CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Malam Kelantan

22-4-2015 03:25 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2999| Komen: 0



Kelantan berjaya mara ke separuh akhir Piala FA 2015 selepas menundukkan Sime Darby 3-0 (agregat 4-1) dalam aksi suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam ini.


Dalam aksi separuh masa pertama kedua-dua pasukan berbalas serangan, namun tiada percubaan bahaya yang dapat dilakukan. Kebuntuan gol akhirnya berakhir Badri Radzi atau Piya menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-40. Penalti tersebut dihadiahkan kepada Kelantan apabila kapten itu dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain lawan, Ivan Dragicevic.

Jaringan itu jelas menjadi penyuntik semangat buat pasukan The Red Warriors dan mereka menguasai permainan di separuh masa kedua sekaligus menambah dua lagi koleksi gol.

Pemain import baharu dari Nigeria, Austin Amutu menggandakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-58 sebelum Erwin Carillo mengesahkan tiket separuh akhir untuk Kelantan setelah menyudahkan hantaran daripada Amutu pada minit ke-74.


Malam ini nyata menjadi milik Kelantan selepas skuad itu berhempas pulas dan mempamerkan aksi lemah dalam saingan Liga Super dengan 4 kekalahan berturut-turut. Sementara itu satu lagi pasukan dari Pantai Timur, Terengganu mengesahkan tempatnya di separuh akhir selepas menang selesa 2-0 ke atas Perak pada aksi timbal balik di Stadium Perak, Ipoh, malam ini untuk mara dengan agregat 3-1.

Terengganu meraih kemenangan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan penyerang import dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-21 dan Issey Nakajima-Farran pada minit ke-55.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.070910 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top