CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Galeri : Volkswagen Polo 1.6 hatch muncul dengan model facelift

6-5-2015 11:34 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3084| Komen: 0



Pada hujung Mac yang lalu, Infokereta.com berkesempatan menyertai programVolkswagen Werkstour iaitu melawat kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang. Ia sempena dengan ulang tahun ke-9 Volkswagen Group Malaysia (VGM) beroperasi di negara ini.


Dalam lawatan terbabit, kami turut berkesempatan melihat pemasangan model faceliftbagi Polo hatchback atau pun dikenali sebagai Volkswagen Polo GP (singkatan bagi ‘Große Produktaufwertung‘ yang membawa maksud “perubahan/penambah baikan besar) seperti mana yang dikhabarkan ketika itu. Namun ketika itu, pihak VGM masih enggan mengesahkan bilakah ia akan diperkenalkan di pasaran mahu pun mendedahkan perincian mengenainya.


Namun hari ini, dalam diam-diam sahaja Polo 1.6 hatch ini telah pun memasuki bilik pameran, selepas dijejaki di Wearness Autootive Sg Besi oleh abang besar Infokereta.com, Paultan.org.


Apakah perubahan yang dibawanya? Cuma perhatikan bahagian hadapannya, ada sedikit kelainan berbanding model Polo sebelum ini. Bampar hadapan yang direka bentuk semula menampilkan corong udara yang direndahkan sedikit.


Malah gril hadapan dengan jaluran krom turut lebih menonjolkan imejnya. Manakala lampu utamanya juga memiliki penampilan yang lebih segar.

Pada bahagian belakangnya pula, lampunya tampil dengan rekaan baharu. Malah kehadiran bampar belakang yang telah diprofilkan semula lengkap dengan reflektor pada sudut bawah.


Drum brake yang dipilih juga berlainan berbanding dengan model sedia ada. Rim aloi Riverside bersaiz 16-inci dikekalkan namun dibaluti tayar Goodyear, berbanding tayar buatan India, Apollo.










Menjengah bahagian dalammnya, seakan terkena tempias aura model Golf Mk7 apabila roda stereng yang dipadankan agar menyamai model tersebut. Malah butang kawalan telefon juga terdapat pada roda stereng tersebut.


Selain itu, konsol tengah turut diperkemaskan, selain tempat duduk balutan fabrik baharu dengan paten upholstery, unit kepala RCD 320, empat pembesar suara, kawalan kelajuan dan zon tunggal penghawa dingin auto turut ditampilkan pada model Polo 1.6 hatch facelift ini.


Tiada sebarang perubahan pada bahagian mekanikalnya. Ia masih dipadankan dengan enjin 1.6 liter bersama teknologi Multi Point Injection (MPI) yang menghasilkan kuasa maksimum 105 PS pada 5,250 rpm dan puncak tork 153 Nm pada 3,800 rpm. Ia digabungkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.


Harganya juga tiada perubahan, iaitu RM90,646 termasuk 6% GST (tetapi ia hanya harga atas jalan tanpa insurans).

kredit:www.infokereta.com






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051606 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top