CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas 3 Hari DiMaki Kereta Surirumah DiSimbah Najis

20-5-2015 11:40 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9383| Komen: 55



                                                         
Keadaan kereta mangsa yang berlumur najis.                                                                     


NILAI – Selepas tiga hari dimaki seorang lelaki tidak dikenali melalui panggilan telefon, seorang suri rumah dikejutkan dengan insiden kereta yang diletakkan di tempat parkir rumahnya di Pangsapuri Santalia, Bandar Baru Nilai di sini, disimbah najis manusia.

Kejadian pada Jumaat lalu itu hanya disedarinya kira-kira jam 7 pagi ketika dia mahu keluar menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Menceritakan kejadian itu, Norhayati Abdul Razak, 43, berkata, seperti biasa dia meletakkan kereta Perodua Viva miliknya di bawah pangsapuri tersebut, namun terkejut apabila mendapati terdapat kesan najis manusia pada cermin belakang keretanya.

“Kejadian ini memang mengejutkan dan ia pertama kali berlaku sejak 13 tahun saya menetap di sini. Saya tidak mahu menuduh sesiapa, tapi saya kesal kerana pengawal keselamatan yang ditugaskan tidak dapat mengesan kejadian ini.

“Sebelum ini, pada 12 Mei lalu saya ada terima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali dan mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak puas hati dengan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri itu yang baru diwujudkan,” katanya yang telah membuat laporan polis.

Menurutnya, panggilan telefon seperti itu bukan kali pertama diterimanya, namun selama ini dia tidak mengambilnya secara serius.

Bagaimanapun dia tidak menyangka, diancam pula dengan insiden jijik seperti itu dan tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan penubuhan JMB yang disertainya.

“Saya dilantik memegang jawatan sebagai setiausaha JMB pada Mac lalu dan inilah pertama kali ia berjaya ditubuhkan yang bertujuan menjaga kepentingan penduduk di sini.

“Bukan mudah untuk kami menubuhkan JMB ini, tapi saya kuatkan diri untuk laluinya demi mendapatkan hak sebagai seorang pemilik rumah di sini. Tidak sangka pula, saya mendapat ancaman seperti ini,” katanya.

Kata Norhayati, dia kini bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya dan berharap polis dapat lebih kerap melakukan rondaan di kawasan itu.

“Kejadian yang berlaku sangat memberi kesan kepada saya dan keluarga. Jika benar ancaman ini ada kaitan dengan penubuhan JMB yang diwujudkan, ia memang tidak sepatutnya.

“Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan pelantikan saya sebagai setiausaha JMB atas persetujuan pemilik rumah yang hadir pada mesyuarat pertama diadakan,” katanya yang juga berharap pemilik rumah dapat tampil berhubung dengan JMB bagi memudahkan pengurusan penyelenggaraan pangsapuri tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.


11

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 20-5-2015 08:37 AM
Pangsapuri santailiar ni baru upgrade dari PPRT ka sis?
Quote CrowneGlory 20-5-2015 08:39 AM
Sanggup pulak ko berak & tadah ..pastu simbah... Psycho betul...berebut jawatan ke apa
Quote cap_ayam 20-5-2015 08:43 AM
Trauma akak ni ..  Najis pun boleh disimbah.. Harapnya si pelaku tak mental dan tak lakukan perkara lain lak.
Quote chinta89 20-5-2015 08:44 AM
CrowneGlory replied at 20-5-2015 08:39 AM
Sanggup pulak ko berak & tadah ..pastu simbah... Psycho betul...berebut jawatan ke apa

tak berketul2 pulak.. ke dia makan julap nk bg hancur2 gtu ek?

or kalau ketul2, dia sanggup kuis2 kasi hancus sedemikian. Oh maiiiiiiii.. x sanggup pk, yuckssss!
Quote CrowneGlory 20-5-2015 08:45 AM
chinta89 replied at 20-5-2015 08:44 AM
tak berketul2 pulak.. ke dia makan julap nk bg hancur2 gtu ek?

or kalau ketul2, dia sanggup kui ...

Pakai hand mixer kot... Omaiii x boleh ku bayangkan ...euwww
Quote Syd 20-5-2015 08:45 AM
berapa hari punye stok taik tuhh?

ke anak beranak punye taik, kumpul-kumpul
pastu baru siram?
Quote snipersnake 20-5-2015 08:53 AM
chinta89 replied at 20-5-2015 08:44 AM
tak berketul2 pulak.. ke dia makan julap nk bg hancur2 gtu ek?

or kalau ketul2, dia sanggup kui ...

muhhahahaha
Quote Azora 20-5-2015 09:01 AM
oren sangt najis dia..cirit ke?
Quote aTiKah_aYuNi 20-5-2015 09:02 AM
pergh...ah long boleh tiru laa lepas ni...xmengeluarkan sebarang kos...jimat...
Quote liyamariska 20-5-2015 09:13 AM
yuck... sapa laa yg pengotor sgt wat keje nih... otak kat lutut...

kesian kt owner keta...
Quote gaara_X 20-5-2015 09:21 AM
mmg ganas toi orang itu.....
Quote alieyrina 20-5-2015 09:22 AM
Mcm kwn aku...suma kelab pesatuan jd ajk..tp mulut hansuangg org x suka...
Quote Esmiria 20-5-2015 09:32 AM
jgn kena r.....sudoh
Quote BotakChinPeng 20-5-2015 09:51 AM
Dah ada suspek boleh la banding DNA.
Quote bellaa 20-5-2015 09:55 AM
gigih tadah najis dalam baldi.
ingat zaman 60an ke? xde sistem kumbahan.

sekarang ada indah water. terima kasih bn!
Quote fcl29 20-5-2015 10:10 AM
euwww... gigih menciritkan diri
Quote zameyla 20-5-2015 10:12 AM
chinta89 replied at 20-5-2015 08:44 AM
tak berketul2 pulak.. ke dia makan julap nk bg hancur2 gtu ek?

or kalau ketul2, dia sanggup kui ...

cehhh......jijik hokey.....
Quote chinta89 20-5-2015 10:57 AM
CrowneGlory replied at 20-5-2015 08:45 AM
Pakai hand mixer kot... Omaiii x boleh ku bayangkan ...euwww

erkkk...
Quote nononcrux 20-5-2015 10:58 AM
bincang elok elok tak bole ke. . dasar takde telo  pengotoq plak tu

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053144 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top