CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Belajar 20 Bahasa Cinta Untuk Pasangan

8-5-2015 03:26 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2598| Komen: 0

Bahasa cinta? wow... bukan mudah kita mahu belajar bahasa cinta namun setiap manusia yang bercinta dengan mudahnya memahami bahasa itu dengan sendirinya.Menarik bukan?

Bukan sahaja dapat belajar bahasa cinta itu ibarat menyelesaikan teka-teki tetapi juga ia membantu menyemarakkan lagi percintaan anda. Tetapi bahasa cinta kamu mungkin tidak sama pemahamannya dengan yang lain.

Bagi mereka yang faham sesama pasangan, beruntunglah kamu, tetapi bagaimana jika bahasa kamu dengan pasangan tidak sama, mungkin ia sedikit sukar. Jadi takkan mahu cepat mengalah kan, jom kita keluar dari zon selesa dan semarakkan api cinta anda.

Tak pasti nak mula dimana? Jom lihat idea ini: 


Kata-Kata semangat
1. Beritahu pasangan anda, kamu cinta dia.
2. Ucapkan tahniah atas segala pencapaian si dia.
3. Puji kualiti terbaik (terutamanya dihadapan orang lain)
4. Berterima kasih kepada si dia kerana bekerja keras untuk keluarga kamu.
5. Beritahu si dia, dia masih lagi nampk seksi walaupun kamu telah berkahwin lebih dari 5 tahun.

Perbuatan
1. masak si dia menu makanan yang paling digemari
2. Bawa anak-anak keluar shopping supaya si dia boleh menikmati masa yang tenang dan senyap.
3. Pastikan rumah dalam keadaan bersih sebelum si dia pulang kerja.
4. Pandu keretanya dan tukar minyak hitam untuknya.
5. Bantu si dia mencari barang yang telah hilang.

Masa kualiti
1. Berhenti melakukan perkara lain dan berikan 100% tumpuan kepadanya
2. Menonton bola bersama (atau whatever sport he likes)
3. Melakukan kerja rumah bersama-sama.
4.Date night bersama si dia tanpa anak-anak
5.Makan malam bersama tanpa bunyi bising TV.

Sentuhan fizikal
1.Cium si dia sebelum si dia ke pejabat.
2. Berikan hadiah sentuhan contohnya, urutan selepas balik kerja.
3. Belikan si dia peralatan/peranti/ gajet yang dia minati.
4. Jangan sesekali lupa harijadi atau ulangtahun perkahwinan anda.
5. Jangan lupa membeli si dia buah tangan setiap kali kamu bercuti tanpa kehadiran di sia.

Bukan bermakna, jika anda tidak buat seperti yang  ada didalam list ini anda tidak mencintai pasangan anda. Namun lebih baik jika anda gandakan cinta anda dengan bahasa cinta kepada si dia SEKARANG. -LadyLista.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.026529 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top