CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiran TMJ “Saya Memang Lanun”

22-4-2015 09:46 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13853| Komen: 40


            


KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ismail menyifatkan segelintir penyokong bola sepak tanah air yang suka mengelar baginda sebagai `lanun’ hanya kerana membeli pemain-pemain berkualiti daripada pasukan lain mempunyai mentaliti lapuk.

Baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertitah, bola sepak di seluruh dunia telah berubah tetapi pemikiran golongan terbabit masih ketinggalan seperti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyebabkan industri bola sepak negara masih mundur hingga hari ini.

“Terdapat segelintir penyokong (bola sepak) yang tidak dapat menerima hakikat dan berkata perkara-perkara seperti TMJ lanun, TMJ suka merampas pemain, TMJ dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dan ini, serta macam-macam lagi tuduhan.

“Para pemain terbabit memang mahu bermain untuk JDT. Dengan segala perkembangan yang berlaku di sini, bolehkah kita menyalahkan mereka kerana membuat pilihan tersebut. Dalam bola sepak, seseorang pemain akan meninggalkan sesebuah kelab kerana tiga sebab utama iaitu untuk mendapat gaji yang lebih baik, untuk bermain dalam sebuah pasukan yang diurus secara profesional atau mereka tidak berpuas hati dengan cara pasukan lama mereka dikendalikan. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan. Lihatlah pengurusan kelab sendiri,” sindir baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Tunku Ismail turut menyindir pihak yang suka melabelkan baginda sebagai `lanun’ kerana masih tidak mencapai sebarang perubahan sedangkan ramai penyokong bola sepak Malaysia sudah mula mahukan perubahan dalam bola sepak Malaysia termasuk perubahan ke atas badan induk bola sepak negara.

Sehubungan itu, baginda meminta pihak berkenaan supaya turut mengubah mentaliti dan fikiran mereka serta tidak terikut-ikut dengan badan induk pentadbir bola sepak yang masih ketinggalan daripada segi ideologi dan keberatan untuk maju ke hadapan.

“Almarhum nenda saya pernah berkata, kalau kita hantukkan kepala ke dinding, siapa yang sakit? Dinding atau kepala sendiri? Jadi, tak perlulah kita cuba menegakkan benang yang basah,” ttiah baginda.

Baginda turut meminta turut meminta pihak yang berfikiran negatif ke atas dirinya supaya menyedari bahawa hidup manusia tidak lama dan sewajarnya mereka menjalani hidup dengan cara positif serta bersyukur kepada Allah S.W.T.

“Kita tidak tahu berapa lama hidup kita di dunia ini. Sebagai contoh, adik saya sendiri didiagnosis dengan penyakit kanser. Saya dan keluarga mendoakan beliau setiap hari dan memberikan segala sokongan yang diperlukan.

“Secara ringkasnya, apa yang saya ingin sampaikan adalah, lebih baik kita mengasihi orang yang tersayang sementara mereka masih di samping kita, daripada membazir masa memburukkan orang lain, kerana kita tidak tahu bila mereka atau diri kita sendiri akan meninggalkan dunia ini. Akhir kata, saya memang lanun,” titah baginda.

Baginda dalam pada itu memaklumkan, Kafe JDT, padang latihan tertutup dan pusat perubatan bola sepak Johor yang dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada September 2015. – mynewshub.cc

4

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lorra2411 21-4-2015 05:00 PM
literally, memang keturunan lanun pun kan?
Quote dino 21-4-2015 05:00 PM
ingat big foot



Quote CrowneGlory 21-4-2015 05:02 PM
"segelintir penyokong bola sepak tanah air yang suka mengelar baginda sebagai `lanun’ hanya kerana membeli pemain-pemain berkualiti daripada pasukan lain..."

salah ni.. Kebanyakkan yg panggil lanun sbb kononnya keturunan dia lanunkan..
Quote CrowneGlory 21-4-2015 05:04 PM
dino replied at 21-4-2015 05:00 PM
ingat big foot

Big foot2 pun berderet awek retis model sanggup mengusap dia... Biorla big foot asalkan dpt loubotin seketul dua
Quote mjla 21-4-2015 05:18 PM
Lanun ni Ok sket dr lanun UMNGOK.

Tapi yg tak bleh blah dier punya totok....
Quote spenderterselit 21-4-2015 05:22 PM
Keturunan kerabat dan raja2 tu memang asalnya lanun kan..

Pernah terbaca kat satu artikel tapi dah lama tak ingat pulak

Quote sgbuloh 21-4-2015 06:10 PM
lanun of Caribbean ke lanun of Tebrau?
Quote peYno 21-4-2015 09:31 PM
lanun since 2013 je pon

cuba tanya tmj sebelum 2013
dok buat apa???
Quote axl_bach 21-4-2015 09:38 PM
Org offer gaji hamsen,  xkn nk stay kat team lehnat AL-BUDDUKI lg Kot.... cabut la si Shakir Shaari dgn Awe
Quote MelahJanda 21-4-2015 09:54 PM
Offer gaji byk byk pastu rilek panas bangku
Sapa takmauu
Hahaha   bodo lembam player bola ni seme
Quote chippotato 21-4-2015 10:19 PM
peYno replied at 21-4-2015 09:31 PM
lanun since 2013 je pon

cuba tanya tmj sebelum 2013

baru nak tag @ peyno..... sekali awal2 dah muncul.....hehe


ok ankle....nah carpet merah....sila la merempan....hehhehehe... kalau jdt since 2013..... #anklepeynobencijawa since 2005
Quote lavameriah 21-4-2015 10:39 PM
wa bukan apa

ini ke yg wa baca

lanun keturunan jack sparrow melayu tu

ni yg buat wa nak gelak guling2
Quote zvicmorrow 21-4-2015 10:53 PM
tengok komen para forumer kat sini..nmpak gaya hala tuju bolasepak negara tak akan kemana!...
Quote alinone78 21-4-2015 11:00 PM
Untungla jadi lanun
Pirate of the Caribbean tu glemer
Quote langlobat 21-4-2015 11:29 PM
Bukankah budak2 JDT dok tayang logo lanun kesana kemari ka? Apa sindir2 plak? Dah sendiri mengaku lanun, mestilah ada yang akan panggil korang lanun..

koleksi lanun.jpg

Quote jengkoil 21-4-2015 11:32 PM
Wakk  eber!!!  Bola mesia x kemana pong..

kualiti takat geli2 je..

ok.. fan nga tukang komen pong skali..x kemana. .
Quote Acong 22-4-2015 03:17 AM
muka macam lanun, perangai cam lanun, sah lanun?
Quote dani-rox 22-4-2015 03:24 AM
eww tiru stail tshirt che guevara... very the 90's
Quote Bedah.Cun 22-4-2015 03:26 AM
Pape jer lar. Not my taste. Tengku Fahdddd my darlingggg, ehiewww!!!

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.073093 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top