Ketika ini, sering kelihatan Afiq Muiz memuatnaik gambar dirinya bersama dengan pelakon Miera Liyana di Instagram. Tidak mudah melatah, Afiq mengakui bahawa Miera merupakan rakan wanita paling rapat dengannya ketika ini.
“Setakat ini, Miera adalah kawan wanita yang paling rapat dengan saya dan saya selesa bersamanya. Malah ibu saya juga menyenangi Miera. Namun, bila berbicara soal jodoh, ianya masih terlalu awal untuk ke peringkat yang lebih serius. “Biarlah fokus saya dalam bidang kerjaya terlebih dahulu,” katanya. Menurut Afiq lagi, dia dan juga Miera mulai rapat setelah digandingkan dalam adaptasi, Memori Cinta Suraya selain mengakui rezekinya kini di dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.
“Alhamdulillah, ada hikmahnya atas apa yang terjadi (perselisihan faham dengan ibu sendiri) dan kini saya berdiri tanpa memandang ke belakang lagi. Malah, jika dibandingkan dengan dahulu, hidup saya kini lebih tenang. “Dari segi kerjaya pula, saya bersyukur kerana masih lagi diberikan rezeki dalam bidang ini. Malah, saya tidak menyangka masih ramai penerbit dan pengarah yang menghargai bakat dan kebolehan saya,” katanya kepada Sinar Harian. (rtky/s) Sumber: rotikaya |
doubleA replied at 22-5-2015 12:32 AM
Afiq muiz ni yg kontroversi dgn mak dia vs eina azman tu dulu kan?
Agak sendu dia lepas kes tu.
kakasotong replied at 22-5-2015 12:45 AM
Haah, betul lah tu. Dulu org panggey tanggang moden. Skrg xlg. Yup, heols mmg sendu n tgh cuba men ...
doubleA replied at 22-5-2015 12:49 AM
Sebab dia pernah kena banned kan lepas kes tu? Semoga berjaya la,nak bgn susah,nak jatuh skelip ma ...
doubleA replied at 22-5-2015 12:32 AM
Afiq muiz ni yg kontroversi dgn mak dia vs eina azman tu dulu kan?
Agak sendu dia lepas kes tu.
ellejo replied at 21-5-2015 04:59 PM
dia ni blakon org gaji iq kan? tembam betul dia dlm tu.
hero2 malaya mmg wajib perut maju kehadapan ...
kupuku replied at 22-5-2015 05:40 AM
Sama spesis eina azman tapi mayb decent sikit
ADVERTISEMENT