Kita tentu tak mahu lutut yang hitam kelihatan apabila memakai skirt. Nampak bukan sahaja tak cantik tapi juga akan menjadikan kita kurang yakin apabila memakai skirt. Disini, Ladylista senaraikan remedi mudah untuk mengatasi lutut hitam Tips 1 Lemon Gosok buah lemon yang telah dipotong pada bahagian lutut. Biarkan selama 15 minit kemudian skrub lutut anda Tips 2 Susu - 4 sudu Minyak Vitamin e - 1 sudu Perahan Lemon - 1 sudu Glycerin - 1 sudu Hasilkan sebatian dengan campuran kedua dan tepekkan di bahagian lutut anda untuk 15 minit. Ia juga mampu memutihkan lutut anda.
Tips 3 Minyak kelapa - 1 Sudu Perahan Lemon - 1 sudu Tepekkan di bahagian lutut anda untuk 15 minit, juga boleh digunakan dibahagian siku. Tips 4 Kacang kuda Yogurt Kisar kacang kuda, tapi jangan halus sangat. Campurkan dengan yogurt untuk dijadikan sebatian. Juga untuk diletakkan di bahagian lutut. Bilas sehingga bersih. -LadyLista.
|
ADVERTISEMENT