Kerusi Lipat Titanic Dilelong Lebih Setengah Juta Ringgit SEBUAH kerusi lipat diperbuat daripada kayu yang ditemui dari bangkai kapal Titanic dijual pada £100,350 (RM543,836.73) dalam satu majlis lelongan. Portal Daily Mail melaporkan bahawa kerusi berkenaan untuk kemudahan penumpang kelas pertama bersantai di kapal itu, telah ditemui oleh pasukan mencari di Lautan Atlantik selepas Titanic karam pada 1912. Bergelar sebagai 'salah satu jenis koleksi Titanic yang paling jarang ditemui', ia pada mulanya adalah kerusi yang rapuh untuk diduduki tetapi telah dipelihara dengan baik. Sebelum ini, kerusi tersebut dimiliki oleh seorang pengumpul warga British selama 15 tahun. Kerusi itu diperbuat daripada kayu jati dengan berukuran 57 inci panjang, 23 inci lebar dan 35 inci tinggi. Kapal Titanic yang karam pada 1912. Ia mempunyai lambang bintang dengan lima bucu yang merupakan logo White Star Line, syarikat yang memiliki kapal Titanic. Andrew Aldridge, seorang pelelong bagi syarikat Henry Aldridge and Son menyifatkan kerusi itu merupakan salah satu bahan penting bagi memperingati Titanic. Beliau berkata: "Adalah sukar untuk mencari sesuatu bersaiz itu di dalam Titanic, yang telah diselamatkan dan masih wujud sehingga ke hari ini." Titanic karam pada pukul 10.20 malam apda 14 April 1912, mengakibatkan kehilangan 1,522 nyawa. - DAILY MAIL
|
miabebe replied at 19-4-2015 02:33 PM
Sape la yg nk bw mia detim nek kapal tetenik cenggini..kompom cair miabebe nnt
ellejo replied at 19-4-2015 03:01 PM
dalam cite Titanic rose buang kalung juta2 tu.
xjumpakah?
mattzzx replied at 19-4-2015 04:16 PM
Nanti u jump i jumpa.............
miabebe replied at 19-4-2015 05:21 PM
Tamo2 u jump sesorg i xreti swimming ehek..huhuhu
mattzzx replied at 19-4-2015 05:25 PM
matt tolong selamatkan mia ...........
mia jangan susah hati.......
miabebe replied at 19-4-2015 05:43 PM
Yela tu...skrg ye2 ckp nk slamat kan laki...bese la...huhuhu
spenderterselit replied at 19-4-2015 07:01 PM
Asal cite titanic jadi cite cinta sejati ni
@miabebe
chinta89 replied at 19-4-2015 03:17 PM
still boleh elok ke lps terendam berapa lama??
miabebe replied at 19-4-2015 02:33 PM
Sape la yg nk bw mia detim nek kapal tetenik cenggini..kompom cair miabebe nnt
tumpanglalu74 replied at 19-4-2015 07:06 PM
Ape beze dengan yang jual online pon?
ADVERTISEMENT