CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Azmin, cakap barua kepada Khalid, semua polis terasa jua' - Rani Kulup

7-5-2015 02:53 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 10316| Komen: 22

'Azmin, cakap barua kepada Khalid, semua polis terasa jua' - Rani Kulup
                                            

                                                                         
RANI KULUP: 'Azmin, cakap barua kepada Khalid, semua polis terasa jua' - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali diberi amaran untuk tidak memesongkan ungkapan barua yang ditujukan kepada anggota polis kononnya hanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, frasa barua yang diungkap memang ditujukan kepada semua anggota polis sekali gus menggambarkan Azmin seorang yang tidak bertanggungjawab.

"Azmin sebagai Menteri Besar Selangor menghina seluruh jabatan polis, semua unit di dalamnya apabila menggelar Khalid sebagai barua.

"Semua anggota polis akan terasa hinaan Azmin kepada ketua mereka, jadi tidak ada sebab untuk Azmin kata perkataan barua itu hanya untuk Khalid," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

BACA: Persatuan Polis gesa permohonan maaf terbuka Azmin Ali kepada PDRM

BACA: "Ungkapan 'barua' ditujukan kepada Khalid, bukan seluruh anggota polis"


Abdul Rani mengulas kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei yang  menafikan ungkapan 'barua' ditujukan kepada seluruh anggota polis namun hanya kepada Khalid.

Perkataan 'barua" itu dikeluarkan Azmin dalam satu ceramah di Kubang Ulu, Permatang Pauh Isnin lalu.

“Kalau panggil Khalid barua, mesti semua anggota polis akan terasa  ”
  - Rani Kulup

Terdahulu, Persatuan Pegawai Kanan Polis dan Persatuan Pegawai Rendah Polis mendesak Azmin mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada polis kerana ungkapan berkenaan.

Dalam pada itu kata Abdul Rani, Azmin seharusnya memberi alasan lain yang lebih logik selain mengatakan perkataan barua hanya ditujukan kepada Khalid.

"Pasti anak-anak akan terasa jika kata ayah kita bodoh atau kurang cerdik, situasi sama juga dengan Khalid yang menjadi orang nombor satu kepada institusi polis negara.

"Kalau panggil Khalid barua, mesti semua anggota polis akan terasa," ujarnya.

Jelasnya lagi, masyarakat juga dinasihat untuk tidak menghina institusi polis kerana peranan mereka dilihat penting dalam kehidupan seharian masyarakat.

"Tugas polis adalah kepada rakyat tanpa mengira parti, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat, mana-mana pihak yang menghadapi masalah akan dibantu," katanya.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan Azmin terlalu biadab apabila menuduh polis menjadi barua UMNO dan BN.

Tegasnya, PKR kini semakin terdesak sehingga membuat tuduhan kurang siuman terhadap pihak polis dan Khalid.

Sumber :   http://www.astroawani.com/berita-malaysia/azmin-cakap-barua-kepada-khalid-semua-polis-terasa-jua-rani-kulup-59397

7

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 7-5-2015 12:00 PM
nk tnya yg page abdul rani kulup fans ke apatah kt fb tu mmg page ori dia nih ker
baca status ala2 troll mcm page meran fans je
tp selalu je update gambar dan video terkini ayahnda rani nih.
pastu suke guna perkataan jilake.
Quote Star_el 7-5-2015 12:04 PM
Suchi replied at 7-5-2015 12:00 PM
nk tnya yg page abdul rani kulup fans ke apatah kt fb tu mmg page ori dia nih ker
baca status ala2  ...

Page fans tu page troll. Tapi dia mmg ada fb sendiri,siap pernah komen lagi kt page tu. And aku suspek ada org sekeliling dia sendiri pedajal g bagi gambar2 dan video tu. Hahaha
Quote Suchi 7-5-2015 12:12 PM
Star_el replied at 7-5-2015 12:04 PM
Page fans tu page troll. Tapi dia mmg ada fb sendiri,siap pernah komen lagi kt page tu. And aku su ...

dia komen apa? dia marah ke?
tp dia nmpk mcm sporting je huhu
lawak tgk video yg dia komen pasal kes myvi tu
Quote Star_el 7-5-2015 12:14 PM
Suchi replied at 7-5-2015 12:12 PM
dia komen apa? dia marah ke?
tp dia nmpk mcm sporting je huhu
lawak tgk video yg dia komen pasal ...

takla dia tak marah. Tak ingat pulak apa komennya. Dia suka ape jadi glamer,dapat perhatian hahaha
Quote zidane_ziege 7-5-2015 12:17 PM
Klu si kulup ni buat demo xde lak polis nk libas pakai cota..barua kulup ke?
Quote mattzzx 7-5-2015 12:18 PM
dia lagiiiiii??? hehee
Quote dewimalam78 7-5-2015 12:32 PM
sedih la ai. pemimpin sendiri..menteri besar selangor gelar barua pd ketua polis negara. Mcner rakyat bawahan tak mngikut sahsiah pemimpin mcni. Even polis pun byk buat hal...adakah kita berhak memberi gelaran pd ketua polis negara? bagus ke attitude ni?

esok klu dh jd menteri kabinet..lagi suka hati azmin, rafizi, guan eng memaki pemimpin BN. Sedih tau aii nih.
Quote ekmal_sorrow 7-5-2015 12:34 PM
AN n Zek dah buang foreskin ke blom?
Quote kentel 7-5-2015 12:36 PM
dewimalam78 replied at 7-5-2015 12:32 PM
sedih la ai. pemimpin sendiri..menteri besar selangor gelar barua pd ketua polis negara. Mcner rakya ...

apa nak pelik...tengok famili dia sendiri...pecah belah berantakan....adik kawin kat siam, ade jadi bapok...why bother!! why bother!! why bother!!


Quote jengkoil 7-5-2015 12:41 PM
Bos dan anak buah..tali pusat bersambung kekdahnya. ..

mintak simpang...
Quote nasikLomak 7-5-2015 12:42 PM
ok apa adik dia tu... lawak je tgk dia dlm lari
Quote sabbath_shalom 7-5-2015 12:45 PM
Rani Kulop ni siapa yg korang nak ambik kesah komen dia ek...bodoh la bangse Melayu....mcm x sekolah..bangsat sgt otak Meleis.
Quote sabbath_shalom 7-5-2015 12:46 PM
Rani Kulop ni siapa yg korang nak ambik kesah komen dia ek...bodoh la bangse Melayu....mcm x sekolah..bangsat sgt otak Meleis.
Quote mjla 7-5-2015 12:52 PM
Rani Kulup punyer crita.

100 taun pun takkan abis.

Bakang kategory apa nak letak pun tak tau...
Quote dewimalam78 7-5-2015 01:04 PM
ai tanya nih...patut ke pemimpin gelarkan BARUA kpd ketua polis negara? Patut ka?

Quote sambaldurian 7-5-2015 11:47 PM
Nnti azmin leh komen why bother, why bother
Quote atekome 8-5-2015 01:39 AM
Nama rani kulup sesuai lh ngn muker nyer
Quote panjangi 8-5-2015 01:42 AM
tak baik hina nama org



Quote freebird 8-5-2015 06:38 AM
Macai2 Felda pprt kampung bengap gigih nak tahu apa rani kulup cakap....satu rumpun..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.098891 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top