Ogos 2015 ini. Jika anda membuat pembelian baru ke atas Perodua Axia, aksesori ini boleh diserap masuk ke dalam pinjaman kereta. Di samping itu, Perodua turut menawarkan jaminan 6 bulan ke atas semua produk aksesori GearUp.

Bagi mereka yang sudah mempunyai Perodua Axia, pemilik boleh membeli pakej aksesori ini di wakil jualan dan perkhidmatan Perodua berdekatan anda.

Semenanjung Malaysia

  • Sporty GearUp Bodykit (Axia SE & Advance): RM2024.60
  • Elegant Gearup bodykit (Axia E & G): RM2459.20
  • Trendy Gearup Interior (Axia SE): RM1110.90
  • Stylish Gearup Interior (Axia E & G): RM1110.90
  • Type A – Pakej Kombo (Axia E & G): RM3545.70
  • Type B – Standard + Pakej (Axia E & G): RM2535.50
  • Type C – Pakej Kombo (Axia SE): RM2838.70
  • Type D – Pakej Keselesaan (Semua varian): RM546.75
  • Type E – Pakej In-Style (Axia E & G): RM380.95

Sabah & Sarawak

  • Sporty GearUp Bodykit (Axia SE & Advance): RM2068.10
  • Elegant Gearup bodykit (Axia E & G): RM2512.25
  • Trendy Gearup Interior (Axia SE): RM1132.80
  • Stylish Gearup Interior (Axia E & G): RM1132.80
  • Type A – Pakej Kombo (Axia E & G): RM3619.50
  • Type B – Standard + Pakej (Axis E & G): RM2589.60
  • Type C – Pakej Kombo (Axia SE): RM2897.55
  • Type D – Pakej Keselesaan (Semua varian): RM555.40
  • Type E – Pakej In-Style (Axia E & G): RM386.90

Harga yang ditulis di atas ini merupakan harga sebelum diskaun yang diberikan. Di samping itu, harga yang ditetapkan di atas tidak termasuk caj pemasangan dan juga GST.

Untuk pemilik Perodua Myvi terbaru, anda perlu tunggu sehingga bulan Mei 2015 sebelum Perodua membesarkan lagi rangkaian produk GearUp mereka ke atas model tersebut.

kredit:www.stadiumastro.com



Galeri Aksesori Perodua GearUp – Axia 1.0 E & Axia 1.0 G


Galeri Aksesori Perodua GearUp – Axia 1.0 SE & Axia 1.0 Advance




Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azmianuar 25-10-2015 12:24 AM
Dimana boleh dapat bodykit ....
Quote assaffah 25-10-2015 12:38 PM
azmianuar replied at 25-10-2015 12:24 AM
Dimana boleh dapat bodykit ....

Bagi mereka yang sudah mempunyai Perodua Axia, pemilik boleh membeli pakej aksesori ini di wakil jualan dan perkhidmatan Perodua berdekatan anda.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.200251 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top