Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri dialog ‘Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M’ di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hari ini. Beliau mengulangi gesaan agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaannya agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan kerana pegawai kerajaan yang sepatutnya menerangkan pelaksanaannya juga tidak memahami kesannya dengan baik. "Apabila kita tanya pegawai kerajaan tentangnya, mereka pun tak boleh jawab. Jadi jelas, kerajaan tak dapat faham impak GST kepada orang ramai. "Rakyat sangat-sangat berang, sangat jengkel dengan GST ini. Perkara lain, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka tak peduli sangat, tapi GST bagi kesan pada mereka. Tapi kerajaan kata, ia serupa SST (cukai jualan dan perkhidmatan). "Bila kerajaan buat sesuatu yang kerajaan sendiri tak tahu hendak laksana dan kesannya, sudah masanya kita kaji ia semula," katanya kepada wartawan selepas dialog "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pagi ini. 30 April, 2015. MENYUSUL LAGI Sumber
|
dyladalyla7 replied at 30-4-2015 06:44 PM
Laaaa xhabis2 lagi?brape byk thread daaa pasal dia ni
kangkong999 replied at 1-5-2015 02:18 PM
Apasai? Hang dah mabuk ketum ke?
cemolot replied at 1-5-2015 03:54 PM
1) rakyat menyampah dengan gaya hidup mewah bijan,ahkak pink, anak beranak
2) rakyat menyampah de ...
ADVERTISEMENT