CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Kisah Cinta Indah Namun Tragis Dalam Sejarah

30-4-2015 05:09 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2859| Komen: 1

Berabad lama William shakespeare telah mengajukan soalan "Apa itu cinta?". Maka ada diantara mereka menjawab: Otak manusia. Rasa yang sukar ditafsir semua berlegar didalam fikiran, sebuah emosi kompleks yang melibatkan 12 area spesifik otak terangkum menjadi suatu rasa yang disebut cinta. Dalam hal lain, cinta  menjadikan alasan sejumlah orang melakukan tindakan luar biasa. berikut 3 kisah cinta indah zaman klasik namun terukir tragis yang dikutip dari LiveScience:



1. Presiden AS Andrew Jackson dan Rachel Donelson

Rachel Donelson merupakan wanita pertama Amerika yang paling kontroversial. Dia berkahwin dengan Andew Jackson pada tahun 1791 setelah setahun bercerai dengan bekas suaminya Lewis Robard.


Sangka Rachel, Lewis menguruskan proses penceraiannya namun Lewis lewat mengemukakan penceraian iaitu pada tahun 1793. Ini menjadi heboh kerana secara atas kertas Rachel mempunyai dua suami dalam satu masa.

Meskipun Rachel dan Andrew dilanda cubaan yang berat, cinta Andrew kepada Rachel tidak pernah kurang. Setelah segala proses penceraiannya dengan bekas suami selesai, Rachel dan Andrew bernikah semula pada tahun 1794.

Namun akibat tekanan yang ditanggung Rachel sangat hebat, dia tak sempat melihat lelaki yang cintainya naik menjadi Presiden ke-7 AS, dia meninggal akibat serangan jantung pada 1828.

Andrew yang sangat terpukul dengan pemergiaan isteri tercintanya dilaporkan tidak berganjak dari mayat Rachel dan berharap agar dia hidup lagi. Pada ucapannya, Andew berkata " Saat aku adalah Presiden AS dan untuk waktu yang singkat, aku akan memajukan negaraku. Aku bersyukur diberi kesempatan untuk berada di sisi orang yang paling aku cintai , namun tuhan lebih tahu apa yang terbaik baginya.



2. Ines de Castro dan Raja Pedro

Ines de Castro merupakan pembantu kepada Puteri Constance. Puteri Constance berkahwin dengan seorang putera mahkota Portugal bernama Pedro.

Akibat terpesona dengan Ines, Pedro mula menjalinkan hubungan dengan wanita itu dan mengabaikan Puteri Constance.

Setelah Constance meninggal dunia pada 1349, Pedro cuba menjadikan Ines sebagai ratu (pada ketika itu dia telah mempunyai 3 anak bersama). Namun perkhabaran ini ditentang hebat oleh ayahnya Raja Afonso IV.

Ayahnya lantas mengarahkan pahlawan untuk menangkat Ined dan Ines dipenggal kepala di hadapan anaknya yang masih kecil. Peristiwa ini pencetus pergaduhan antara Pedro dan anaknya. 
Selepas Raja Afonso mangkat, Pedro naik menjadi Raja Portugal apda 1357. Dia mengaku telah menikahi Ines secara senyap dan mengangkatnya sebagai ratu.

satu lagenda menyebut, ia menggali kubur Ines dan memaksa seluruh hamba dan pengikutnya mengucap sumpah setia pada ratu yang baru dengan mencium rangka tangan Ines.

Heloise dan Abelard menjadi popular apabila penyair Alexander Pope menggunakan kisah mereka untuk sebahagian literatur klasik. Jadi bagaimana cerita cinta mereka?

Heloise d'Argentuil adalah anak murid kepada Peter Abelard yang mahir didalam bidang falsafah, teologi pada zamannya. Tambahan seperti yang ditulis didalam Chambers Biographical Dcitionary, Abelard merupakan pemikir yang paling tajam dan pakar teologi yang paling berani di abad ke 12.


Meskipun usia mereka terjarak 20 tahun, keduanya telah jatuh cinta. Sewaktu Heloise mengandung, kedua mereka melarikan diri ke Perancis dan Inggeris (tanah kelahiran Abelard).

Berita tersebut sampai dipengetahuan Paman Heloise, orang yang berpengaruh di Notre Dame. Bapanya yang marah akan hubungan mereka itu menyerang kedua mereka dan memandulkan Albert.

Kedua pasangan malang tersebut tinggal di biara yang berasingan namun tidak pernah lepas untuk mengutuskan surat cinta sehingga akhir hidup mereka. Kedua mereka tidak pernah bertemu lagi.

Setelah beberapa ratus tahun kemudian Josephine Bonaparte yang tersentuh mendengar kisah cinta mereka memerintahkan jasad Abelard dan Heloise dimakamkan di satu kubur.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote khailya 11-5-2015 04:25 PM
tragis nyer

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041343 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top