Nasi Minyak 60 Sen, Teh 'O' 30 Sen Kedai makan Sinah yang tidak pernah putus pelanggan. KUALA TERENGGANU – Walaupun ramai peniaga berlumba-lumba menaikkan harga makanan yang dijual disebabkan kenaikan harga barang selain pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) namun berbeza dengan peniaga kedai makan di Kampung Losong Atap Zin dekat sini. Sinah Sulaiman, 63, tidak pernah menaikkan harga makanan dan minuman dijual sejak lebih 20 tahun lalu dan dia berhasrat akan kekal dengan harga sama seperti mana sebelumnya. Dengan hanya 30 sen, pelanggan boleh mendapat secawan teh ‘O’ manakala pada harga RM1.40 untuk segelas milo ais ‘kaw’, sebab itu tidak hairanlah kedai makannya tidak putus-putus dikunjungi pelanggan dari jauh mahupun dekat. Pada masa sama, Sinah yang mesra dengan panggilan Kak Nah masih mengakui mendapat keuntungan setimpal kerana baginya perniagaan yang dijalankan bukanlah untuk sehari dua tetapi dalam tempoh lama dan pelangganlah yang akan menentukan hidup matinya satu-satu perniagaan. Di warung itu yang terletak di pinggir jalan menghala ke Muzium Negeri di sini, beraneka juadah seperti kuih-muih, nasi lemak dan nasi minyak siap dibungkus serta roti canai sehinggalah pelbagai jenis air minuman dijual dengan harga yang sangat murah.
|
6
Bagus |
10
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tiramisuu replied at 18-4-2015 10:14 AM
pernah makan kat sini
dino replied at 18-4-2015 10:19 AM
sedak dok.... tp org pkir muroh je bedal ...... takdok masa nok pilih2
hzln replied at 18-4-2015 10:25 AM
60 seng jah nasik minyok?
suap 3 mulut abisss
hzln replied at 18-4-2015 10:25 AM
60 seng jah nasik minyok?
suap 3 mulut abisss
tiramisuu replied at 18-4-2015 10:23 AM
banyak choice nasi lemak/bihun/kuih muih..nasi lemak xde pun lebih dr rm2..ok je sedap setakat ni ...
dino replied at 18-4-2015 10:31 AM
ok la tu mek.. muroh...
ade nasi lemak singgit.... nasi sejemput.... ikan sejemput.... telur t ...
dino replied at 18-4-2015 10:31 AM
ok la tu mek.. muroh...
ade nasi lemak singgit.... nasi sejemput.... ikan sejemput.... telur t ...
TuntungReturn replied at 18-4-2015 10:41 AM
nasik lemak kalo jual rm1 sebungkus tetap untung,..sebab mak cik jual nasik lemak kt tempat ak ...
hzln replied at 18-4-2015 10:44 AM
kena telan 3 bungkus agaknya baru kenyang sampai tengahari
kalu sebungkus jah pukul 10 dah menya ...
MissNigga replied at 18-4-2015 10:46 AM
kalo berniaga ni kena jujur .... dan ikhlas ... baru rejeki datang limpah meruah ...
kalo dah rega ...
dino replied at 18-4-2015 10:51 AM
bahang nasi dagang sebungkus....
org luar mesti pelik tgk org trg kelate makang...pagi2 bkn ...
dino replied at 18-4-2015 10:54 AM
rezeki dtg dgn tak disangka2 tu klau keje ikhlas... kesihatan yg baik tu rezeki.... hidup tenang.. ...
MissNigga replied at 18-4-2015 10:59 AM
teringat mak iols ...
pest tyme bawak mak jenjalan ke pasar tamu kat seksyen 13 .. shah alam . ...
MissNigga replied at 18-4-2015 11:02 AM
exactly abe dino ... setujuk sesangat
bagi iols .. yang paling penting ... jiwa tenang .. bak ka ...
ADVERTISEMENT