CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ziana Zain Kongsi Pengalaman Manis Di Cannes

26-5-2015 10:55 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 30520| Komen: 156



KUALA LUMPUR: Ziana Zain menyifatkan Festival Fesyen Islamik (IFF) di Cannes, Perancis pada 22 Mei lalu mampu membuka mata dan memberi ruang untuk masyarakat di Barat bagi lebih memahami kehidupan wanita Islam menerusi cara berpakaian dan pergaulan. IFF berlangsung bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa yang berlangsung di Cannes. Ziana dipilih sebagai wajah ilham (muse) rekaan Rizman Ruzaini untuk festival berkenaan. Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen tempatan seperti Tom Abang Saufi dan Fara Khan, turut serta antaranya ialah pereka dari London, Paris, Jakarta dengan tema Lawrence Of Arabia On The French Riviera.


Festival itu berlangsung Jumaat lalu di Hotel Intercontinental Carlton. Ia bukan pertama kali diadakan kerana IFF yang diilhamkan pelakon lama Datuk Shah Rezza sudah dimulakan sejak 2006 atas paksi memartabatkan tradisi, budaya dan warisan dunia Muslim menerusi interpretasi fesyen. Ziana Zain bertolak ke Cannes sejak 19 Mei lalu dan dijangka tiba ke tanah air pada Sabtu depan. "IFF ini juga sebenarnya memberi satu sudut pandangan bagi orang Barat untuk lebih memahami kehidupan orang Islam yang sangat peramah dan menghargai sesama insan. Ada yang cukup kagum dengan rekaan pereka tanah air kita yang mereka busana muslimah. Saya sendiri sempat bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) New Horizon Pictures dari Los Angeles, John Stienfield Partouche.


"John sendiri sebelum ini menganggap wanita Islam hanya memakai purdah dan jubah. Tapi selepas dijelaskan, baharu dia nampak gambaran sebenar wanita Islam yang masih boleh berfesyen selagi tidak lari atau tersasar dari ketetapan sebenar dalam bagaimana berpakaian dan bergaya atas paksi agama," kata Ziana yang sudi melayan pertanyaan BH Online sekitar jam 8 pagi waktu tempatan sebelum bersiap sedia untuk menjamah makan pagi. Tambah Ziana, John turut bertanya apa dilakukan beliau untuk mencari rezeki selain sempat bertanyakan mengenai dunia seni di Malaysia.

"Saya jelaskan kepadanya yang saya ini sudah 25 tahun bergelar anak seni. Dia juga teruja apabila diberitahu kepadanya yang saya berlakon. Dia kagum apabila saya katakan kepadanya genre filem yang digemari seperti romantik dan aksi. Malah dia turut bertanyakan adakah saya hanya bertudung semata-mata kerana festival ini. "Saya jelaskan hal sebenar yang inilah diri Ziana Zain selepas memilih untuk bertudung. Saya katakan kepadanya bertudung bukan alasan untuk membataskan pekerjaan. Selagi kita pandai membawa diri dan tahu batasan, semuanya bukan satu masalah besar. John juga ingat wanita Islam hanya menjadi suri rumah tetapi saya beritahu era Islam sekarang berbeza dengan dahulu.

"Pertemuan itu juga sedikit sebanyak menjadi ruang untuk saya jelaskan bahawa Islam itu mudah dan bukan seperti yang orang Barat sering sangkakan. Ada yang menerima baik orang Islam di negara Barat dan ada juga ekstremis yang terlalu taksub melihat Islam itu penuh dengan keganasan," kata penyanyi lagu Syurga Di Hati Kita itu. Berada di Cannes juga menjadi peluang terbaik untuk Ziana memasarkan diri selain berpeluang bertemu artis antarabangsa. "Saya jumpa Pharrel Williams. Tapi tak sempat bergambar kerana kebanyakan artis yang hadir dikawal ketat pengawal peribadi. Biasalah, itu senario biasa. Memang ramai artis yang kelihatan di acara ini tapi ada yang hanya dilihat dari kejauhan. Ini pertama kali saya berada di Cannes dan Alhamdulillah kerjaya seni saya selama ini sudah membawa saya merantau jauh termasuklah ketika bertugas sebagai pramugari," kata kakak kepada Anuar Zain itu yang dirias cantik jurusolek Sheila Mohamed sepanjang berada di sana.

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote danieladam 23-5-2015 07:55 PM
Ada peminat lg ke beliau ni? Sendu jah..lagu pon xde baru
Quote enchikfitz 23-5-2015 08:00 PM
calling2 ziana die hard fan  @micha








Quote kerill 23-5-2015 08:02 PM
islamic standard2 retis laa...bukan tutup aurat, tapi balut aurat
Quote xAthenax 23-5-2015 08:05 PM
Quote xAthenax 23-5-2015 08:06 PM
Quote xAthenax 23-5-2015 08:06 PM
Quote xAthenax 23-5-2015 08:09 PM
Quote xAthenax 23-5-2015 08:10 PM
Quote Unagi 23-5-2015 08:22 PM
kerill replied at 23-5-2015 08:02 PM
islamic standard2 retis laa...bukan tutup aurat, tapi balut aurat

haha..betul...balut aurat kaedah nya..
Quote waisal 23-5-2015 08:31 PM
Wow kak jiana....gambar kedua yg dia pakai itam putih tu mcm br kuar court je..hihi
Quote joey_mcintrye 23-5-2015 08:36 PM
Artis gemor ambil pereka fesyen duo ni yer....dulu2 Michael Ong skrg tenggelam terus...
Quote sayangkid 23-5-2015 08:40 PM
waisal replied at 23-5-2015 08:31 PM
Wow kak jiana....gambar kedua yg dia pakai itam putih tu mcm br kuar court je..hihi

haha..baru nak ckp..
Quote hyie 23-5-2015 08:45 PM
bagi iols, cantik baju2 nya...bila tengok live, lagi cantik sebenarnya plus kak ziana memang dah cantik pon...sheols buat lagi ke rawatan muka sadur emas tu? kelasss sangat...
Quote noraidil_06 23-5-2015 08:45 PM
meletup hapenye.mcm peguam nk gi court je.choy
Quote estrelle 23-5-2015 08:49 PM
takat tutup kepala je dekk..ketet tetap melekap
Quote Suchi 23-5-2015 08:53 PM
betul ke kak ziana ni
ke dakjenni nih
tp takde plak kaza ngikut jd mmg kak ziana lah ni
Quote lionsleepin 23-5-2015 08:55 PM
noraidil_06 replied at 23-5-2015 08:45 PM
meletup hapenye.mcm peguam nk gi court je.choy

Court hearing inspired ...
Quote enchikfitz 23-5-2015 08:55 PM
Lagi gambo:





Quote makneng 23-5-2015 09:07 PM
xAthenax replied at 23-5-2015 08:05 PM

Nape mata mak nampak iras iras bik mah.. Tidakkkk my eyesssss

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.179097 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top