CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Makanan Laut Punca Wajah Hafreez Adam 'Buruk'

17-4-2015 03:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24900| Komen: 114

Makanan Laut Punca Wajah Hafreez Adam 'Buruk'

 

PETALING JAYA: Pelakon Hafreez Adam mendedahkan, kegilaannya terhadap makanan laut pada usia remaja menjadi punca mukanya kelihatan “buruk” akibat dipenuhi jerawat batu.

Hafreez, 25, berkata, masalah itu menyebabkan dia hilang keyakinan diri, malu berjumpa orang ramai dan banyak menghabiskan masa di rumah.

"Ketika berumur 18 tahun muka saya sangat teruk kerana mempunyai banyak jerawat  menyebabkan saya kurang keyakinan diri dan berasa malu. Saya juga jarang keluar bersama rakan-rakan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Hafreez berkata, ketika mendapatkan rawatan, doktor menasihatinya agar tidak lagi memakan makanan laut kerana ia antara faktor yang menyebabkan wajahnya ditumbuhi jerawat yang banyak.

Katanya, kerana bimbang masalah itu bertambah melarat, dia memutuskan untuk tidak lagi menikmati makanan laut sehinggalah jerawatnya berkurangan dan muka menjadi licin dalam tempoh lima tahun.

 

Hafreez Adam kini lebih kacak.

"Sejak menerima nasihat yang diberikan oleh doktor saya tidak lagi memakan makanan laut selama lima tahun dan semenjak itu, jerawat di muka saya semakin berkurangan walaupun tidak hilang seratus peratus.

"Perkara ini mungkin juga terjadi disebabkan proses hormon yang terdapat pada badan sewaktu remaja ditambah lagi ketika itu saya kurang menitikberatkan tentang pemilihan makanan yang berkhasiat," jelasnya.

Kata Hafreez, dia telah meluahkan rasa malu itu di dalam blognya dua tahun lalu termasuklah pengalaman dihina  rakan sendiri yang menyamakan wajahnya itu dengan kulit punggung.

Ujarnya, tujuan dia meluahkan perasaan itu adalah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar yakin kepada diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.

Dalam pada itu kata Hafreez, dia perlu mengambil masa yang lama untuk mengembalikan keyakinan dirinya dan berhadapan dengan orang ramai selepas mengalami masalah tersebut.

"Semua perubahan ini berlaku secara berperingkat dan ia mengambil masa yang lama untuk saya mengurangkan jerawat pada muka dengan mencuba pelbagai produk yang terdapat di pasaran.

"Keluarga juga banyak membantu serta mengubah imej saya dari segi pakaian, penjagaan muka serta potongan rambut yang sesuai untuk meningkatkan semula keyakinan diri saya berhadapan orang ramai,” katanya.

Berkat usaha itu Hafreez bukan sahaja berjaya menjadi seorang pelakon tetapi paling bermakna apabila diumumkan sebagai Pelakon Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada 5 Mac lalu.

Dalam perkembangan lain lakonan Hafreez dapat ditonton menerusi slot Akasia (TV3) iaitu Hati Perempuan.

Dia juga popular menerusi drama Bila Hati Berbicara yang pernah ditayangkan di slot yang sama sebelum ini.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irdina 17-4-2015 10:58 AM
boleh laaa....
Quote ellZack 17-4-2015 10:58 AM
jadi sampai bila paper nak cerita pasal muka dia saja?
Quote freekey 17-4-2015 10:59 AM
masalahnya hensem ke?





Quote miabebe 17-4-2015 11:00 AM
Mia xrembes dia
Quote sam_survivor 17-4-2015 11:00 AM
Eh macam muka kau je dulu masa study dulu..
Quote buragazz 17-4-2015 11:01 AM
Sapa ni.. tak pernah nampak pun...
Quote gekkou 17-4-2015 11:01 AM
dihina  rakan sendiri yang menyamakan wajahnya itu dengan kulit punggung.



kulit punggung kwn dia tu byk jerawat macam tu eh?
nk menghina pn agak2 la
hormon badan x sesuai dgn seafood kot
ok lah tu jaga pemakanan utk kesihatan juga

nnti dah femes jgn lupa diri
jgn hadap gosip sampah
jgn jadi gayah
Quote putehkundor 17-4-2015 11:02 AM
Freekey dah start minat lah tu khuen....
Haritu kata budak ni tak hensem..

Bagi mak teh ok lah dia ni...muka mcm nabil.
Aura lgbt heshe  agak kuat.....
Quote munchkin 17-4-2015 11:09 AM
Now dah ok. Good for u
Quote fifie_olin 17-4-2015 11:11 AM
sado gak bdn dia...wponnnn
Quote atekome 17-4-2015 11:15 AM
Tkde jerawat pun idok le ensem mn..mungkin pd pandangan mata iols kut
Quote kakikuchantik 17-4-2015 11:36 AM
tetap x hensem walau x de jerawat
Quote freekey 17-4-2015 11:38 AM
sam_survivor replied at 17-4-2015 11:00 AM
Eh macam muka kau je dulu masa study dulu..
siot sgt






Quote freekey 17-4-2015 11:40 AM
putehkundor replied at 17-4-2015 11:02 AM
Freekey dah start minat lah tu khuen....
Haritu kata budak ni tak hensem..
No way ok!!

Far better Shah Iskandar lagi wlpn ramai tak suka...






Quote sgbuloh 17-4-2015 11:41 AM
dah muka tu hudus, seafood pulak kena tuduh
Quote dalima 17-4-2015 11:43 AM
gekkou replied at 17-4-2015 11:01 AM
kulit punggung kwn dia tu byk jerawat macam tu eh?
nk menghina pn agak2 la
hormo ...

hehe. baru nak komen benda yg sama.
Quote ell768 17-4-2015 11:56 AM
hurrmmmm....so motip nyer jgn makan seafood laa ekkk...
Quote maplesue 17-4-2015 12:00 PM
Kejinya mulut kawan dia tu
Quote menjad 17-4-2015 12:02 PM
Boleh ler cr makan... Xder ler merecik sgt... Pes time tngok ko ni dikkk...

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.125608 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top