Ratu renang berirama negara, Katrina Ann Abdul Hadi yakin bahawa pengalamannya bertanding akan membantu skuad negara di temasya Sukan SEA sekaligus mempertahankan pingat emasnya.
Kemenangan di Palembang memberi Katrina keyakinan tinggi supaya terus menyerlah di pentas antarabangsa bersama rakan sengaranya di Singapura. "Saya akan mengambil masa untuk berkongsi pengalaman saya serta bantu bakat muda lain mengenai cara untuk membuat persediaan menjelang kejohanan besar," katanya Katrina juga mengakui bahawa pasukan negara lain juga mampu beri cabaran yang sengit dalam perjalanan untuk membawa pulang pingat emas. "Singapura dan Indonesia antara pasukan yang paling konsisten tetapi kami akan bersungguh-sungguh dan mengharapkan yang terbaik." ujarnya. Katrina juga menyasar sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam 3 acara sukan yang akan ditanding. Secara keseluruhan, Malaysia dalam perjalanan untuk menang 13 pingat emas dalam acara sukan akuatik yang terdiri daripada 8 acara terjun juga. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT