CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

9 Juruterbang dengan cubaan membunuh diri

8-5-2015 10:59 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3176| Komen: 2

Walaupun memang jarang sangat dengar cerita juruterbang nak bunuh diri namun bukan nak kata tak ada. Sekurang-kurangnya 44 juruterbang peribadi telah membunuh diri mereka di barat. Kesemua juruterbang adalah lelaki dan kesemua mereka menghadapi masalah dengan teman wanita, isteri atau berhadapan dengan hukuman. Itu menurut laporan daripada NTSB. Jom kita baca antara tragedi yang melibatkan juruterbang dengan insiden bunuh diri


1. Andreas Lubitz - Germinwings Flight 9525 (2015)

Walaupun kejadian ini baru lagi berlaku dan masih lagi didalam penyiasatan namun yang diketahui adalah:

Kapal terbang 9525 yang memulakan penerbangan jam 10:01 pagi dari Barcelona dan mendarat di Dusseldorf. Kapal tersebut membawa 144 penumpang dengan 6 anak kapal. Kesemua mereka terbunuh akibat daripada tindakan Andreas yang menjunamkan kapal terbabit.


Menurut penyiasat German, Andreas menyembunyikan penyakit yang dihadapi dari pengetahuan majikan dimana dia bakal buta. Dia juga dikatakan bimbang akan kehilangan peluang untuk mengemudi kapal serta menghadapi tekanan yang melampau.Rekod perubatan juga mendedahkan, LUbitz pernah menjalani rawatan psikoterapi sebelum lulus lesen juruterbang.

2. Herminio dos Santon Fernandes - LAM Mozambique Airline Flight 470 (2013)

2 tahun sebelum kejadian Germanwing, telah berlaku satu kejadian yang agak serupa dimana ia mengorbankan 33 orang didalam kapal.Kapten kapal Herminio dos Santos Fernandes telah dengan sengaja mengawal secara manual dalam kawalan automatik dan berniat menjatuhkan kapal terbang dengan sengaja.

Pesawat TM470 yang sedang menuju ke Angola pada November 2013 berakhir di kawasan paya, Taman Negara Namibia Bwabwata. 9 krew beserta 27 penumpang termasuk 10 dari Mozambique, 5 Anggola, 5 Potugis dan masing-masing seorang dari Perancis, Brazil dan China terbunuh.Motif kapten terbabit sehingga kini tidak diketahui.

3.Tsu Way Ming - Pesawat SilkAir MI 185 (1997)

Pesawat MI 185 berlepas dari Jakarta pada jam 3.23 petang pada 19 Disember 1997 menuju ke Singapura. Cuaca sememangnya baik dan keadaan pesawat itu juga elok kerana masih baru. Namun apabila mencecah altitut 35000 kaki pesawat tiba-tiba menjunam jatuh ke dalam sungai yang mengorbankan 104 orang didalam pesawat terbabit.

Terdahulu kapten Tsu Way ming seperti laporan penyiasat mempunyai masalah kewangan. Beberapa hari sebelum kemalangan, dia telah membeli insuran polisi untuk melindungi isteri serta 3 anak yang supaya tidak perlu membayar baki pinjaman perumahan jika dia mati atau lumpuh.

Pada 12 Disember dia diberitahu bahawa permohonan insurannya telah diluluskan. Dia kemudiannya mengeluarkan cek untuk membayar premium pertama pada 16 Disember dan insuran tersebut berkuat kuasa pada 19 Disember. Pada hari tragedi berlaku.!

4. Chris Phatswe - Pesawat Air Botswana 1991


Pesawat Air Botswana terhempas di lapangan terbangnya sendiri selepas di'hijack' oleh Chris Phatswe yang telah menghubungi sendiri pusat kawalan dengan menyatakan hasrat untuk membunuh diri.

Juruterbang itu mendesak untuk bercakap dengan timbalan perdana menteri namun belum sempat talian disambungkan pesawat tersebut yang kehabisan minyak terhempas yang memusnahkan dirinya bersama-sama pesawat kecil terbabit.

Phatswe sebelum ini ditahan dari menerbangkan mana-mana pesawat atas masalah kesihatan telah merampas sebuah pesawat kecil kerana berang tindakan pengurusan yang berpendapat dia tidak sesuai menjadi kapten kerana masalah kesihatannya.


5. Seiji Katagiri - Pesawat Japan 350 (1982)

Kapten Seiji Katagiri yang pada waktu berumur 35 telah menukar enjin pesawat tersebut kepada automatik yang menyebabkan pesawat tersebut kehilangan altitud yang menyebabkan 174 orang mati.

Menurut laporan, Katagiri dikatakan didalam keadaan tidak normal dan menangis didalam kokpit pesawat terbabit. Dia sengaja memadamkan 2 dari 4 enjin dan dalam cubaan membunuh diri.

Terdapat juga dakwaan mengatakan Seiji Katagiri mengidap penyakit halusinasi beserta kemurungan. Dia juga pernah menyaman polis atas sebab dia mendakwa rumahnya memiliki alat curi dengar, namun hasil penyiasatan polis, tiada alat seumpamanya. -LadyLista.
 






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote adikfatin 9-5-2015 10:38 AM
nak bunuh diri sorang2 dahla..xpayah babitkan orang lain yang hargai nyawa dia. lulz!
Quote red_cattleya 9-5-2015 12:50 AM
tak profesional lgsg..org lain yg x bersalah pn jdi mangsa

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.073419 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top