CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

The Red Warriors Vs Lions XII:Penjualan Tiket Berjalan Lancar

20-5-2015 06:22 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5146| Komen: 3


Sebanyak lapan kaunter tiket dibuka dan satu kaunter dikhaskan untuk wanita menjelang perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini. Foto TRP Mohd Zulhairie


KOTA BHARU, 20 Mei:Penjualan tiket perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dengan Lions XII berjalan lancar apabila tidak berlaku sebarang kekecohan dan insiden yang tidak diingini.

Walaupun kaunter tiket mula dibuka pada jam 9 pagi, namun kebanyakkan penyokong The Red Warriors (TRW) sudah memenuhi perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-IV seawal jam 7 pagi.

Tinjauan The Rakyat Post mendapati sebanyak lapan kaunter tiket dibuka dan satu kaunter dikhaskan untuk wanita.

Salah seorang penyokong TRW, Mohd  Fakhrul Mohammad, 26, ketika ditemui berkata, dia telah membelanjakan sejumlah wang untuk menyaksikan final Sabtu ini.


“Selepas Kelantan layak ke pusingan akhir Piala FA Sabtu lalu, saya sudah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli tiket dan akan ke stadium Putra Bukit Jalil.

“Saya tidak kisah dengan harga tiket, walaupun mahal saya tetap akan beli demi TRW,” katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang lagi penyokong, Ahmad Fadhli Yusoff, 30, berkata, dia tetap akan ke stadium Bukit Jalil.

“Inilah peluang yang ditunggu-tunggu, sebelum ini saya tidak dapat ke stadium Shah Alam ketika Kelantan menjadi juara Piala FA 2013 atas urusan kerja.
“Saya dan kawan-kawan nak sokong pasukan Kelantan kami tak kisah kena keluarkan duit janji kami dapat memberi sokongan.

“Jadi kali ini saya sanggup pergi walaupun majikan tidak bagi cuti,” katanya sambil berseloroh.

Dalam aksi perlawanan akhir kali ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia memperuntukkan sebanyak 45,000 keping tiket termasuk yang dijual secara atas talian.
Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lalu.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/05/20/piala-fa-penjualan-tiket-berjalan-lancar/#ixzz3aeuqOY91



                                                                            
Sejak awal pagi lebih 1,000 penyokong The Reds Warriors (TRW) sudah beratur di kaunter Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu pagi ini untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Akhir Piala FA Kelantan melawan Lion XII, Sabtu ini. - Foto Sinar Harian oleh SITI FATIHAH AWANG       
            
LEBIH 1,000 penyokong The Red Warriors (TRW) membanjiri pekarangan stadium Sultan Muhammad ke IV bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Akhir Piala FA Kelantan menentang Lion XII, Sabtu ini.

Walaupun terpaksa beratur sejak awal pagi, rata-rata mereka tetap sabar menunggu kaunter tiket yang dijangka mula dibuka jam 9 pagi. Sehingga kini, tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku walaupun ada diantara penyokong yang beratur sehingga ke jalan utama Padang Perdana di sini.


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 20-5-2015 02:50 PM
                                                                            Mohd Farid (kiri) bersama salah seorang peminat The Red Warrior gembira dapat membeli tiket setelah lima jam menunggu. - Foto Sinar Harian oleh ROSALWANI CHE SOH                                                                     

                        
               




KAUNTER tiket diserbu kira kira jam 11.30 pagi apabila penjual tiket mengumumkan masih terdapat 100 keping tiket yang tertinggal dalam kotak‎.

Namun kaunter tiket hanya dibuka hanya lima minit dan ditutup kembali selepas diserbu orang ramai.‎

Salah seorang peminat setia The Red Warrior‎ (TRW), ‎Mohd Farid Saifullah Mohd Judin, 27‎, dari Binjai melahirkan rasa gembira apabila penantiannya sejak jam 7.30 pagi tadi berbaloi walau pada mulanya tidak dapat membeli tiket apabila kaunter ditutup pada jam 11 pagi.

        "Penantian selama lima jam tidak sia-sia dan saya amat gembira dapat ‎membeli lima tiket dan akan bertolak ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang Jumaat nanti.

        "Mula-mula memang kecewa, tapi saya tetap tidak putus asa dan terus menunggu. Alhamdullilah saya dapat membeli lima tiket tanpa masalah," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

        Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

        Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

        Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lepas.
         
http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/kaunter-tiket-dibuka-lima-minit-1.392196

Quote gaara_X 20-5-2015 03:04 PM
cam remeh je beli tiket online nie....
Quote mikasa 20-5-2015 03:07 PM
Harap takda ulat dah lepas ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.184587 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top