CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abdul Rani Kulup nasihatkan ASP Chen Ah Kooy, jangan cabar Ah Long.

20-5-2015 10:19 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14914| Komen: 44





KUALA LUMPUR: Ketua Balai Polis Menglembu, ASP Chen Ah Kooy dinasihat tidak terlalu berani dengan membuat video berdurasi 41 saat yang mengugut peminjam wang tidak berlesen atau ah long untuk tidak menggantung poster iklan pinjam wang terutama di sekitar Menglembu, Perak.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakannya walau sebagai seorang pegawai polis juga perlu lebih berhati-hati dan tidak terlalu kasar sehingga menyebabkan risiko kepada diri sendiri.

"Kita risau keselamatannya dan pegawai polis lain. Memang apa yang dikatakannya bagus dan tegas namun dia dan anggota lain akan berhadapan dengan risiko serangan balas yang lebih ganas daripada ah long berkenaan.

"Memang rakyat memandang video itu tanda keperibadian dan tingkah laku sikap seorang pegawai polis kanan yang bagus namun ugutan bunuh kepada ah long boleh menimbulkan perkara yang lebih buruk,"
katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Ah Kooy dilaporkan mengeluarkan video yang sedang 'viral' di media sosial sekali gus menjadi bukti polis sudah tidak mahu berkompromi lagi dengan sindiket ah long.

Ah Kooy yang berpakaian seragam dengan cermin mata hitam, membuat amaran kepada ah long yang menjadikan kawasan sekitar Menglembu sebagai lokasi menampal poster atau iklan pinjaman wang.

Abdul Rani turut menasihatkan agar pengedaran video itu harus segera dihentikan sebelum kumpulan ah long mengambil langkah serangan balas yang lebih kejam.

"Pasti ah long rasa tercabar dengan video itu, takut mereka rasa ia keterlaluan.

"Rakyat juga pasti melihat dan melabel sikap semua pegawai polis seperti Ah Kooy, ia akan menjatuhkan kredibiliti polis pada mata masyarakat,"
ujarnya.

Sementara itu, sebuah portal melaporkan kenyataan Ketua Polis Ipoh Sum Chang Keong yang menyifatkan klip video Ah Kooy itu sebagai melampau.

"Adalah ditegaskan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Balai Menglembu tanpa dirujuk atau dibincangkan dengan pihak pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

"Selain itu ayat dan bahasa yang digunakan oleh Ketua Polis Balai Menglembu adalah tidak sesuai,"
kata Chang Keong.

Abdul Rani yang terkenal dengan identiti berkaca mata hitam dan memakai seragam anggota keselamatan sebelum ini pernah memberi amaran kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk tidak memesongkan ungkapan barua yang ditujukan kepada anggota polis kononnya hanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.




6

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote revolusi_30 19-5-2015 11:20 PM
Tak buat repot pulak ARKA ne ...
Quote Acong 19-5-2015 11:26 PM
harap lebih ramai polis yg tegas cam dia  
Quote Anak_Nogori 19-5-2015 11:31 PM
Nak cari glemor mcm tun lani..
Quote FOTHER-MUCKER 19-5-2015 11:39 PM
Anak_Nogori replied at 19-5-2015 11:31 PM
Nak cari glemor mcm tun lani..

Silap gambar!
Quote Anak_Nogori 19-5-2015 11:42 PM
FOTHER-MUCKER replied at 19-5-2015 11:39 PM
Silap gambar!

Tun ye...dia semakin dilupakan...mula lah terhegeh2 cari populeriti murahan..

Tak sedar dah nyanyok..hehehe.
Quote FOTHER-MUCKER 19-5-2015 11:43 PM
Anak_Nogori replied at 19-5-2015 11:42 PM
Tun ye...dia semakin dilupakan...mula lah terhegeh2 cari populeriti murahan..

Tak sedar dah nya ...

Aku terasa madir dangan rani kulup dah nak 2x5 je..
Quote Anak_Nogori 19-5-2015 11:47 PM
FOTHER-MUCKER replied at 19-5-2015 11:43 PM
Aku terasa madir dangan rani kulup dah nak 2x5 je..

Aku tengok muka mereka berdua je dlm media...

Glemor tul...hehe.
Quote tagas 20-5-2015 09:04 AM
Ko ni layak & patut wat part time turunkan iklan banteras ah long bagai la kolop oii

Kasi bantu perang sama ah long abis2 an..Ni ko sembang lebih down kan polis watpe

Bangang punye Kolopp..Time ko hangin masuk tv3 repot bagai bkn main lg ko punye gebang

Sembang lebihhh la ko mcm Gampang
Quote eiman 20-5-2015 09:22 AM
gini la survival hidup macai-2 politik umngok.
Quote BotakChinPeng 20-5-2015 09:57 AM
Polis dia kata nak takut dengan along ? Hahahaha. Nampak sangat Rani Kulup datang bulan lagi
Quote Jagendas 20-5-2015 10:04 AM
sejak masuk projek komedi warna
makin lantang bersuara bang kulop
Quote berun 20-5-2015 10:18 AM
17095_436947963146988_5703788024340127185_n.jpg
Quote rikiruj 20-5-2015 10:24 AM
jilake & bugima
Quote yayaji 20-5-2015 12:20 PM
dlm gambaq tu guna pedang pulak nak potong kek? tak pa ka simpan senjata merbahaya mcm tu? mcm pedang yg bentong kali guna dulu je...
Quote giyomi 20-5-2015 12:57 PM
Takut sudah sebab gbr polis tu seakan2 diri dia, takut ah long tersilap cari dia lar tu. Tak lak tangkapan di buat terhadapnya yg posing dgn pisau camne ek. Bias sgt, cuba klu org lain yg pose gini, cepat jer folis dtg umah wat tangkapan.
Quote Membara 20-5-2015 02:30 PM
jawatan kosong senator bakal diisi oleh Mat Rani Kulup... hoooraaayyy
Quote GhostWalking 20-5-2015 02:32 PM
kenapa polis pulak kena takut dengan Ah Long
Quote NIXAReturn 20-5-2015 02:33 PM
rani kulop ni dulu penyanyi boria ka?
Quote GhostWalking 20-5-2015 02:33 PM

tongkat sakit lutut le tewww

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.264259 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top