CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dipinggir' UMNO bahagian di Pulau Pinang di Bubar

1-5-2015 02:25 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6502| Komen: 25

Ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh hari ini mengumumkan pembubaran cawangan itu kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada Umno bahagian.


Menurut ASri dalam portal Malaysiakini, Umno cawangan itu sering diabaikan tanpa sebarang kebajikan dan peruntukan yang diberikan oleh Umno kawasan mahupun negeri.

Selain itu, Asri bersama rakan-rakan ahli cawangan yang turun ke Pusat Khidmat PKR juga mempamerkan kain rentang menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada sidang media yang ditemui.

Berita lanjut : malaysiakini.com
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 1-5-2015 01:19 PM
Quote GhostWalking 1-5-2015 01:20 PM
Apa dah jadi
Quote scorpionkiki 1-5-2015 01:21 PM
yeay.....  sepatutnya tambah bantah Najib jadi PM
Quote EJALTI 1-5-2015 01:22 PM
Quote lvsg8 1-5-2015 01:22 PM
ada jugak la ye yg pandai berfikir
Quote dodolgemok 1-5-2015 01:28 PM
kahkahkah kasian....harap2 tak buat uturn balik bila disogok macam2 gula2
Quote kelana36 1-5-2015 01:35 PM
yang ni luar biasa, cerita biasa ahli pkr/pas keluar parti bila setiap kali ada prk..
apakah pkr sudah guna tektik bn cerita recylce itu?
Quote EJALTI 1-5-2015 01:44 PM
Dakwa terabai, Umno cawangan di PP dibubar

12:53PM - 1 May 2015
http://www.malaysiakini.com/news/296972



Ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh hari ini mengumumkan pembubaran cawangan itu kerana mendakwa hilang kepercayaan kepada Umno bahagian.

Bekas ketua Umno cawangan itu, Asri Ahmad berkata, semenjak 2006, cawangan Guar Jering Jering Jaya sering diabaikan oleh Umno kawasan Permatang Pauh.

Asri mendakwa, Umno cawangan itu sering diabaikan tanpa sebarang kebajikan dan peruntukan yang diberikan oleh Umno kawasan mahupun negeri.

"Hari ini saya bersama rakan-rakan ahli cawangan saya turun ke Pusat Khidmat PKR atas dasar kami dah hilang kepercayaan kepada Umno Permatang Pauh dan juga kepimpinan pusat sendiri.

"Dah lama kami diabaikan sejak cawangan kami ditubuhkan pada 2006. Ini mungkin satu rahmat pada kami. Ini janji kosong BN.

"Dan saya ambil kesempatan isytiharkan dengan sukarelanya ingin bubarkan Umno cawangan," katanya yang hadir bersama kira-kira 15 orang bekas ahli cawangan itu pada sidang media di Pusat Media PKR di Permatang Pauh.

Mereka juga mempamerkan kain rentang menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam sidang media itu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah exco dan juga ADUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.

Selain itu, Asri turut menambah, sebelum ini pihaknya telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor untuk membuat aduan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang diterima oleh Umno cawangan itu, katanya lagi.
Quote ulatu 1-5-2015 01:54 PM
apa la nak jadi







Quote estrelle 1-5-2015 01:54 PM
bagusla jgn uturn sudah
Quote ulatu 1-5-2015 01:56 PM
ingat la melayu sama...







Quote sub5zero 1-5-2015 01:57 PM
Knp wak maslan x hantar punahsihat dia bg ceramah kebaikan gst kt ameno cwgn situ?  Kot2 dap 1 penang terus bubar dgr byk benefit gst....siap mntak rate gst naik 100%
Quote bellaa 1-5-2015 02:03 PM
bagus pon..
Quote EJALTI 1-5-2015 02:03 PM
Umno cawangan Guar Jering Jaya umum bubar di bilik gerakan PKR

OLEH KC NAZARI
Published: 1 May 2015 1:46 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... i-bilik-gerakan-pkr

Seorang individu yang mendakwa dirinya ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya mengumumkan pembubaran cawangan itu pada sidang media di bilik gerakan PKR Permatang Pauh, pagi ini.

Asri Ahmad, 44, yang mengaku menjadi ahli Umno selama lebih 30 tahun berkata, cawangan yang ditubuhkan pada 2006 dengan 68 orang ahli itu dibubarkan kerana diabaikan kepimpinan tertinggi Umno.

"Kami diabaikan selama bertahun-tahun. Kami tidak dapat peruntukan dan mesyuarat cawangan kami juga dibatalkan tanpa sebab.

"Kami ada hantar surat kepada setiausaha agung Umno tapi sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.

Beliau berkata, mereka kini sedang mempertimbangkan sama ada akan menyertai PKR atau tidak dalam masa terdekat ini.

Timbalan Ketua Pemuda PKR negeri merangkap exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata pembubaran itu satu tamparan hebat buat calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin.

"Kampung Guar Jaya Jering ini tempat asal Suhaimi. Kalau orang kampung dia pun dia tak jaga, bagaimana dia mahu jaga Permatang Pauh.

"Di kampung dia sendiri dia gagal jaga kebajikan orang kampung dia. Kita minta dia berhenti kempen sajalah," kata ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu.

Katanya, Asri selepas ini akan membantu menubuhkan bilik gerakan di Guar Jering Jaya bagi membantu kempen PKR.

Sementara itu, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Othman dalam reaksi segera berkata, permohonan untuk membubarkan cawangan itu diterima Umno negeri sejak tahun lepas lagi.

Namun, beliau perlu menyemak status permohonan tersebut dan mereka yang didapati berkempen untuk PKR sewaktu masih lagi memegang keahlian Umno akan dipecat daripada parti. – 1 Mei, 2015.

-
Quote xAthenax 1-5-2015 02:07 PM
Ini mesti  rancangan jahat DAP Yahudi Nasrani kristian
Quote munchkin 1-5-2015 02:55 PM
perghhhhhhh nilah dia nya. takde hak langsung nak bersuara
Quote ulatu 1-5-2015 04:51 PM
kesian melayu pulau oinang


Quote sabbath_shalom 1-5-2015 05:03 PM
Umno dah pecah....

Markas PAS bertambah...
Quote ulatu 1-5-2015 05:06 PM



umno pun tak pernah jadi menteri besar negeri tu...









Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.228257 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top