CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana - Zamarul sah rujuk kembali menjadi suami isteri

15-5-2015 11:17 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 15961| Komen: 70




Pasangan pelakon, Diana Rafar, 33, dan Zamarul Hisyam, 44, melakukan pengesahan lafaz rujuk hari ini di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Lafaz rujuk dilakukan Zamarul pada 14 Februari lalu iaitu ketika masih dalam tempoh edah sekitar jam 11.30 malam. Pengesahan itu disahkan Hakim Syarie, Mohd Hisyam Zakaria. Kes berkenaan adalah mengikut Seksyen 61 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.

"Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Kami kembali menjadi suami isteri. Jodoh kami masih kuat," kata Zamarul yang ditemui di luar mahkamah. Perancangan asal memang pasangan ini ingin ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz rujuk pada tarikh hari perkahwinan mereka pada 16 Mei ini. Cuma kebetulan ia jatuh pada hari Sabtu, maka tarikh itu dianjak hari ini. Mereka diijabkabulkan pada tahun 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas lapan tahun bercinta Mereka dikurniakan anak berusia 5 tahun bernama Kashfi Haikal. 


Selesai urusan di mahkamah, pasangan ini ke Bainy Gold & Diamant di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 untuk menyarung cincin. Terdahulu hakim syarie turut mendengar tuntutan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Zamarul selaku defendan terhadap plaintif (Diana) pada 14 Januari lalu. Kes berkenaan adalah mengikut Enakmen 57 Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2013.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 14-5-2015 04:16 PM
selamat pengantin baru buat kali kedua
Quote reenz013 14-5-2015 04:19 PM
tahniah....semoga berkekalan
Quote tapibukanaku 14-5-2015 04:20 PM
Syd replied at 14-5-2015 04:16 PM
selamat pengantin baru buat kali kedua

dgn suami lama..
Quote tapibukanaku 14-5-2015 04:21 PM
Syd replied at 14-5-2015 04:16 PM
selamat pengantin baru buat kali kedua

dgn suami lama..
Quote rayna_raynes 14-5-2015 04:23 PM
amboi ada upacara menyarung cincin lg.
Quote de_ikea 14-5-2015 04:30 PM
Tertunggu2 16 hr bulan nnt. Ttba hari ni pulak

Tahniah. Moga kekal ke syurga. Diana makin cntik
Quote kokocrunch 14-5-2015 04:40 PM
Tahniah & Moga kekal hingga ke syurga.
Quote myakayina 14-5-2015 04:49 PM
baguslah..buang yg keruh ambik yg jernih..
Quote hemoh2 14-5-2015 05:00 PM
Alhamdulillahhh....
Quote Suchi 14-5-2015 05:07 PM
ikutkan dh rujuk la kan
sbb dah lafaz masa bulan 2 aritu
cuma tuk disahkan je kan?
tp lafaz rujuk masa dlm eddah nk kena bersetubuh atau xperlu ye?
Quote caplimau 14-5-2015 05:10 PM
alhamdullilah, kembali terjalin..
Quote caplimau 14-5-2015 05:10 PM
alhamdullilah, kembali terjalin..
Quote doubleA 14-5-2015 05:14 PM
caplimau replied at 14-5-2015 05:10 PM
alhamdullilah, kembali terjalin..

yezza, i like kembali terjalin

diana tu lawa, jaga baik2 acik z
Quote cap_ayam 14-5-2015 05:28 PM
Tahniah la... Semoga  pengalaman lepas diambil ikhtibar..
Quote LiveYourLife 14-5-2015 05:39 PM
alhamdulillah.. dulu ms diorang becinta.. sll jumpa kt shah alam mall.
Quote tomet05 14-5-2015 05:40 PM
malam petama la malam ni .. kikiki
Quote miracle_forever 14-5-2015 05:51 PM
Edited by miracle_forever at 14-5-2015 09:36 PM
tomet05 replied at 14-5-2015 05:40 PM
malam petama la malam ni .. kikiki

malam jumaat. LOL. tahniah zamarul & diana ingat talak tggl 2 je skrg. semoga lps ni kekal ke akhir hayat
Quote kenarihitam 14-5-2015 05:59 PM
Alhamdullilah.Tahniah
Quote RUZANA 14-5-2015 06:00 PM

Moga kalian berbahagia sentiasa hendaknya..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.155431 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top