CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sirul mungkin dibayar untuk tuding Najib?

22-4-2015 09:37 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8648| Komen: 39




Ketika kritikan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Razak belum menampakkan tanda akan berhenti, sebuah laman sesawang pro-Umno membangkitkan kemungkinan bekas perdana menteri itu akan bekerjasama dengan Sirul Azhar Umar.

Menurut penulis di MyKMU.net, tidak mustahil bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh itu dibayar untuk menuding jari kepada Najib.

"Melihat kecenderungan Tun Mahathir cuba masuk campur dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shariibu sebelum ini, termasuk berjumpa keluarga salah seorang pembunuh wanita tersebut Sirul Azhar Umar, tidak mustahil selepas ini Sirul akan dibayar untuk mengaku penglibatan Datuk Seri Najib dalam pembunuhan tersebut.

Kepada Sirul, baginya sudah tidak ada rugi apa-apa sebab hukuman mati telah pun dijatuhkan.  Kalau kerajaan Australia menerima permohonannya untuk kekal di negara itu, lagilah ramalan ini akan menjadi kenyataan kerana hidup di Australia memerlukan wang," kata penulis kolum berkenaan.

Sebelum ini MyKMU.net meramalkan Dr Mahathir akan menyasarkan kritikannya kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Manor.

Semalam, untuk kali pertama Dr Mahathir menyebut mengenai Rosmah untuk kali pertama dalam blog beliau.

Terdahulu, Dr Mahathir menggesa polis menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia bertindak membunuh Altantuya atas arahan seseorang.

Kata penulis berkenaan, persoalan sama ada pengakuan Sirul itu nanti betul atau salah tidak penting kerana yang utama ialah menimbulkan persepsi dan menyokong "dakwaan palsu" Dr Mahathir bahawa Najib pemimpin yang banyak skandal.

Lagi pun, katanya, di Malaysia ini persepsi sentiasa mendahului fakta dan Dr Mahathir sangat maklum mengenai hakikat itu.

"Sama ada telahan ini akan (sekali lagi) menjadi kenyataan atau tidak, hanya masa yang akan menentukan.  Tapi percayalah, tidak ada apa yang mustahil bila bercakap tentang orang pada usia Dr Mahathir sekarang. Penulis pernah tengok lebih teruk daripada itu pun," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kenarikelabu 21-4-2015 05:22 PM
Mahkamah tak berminat nk siasat siapa arahkn utk membunuh. Hadap je lah kua cerita mcm2 skg...
Quote scorpionkiki 21-4-2015 05:22 PM
Edited by scorpionkiki at 21-4-2015 05:24 PM

ayo yo... sudah takut. Ni mmg Tun M boleh saman Kurang cerdik... sbb I know for sure Che Det will intensify his attack. Hari tu ugut Mukriz, lagi dia tambah peluru... yg ni dia bom terus kot
Quote MeghanK 21-4-2015 05:23 PM
Plot twist lagi pop corn nak habis dah
Quote CrowneGlory 21-4-2015 05:25 PM
Amboi konar baring habis...lipat maut cecah lutut ni...
Quote hzln 21-4-2015 05:25 PM
ni namanya orang tua2 kat kampung aku cakap pre-emptive measure
Quote dino 21-4-2015 05:27 PM
hzln replied at 21-4-2015 05:25 PM
ni namanya orang tua2 kat kampung aku cakap pre-emptive measure

kelas org tua kg mek...
Quote hzln 21-4-2015 05:30 PM
Kata penulis berkenaan, persoalan sama ada pengakuan Sirul itu nanti betul atau salah tidak penting kerana yang utama ialah menimbulkan persepsi dan menyokong "dakwaan palsu" Dr Mahathir bahawa Najib pemimpin yang banyak skandal.

Lagi pun, katanya, di Malaysia ini persepsi sentiasa mendahului fakta dan Dr Mahathir sangat maklum mengenai hakikat itu.


tidakkah penulis ini juga sekarang ini membuat benda yg sama sekarang?
ANDAI lah sirul mengaku dpt arahan arahan najib (betul atau tidak itu tolak tepi dulu)
penulis telah awal2 lagi membentuk persepsi bahwa pengakuan itu adalah palsu  dan berbayar?

Quote EJALTI 21-4-2015 05:34 PM
hzln replied at 21-4-2015 05:30 PM
Kata penulis berkenaan, persoalan sama ada pengakuan Sirul itu nanti betul atau salah tidak penting  ...

kehkehkehkehkeh..... baru iols perasan....

2 x 5
5 x 2

=10
Quote bangcak 21-4-2015 05:35 PM
MeghanK replied at 21-4-2015 05:23 PM
Plot twist lagi  pop corn nak habis dah

taw takpe.
baru je tonggang serdak popcorn sambil tepok2 cawan kertas.

ropanya puak redbean umngok konar pusing kot lain plak.
makin panjang le kisahnya.

.....new season kot?
Quote MeghanK 21-4-2015 05:46 PM
bangcak replied at 21-4-2015 05:35 PM
taw takpe.
baru je tonggang serdak popcorn sambil tepok2 cawan kertas.


Kena beli stok pop corn banyak sikit nih..drama ni nampaknya berseason2
Quote sgbuloh 21-4-2015 06:03 PM
tapi tuan hakim mahkamah kata motif (sebab sirul tembak altantuya) tak penting.

so sirul dapat arahan dari sapa2 pun, tak penting sebenarnye.

Quote bangcak 21-4-2015 06:48 PM
bila buku bertemu ruas.

dua2 pihak (cikgu dgn best student) ada modus operandi yg sama
(sbb masa belajar dulu ikut silibus yg sama).

cuma cikgu pencen terpaksa bergerak sendiri, guna duit pencen ngan
stok2 fanclub yg tersisa.

pasal duit, best student takde poblem. fanclub bleh beli.
Quote scorpionkiki 21-4-2015 06:56 PM
altantuya tu satu hal.... tp yg paling deep the cut ialah issue 1mdb...yg ni paling ramai marah sbb can harm the country finances..
Quote ice_sky92 21-4-2015 07:06 PM
Popcorn lagi. Tukar makanan lain pulak
Quote Bateesta 21-4-2015 07:07 PM
Edited by Bateesta at 21-4-2015 07:25 PM

saksikan video pengakuan altantuya sendiri

[youtube]slOlTyXHvDo[/youtube]

jd jgn tuduh sesape lg lepas ni




Quote Maideen. 21-4-2015 07:48 PM
Rakyat marhaen tertanya tanya mengapakah Sirul ini masih belum mendedahkan bahawa Najiblah yang menyuruh dia membunuh Altantuya.......
Quote MatDeghem 21-4-2015 08:02 PM
negeri org sibuk bincang pasal economy, pasal kemajuan negara. negeri kita rakyaat lebih minat duduk makan popcorn dengar cerita dongeng muntri

Quote kelapaparut 21-4-2015 08:09 PM
buat apelah org dah kene hukum mati masih sanggup dibayar lg utk fitnah Najib, dia dah xperlukan duit, dia nak bwk sekali yg mastermind tu masuk neraka sekali dgn dia, nasibla ko najib..
Quote munchkin 21-4-2015 08:26 PM
bila nak turunnnn

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.105848 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top