CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menang Bidaan Berlian Terbaik Dunia Melalui Telefon

22-4-2015 04:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5955| Komen: 22

Menang Bidaan Berlian Terbaik Dunia Melalui Telefon

NEW YORK: Hanya tiga minit bidaan dilakukan, sebutir berlian 'terbaik' 100 karat yang ditemui di sebuah lombong di Afrika Selatan dijual pada harga $22.1 juta (RM80 juta) pada Selasa, lapor Sotheby.

Satu firma lelongan mengesahkan nilai berlian seberat 100.20 karat yang mempunyai julat harga antara $19 hingga $25 juta (RM69 juta hingga RM90 juta) malah digelar sebagai 'berlian terbesar dengan potongan klasik sempurna'.

Berlian yang ditemui di lombong De Beers, Afrika Selatan kemudiannya dipotong, digilap dan disempurnakan lebih daripada setahun. Malah lelongan permata tersebut merupakan kemuncak antara 370 lot lain semasa lelongan barang kemas Sotheby dijalankan.

Pemenang bertuah yang memenangi bidaan tersebut mengambil bahagian hanya menerusi panggilan telefon dan tidak mahu namanya disiarkan, lapor Sotheby.

Firma lelongan sudah mempamerkan berlian tersebut sebanyak dua kali di Asia Barat iaitu di Doha dan Dubai, serta beberapa lokasi lain iaitu Los Angeles, Hong Kong, London dan New York dalam usaha untuk menarik minat lebih awal sebelum lelongan berlangsung.

Menurut Sotheby, hanya lima berlian berkualiti yang mempunyai berat lebih 100 karat telah dijual semasa sesi lelongan dan berlian yang paling mahal dijual adalah semasa lelongan Sotheby di Hong Kong pada 2013 sebanyak $30.6 juta (RM111 juta).

Ketua Jabatan Perhiasan Sotheby New York, Gary Schuler menyifatkan berlian tersebut sebagai 'takrif kesempurnaan'.

"Warnanya lebih putih daripada putih, malah tidak mempunyai sebarang cacat cela dari segi dalaman dan sangat lutsinar sehinggakan saya terpaksa membandingkan dengan kolam berais," katanya sebelum lelongan dijalankan.

4

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 22-4-2015 11:18 AM
masih takbleh tewaskan pembidaan termahal (bangunan kwsp) hokehh!!
Quote ANTUGIGI 22-4-2015 11:44 AM
teringat kat kak mah. dulu bukan ke bijan cakap sebab bini dia tepon pembesar mana ntah untuk bawak balik student2 msia tu.ke kes apa ntah.

pastu kes belian ni pun melalui tepon, taknak di kenali.. sesuatu sangat.. ke aku ni yang pantang betul sebut berlian je tingat kak mah.
Quote dino 22-4-2015 11:46 AM
bangcak replied at 22-4-2015 11:18 AM
masih takbleh tewaskan pembidaan termahal (bangunan kwsp) hokehh!!

itu akak ros takde bid ka....? mohon siasat....
Quote dino 22-4-2015 11:46 AM
ANTUGIGI replied at 22-4-2015 11:44 AM
teringat kat kak mah. dulu bukan ke bijan cakap sebab bini dia tepon pembesar mana ntah untuk bawak  ...

bkn ko sorg je pkir camtu....
Quote ANTUGIGI 22-4-2015 12:01 PM
dino replied at 22-4-2015 11:46 AM
bkn ko sorg je pkir camtu....

mknanya bukan aku sorg je obses dengan kak mah tu??hahahhaa

paling best skali. taknak di kenali...


key point :-

i. bida melalui tepon
ii. tak nak di kenali
Quote dino 22-4-2015 12:02 PM
ANTUGIGI replied at 22-4-2015 12:01 PM
mknanya bukan aku sorg je obses dengan kak mah tu??hahahhaa

paling best skali. taknak di kenali ...

mujur takde mention.... flom...
Quote bangcak 22-4-2015 12:03 PM
dino replied at 22-4-2015 11:46 AM
itu akak ros takde bid ka....? mohon siasat....

tobatt!!!
akak serik dah layan cincin belian.

suma akak pulangkan dah.
kalu takcaya bleh tanya abg sprm.
Quote chinta89 22-4-2015 12:07 PM
gelak pulak aku baca komen sorg2.. kak mah ngn abang jib gak naik nama.
Quote lil_honey 22-4-2015 12:12 PM
ANTUGIGI replied at 22-4-2015 12:01 PM
mknanya bukan aku sorg je obses dengan kak mah tu??hahahhaa

paling best skali. taknak di kenali ...

nnt kalau orang tau mesti kene rompak..
Quote enchikfitz 22-4-2015 12:17 PM
Rosmah ke pembida tewww?
Quote ANTUGIGI 22-4-2015 12:25 PM
dino replied at 22-4-2015 12:02 PM
mujur takde mention.... flom...

takleh mention lebey sangat. takat tepon pun orang da leh teka.. ahhahahaha..

sensitip betul org mesia

Quote ANTUGIGI 22-4-2015 12:27 PM
lil_honey replied at 22-4-2015 12:12 PM
nnt kalau orang tau mesti kene rompak..

berani ke nak rompak??? kacau suami pun kena C4..hahhahahhaha

Quote ANTUGIGI 22-4-2015 12:29 PM
bangcak replied at 22-4-2015 12:03 PM
tobatt!!!
akak serik dah layan cincin belian.

ahkak tak layan da.

sambung ke anak.. bunga tangan masa kawen pun emas berlian ko.

sesuai dengan pepatah melayu. mak borek anak rintik. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

Quote Decaffeinated 22-4-2015 02:18 PM
If a man would be happy with 4 C's (Cash, Cars, Condo & Credit Cards)

a diamond's worth depends on its Color, Clarity, Cut and Carat

http://www.gia.edu/diamond-quality-factor


Quote sepiITUindah 22-4-2015 02:21 PM
ANTUGIGI replied at 22-4-2015 11:44 AM
teringat kat kak mah. dulu bukan ke bijan cakap sebab bini dia tepon pembesar mana ntah untuk bawak  ...

nanti sprm siasat pun melalui tepon jer

Quote imransulaiman 22-4-2015 05:02 PM
Tumpang tanya - betul ke bini fazley tu anak kandung kak mah sendat tepu?
Quote shalola 23-4-2015 12:45 AM
Haha..reminds me of kak mah...
Quote dani-rox 23-4-2015 01:12 AM
ai pon tingat flom kesayangan ramai
motip pemanggil takmo namanya disiarkan...

De Beers ni bukan kah pernah dikaitkan dgn skandal blood diamond? diambik dr lombong South Africa katanya...padahal diseludup dr Sierra Leone.

tp memang canteklah berlian nihh


Diamonds are forever... forever... forever...
Quote melinda_kerr 23-4-2015 01:16 AM
Kesian.. Tk pernah ada lelongan mcm tu kt Malaysia kn? jutawan hi -o dan MLM lain tkkn xmmpu lg beli berlian mcmni walaupun dah bina pyramid bertahun2?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.198584 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top