Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, juga dengan perlaksanaan GST ini, mahu tak mahu anda berfikir juga untuk keluar dating dengan pasangan. Mana tidaknya, keluar rumah sahaja bermakna keluarlah duit anda seperti air.
Tapi adakah ini menghalang anda melakukan aktiviti bersama yang tersayang? Jika kamu masih mencari idea untuk tempat 'dating' yang best, mari LadyLista kongsikan sedikit idea buat kamu yang ingin keluar dating namun masih dalam bajet kamu. 1. Pergi berkelah Ya betul, pergilah berkelah, rancang bersama pasangan anda untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan makanan masakan yang tersayang sambil melihat keindahan keadaan sekeliling. Dengan tikar, nasi lemak atau sandwic serta air!! Nah... anda pasti boleh bergelak gembira.
2. Tonton teater Selain menonton wayang, teater juga sangat 'best' bagi melihat sendiri bagaimana para pemain menzahirkan emosi semasa membuat persembahan.Mungkin ramai yang tak tahu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama penggiat seni lain mempersembahkan hampir setiap minggu teater dengan harga yang memang berpatutan dan kadang-kadang secara percuma. 3. Pergi karnival Di Malaysia ini memang setiap minggu ada sahaja karnival. Anda boleh mengajak pasangan anda ke karnival yang diadakan disamping dapat menambah ilmu mengenai produk-produk baru ataupun muzik-muzik baru yang didendangkan.Kebanyakkan karnival adalah percuma namun ada juga yang berbayar.Anda hanya perlu cari maklumat di internet, nah.. selamat berkarnival. 4. Aktiviti sukan Bawa pasangan anda menonton aktiviti sukan seperti bola sepak, badminton atau sukan yang anda minat… Kalau nak bawa pergi memancing pun best juga kan? 5. Pergi pasar lambak Kebanyakkan flee market menjual barangan yang sukar didapati ataupun 'rare'. Juga banyak flee market yang menyediakan hiburan secara percuma. Ajak lah pasangan anda, dan hadiahkanlah si dia mungkin rantai vintaj.. siapa tahu, ia mengeratkan kasih sayang kamu berdua. -LadyLista -
|
ADVERTISEMENT