CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaring, Perkhidmatan Internet Pertama Malaysia Dibubarkan

27-4-2015 10:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12461| Komen: 73

Jaring, Perkhidmatan Internet Pertama Malaysia Dibubarkan


Pembekal Internet pertama Malaysia, Jaring Communications Sdn Bhd kini diletakkan di bawah penjagaan seorang pembubar selepas arahan mahkamah Khamis lepas.

Berita tersebut mendapat reaksi sedih berbaur gembira daripada tokoh yang memainkan peranan penting dalam membawa perintis Internet di dalam negara 30 tahun lalu, Dr Mohamad Awang Lah.

Dalam tulisan di Facebook semalam, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Jaring itu berkata, beliau sedih kerana entiti yang dibantunya untuk dibina pada 1986 di bawah nama RangKoM, yang kemudiannya dilancarkan dengan nama Jaring pada 1992, dibiarkan merosot kepada keadaannya kini.

Jaring juga merupakan subsidiari Mimos dan kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Kewangan pda 2007.

“Saya tidak ada kaitan dengan syarikat ini lagi setelah bersara pada tahun 2010. Namun, bagi saya peristiwa ini menyedihkan dan juga menggembirakan.

“Sedih kerana entiti yang memperkenalkan perkhidmatan Internet di Malaysia dibiarkan sedemikian rupa. Gembira kerana satu pihak yang lebih bertanggungjawab diberi kepercayaan untuk menguruskannya buat sementara.

“Saya harap ia boleh dipulihkan segera,” katanya.

Selepas bersara, jawatan Mohamed diambil alih oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai CEO baharu bermula 1 Mac, 2011.

Pada Ogos tahun lepas, Jaring dilaporkan membeli Utusan Printcorp dengan harga lebih RM100 juta.

Beberapa bulan kemudian pada Oktober, The Malaysian Insider melaporkan 70 pekerja Utusan Printcorp mengadakan protes menuntut gaji mereka yang tidak berbayar selama 3 bulan.

Pekerja Jaring juga antara mereka yang dilaporkan tidak dibayar gaji.

Jaring juga antara 3 kontraktor yang menerima bayaran penuh RM88.13 juta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi projek jalur lebar yang tidak lengkap di Sabah dan Sarawak, menurut beberapa siri pertama Laporan Ketua Audit Negara 2014, seperti dilaporkan News Straits Times Online.

Semasa memegang jawatan CEO, Mohamed dikenali sebagai penyokong sistem terbuka untuk jaringan jalur lebar.

The Edge melaporkan pada 2008 pendirian beliau bagi pemilikan jaringan tersebut adalah berasingan dengan pendirian pembekal perkhidmatan tersebut.

Mohamed juga merupakan naib presiden kanan Mimos Berhad dan bertanggungjawab mennguruskan Jaring dan menyelia operasi penyelidikan dan pembangunan di dalam Mimos.

Beliau memulakan kariernya sebagai seorang jurutera di Lembaga Letrik Negara (LLN) pada tahun 1976 dan merupakan tutor di Fakulti Kejuruteraan di Universiti Malaya dan merupakan Timbalan Dekan fakulti sejak 1983.

Beliau memperoleh ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang elektronik dan kejuruteraan elektrik dari King’s College, University of London pada 1976 dan mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam Elektronik dan Kejuruteraan Elektrik dari universiti yang sama pada tahun 1980. – 25 April, 2015.

7

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_WonBin 25-4-2015 11:39 PM
Dapat kat Melayu, jadi taik ...
Quote chaintea 25-4-2015 11:43 PM
sayangnyaaaa...
pdhal yg merintis internet kt malaysia depa juga
dok bwh MIMOS pon xleh bwh apa ye
Quote jfq 25-4-2015 11:45 PM
Edited by jfq at 25-4-2015 11:59 PM

Dynamic technology
Need to be handled by fast track co
To be always on their toes to react fast
Mungkin dok dlm gomen lembab sokmo nak react
Quote wipers81 25-4-2015 11:49 PM
Eloklah bubar.
Lembab ya amat...
Quote alesandra 25-4-2015 11:50 PM
argghhh mana mungkin...bbnu kata zaman mamak madey takdak internet
Quote bellaa 26-4-2015 12:04 AM
jaring?
Quote TuntungReturn 26-4-2015 12:09 AM
mimos tu ade lgik ke
Quote TeraJava 26-4-2015 12:13 AM
ada kaki songlap duit.. sia2 usaha nak majukan syarikat melayu
Quote melinda_kerr 26-4-2015 12:15 AM
Oh sayangnya. Memori sangat. Tapi plg tak bleh lupa cucuk wayar phone masuk kat komputer..
Quote tungkai 26-4-2015 12:36 AM
Thanks to Telekom (now TM)
Quote sepaileman 26-4-2015 01:03 AM
cmf_WonBin replied at 25-4-2015 11:39 PM
Dapat kat Melayu, jadi taik ...
jahanam hahaha

Quote fizamn 26-4-2015 02:20 AM
Dapat kat gomen terus hancus..
Quote otai_g 26-4-2015 02:40 AM
aku antara pengguna jaring zaman dulu.

guna modem dialup 56k.

zaman tu dulu tm ni mcm samah jerk. kiranya jaring mmg isp yg paling bagus.

sedih gak knp jaring x leh up sedangkan dia adalah leader.

time tu maxis ka, celcom ka, p1 ka yes ka mana wujud lg.
Quote FOTHER-MUCKER 26-4-2015 02:47 AM
Orang Kota Kinabalu masih ada yang guna jaring.
Quote bazinga 26-4-2015 03:11 AM
otai_g replied at 26-4-2015 02:40 AM
aku antara pengguna jaring zaman dulu.

guna modem dialup 56k.

Yes true..
Mengimbau kenangan sungguh, hehe
Quote GuaAnakMelaka 26-4-2015 03:56 AM
aku ketinggalan ketapi..jaring tu apa mende ???
Quote RatuDunia94 26-4-2015 06:48 AM
Jaring UKM ada lg tak?
zaman study..
Quote afheyz 26-4-2015 07:11 AM
RatuDunia94 replied at 26-4-2015 06:48 AM
Jaring UKM ada lg tak?
zaman study..

Zaman aku study dulu kat ukm, jaring ni paling pantas kot. Boleh download tv series 345mb tuh dlm masa 5min utk 1 episod. Hahah. Movie pulak less than 20 min. Keje asek download n delete je la dulu time study. Hahah
Quote mrseller 26-4-2015 07:21 AM
Banyak betul yg kertu dlm ni

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051997 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top