CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kontroversi Bersilih Ganti Bukan Petanda Zizan Razak Sudah Jatuh

26-5-2015 07:42 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 8516| Komen: 34

PETALING JAYA: Pelawak Zizan menyifatkan kontroversi terhadapnya yang muncul silih berganti baru-baru ini bukanlah petanda popularitinya mula jatuh seperti yang diperkatakan beberapa pihak.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 31, berkata, istilah zaman kejatuhan tidak boleh digunakan kerana ia merupakan ketentuan takdir Tuhan terhadap manusia.

"Kita tidak boleh kata seseorang itu sedang berdepan dengan zaman kejatuhan kerana jatuh bangun seseorang itu adalah ketentuan Allah.

"Saya pun tidak boleh bercakap adakah saya melalui fasa kejatuhan atau tidak kerana semua itu adalah rezeki. Dan Alhamdulillah, sehingga kini tawaran kerja masih lagi ada," katanya kepada mStar Online.

Kontroversi Zizan mula tercetus selepas hubungan cintanya dengan aktres Emma Maembong terputus gara-gara kehadiran pihak ketiga pada hujung tahun lalu.



Pelawak itu kemudiannya dituduh sebagai individu yang menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita.

Belum surut tuduhan itu, Zizan dikatakan telah melanggan pelacur ketika berada di Indonesia dan kerana kontroversi yang tercetus tanpa henti, difahamkan stesen televisyen Astro telah merehatkan Zizan daripada muncul dalam mana-mana program stesen televisisyen berkenaan sementara waktu.

Bagaimanapun Zizan kini sedang terlibat sebagai juri tetap program Ceria Popstar menerusi siaran  Astro Ceria (saluran 611) dan Maya HD (saluran 135).

Sementara itu  Zizan memberitahu, dia enggan kontroversi yang terpalit itu dikenangkan sebaliknya mahu memberi fokus terhadap kerjaya seni.

"Benda yang lepas biarlah ia berlalu. Saya anggap ia sebahagian dugaan yang perlu dilalui.

"Yang penting saya perlu lalui dugaan-dugaan ini dengan tenang dan pada masa sama fokus terhadap kerja. Saya terima saja sama.orang.luar di sana suka saya atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan akan terlibat dengan penggambaran super telefilem berjudul Strawberi Karipap untuk siaran Astro.


22

Bagus
15

Marah
25

Terkejut
22

Sedih
16

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 26-5-2015 02:34 PM
semua projek dia dgn astro jah...petanda? astro kene setelkan kontrak deols dgn zizang... nk hrpkan projek dgn stesen lain or produksi filem....yg dok tunggu tayangan pun dok delay2 sbb imej dia tgh buruk

takde sape leh cek ke berapa kutipan filem2 lakonan zizang utk tahun ni?
Quote tanganbercakap 26-5-2015 03:09 PM
Menyampah tengok perangai die dalam ceria popstar tu...rase macam lalat yang duk terbang2 kat depan mate je...
Quote ridz09 26-5-2015 03:21 PM
Dah x lama ni, akan lenyap dr dunia hiburan..
Quote NadineNajmie 26-5-2015 03:24 PM
Ok zizan. I jaga u, u jaga i. Janji delete gambar2 ehem kita
Quote atekome 26-5-2015 03:25 PM
Msia kalo dh jtuh jgn hrp nk bgn..kalo retis pompuan blh gak nanges2 pastu pakai tudung hrp org trima balik..tu pun blm tentu nie kn zizang..blk ganu jual kopok..byk sgt kntrobesi borink..
Quote noraidil_06 26-5-2015 03:34 PM
atekome replied at 26-5-2015 03:25 PM
Msia kalo dh jtuh jgn hrp nk bgn..kalo retis pompuan blh gak nanges2 pastu pakai tudung hrp org trim ...

alah tok jamal tu molek2 ada je menyanyi.sampai ke tua renta ni hah. zamani pun duj ramai lagi memuja2, legend la konon. ape sgt la si zizan buat.
Quote fry_paranoid 26-5-2015 03:35 PM
Br tgk cicakman3.. ya ampunn hazab giler . byk sgt edit yg trlalu ketara smp rase xde mud nk tgk sbb background mmg ktara guna kain hijau jer.. apatah lagi adengan lawan2 yg mcm budak2.. xpyhla nk buat movie canggih2 klu qualiti ala2 filem bajet murah kat barat.. sori lari topik pla haha
Quote atekome 26-5-2015 03:37 PM
noraidil_06 replied at 26-5-2015 03:34 PM
alah tok jamal tu molek2 ada je menyanyi.sampai ke tua renta ni hah. zamani pun duj ramai lagi mem ...

Tu konsep salah pgunaan dadah org msia blh trima..nie knsep gatai telo org msia tk blh trima jah..
Quote sukacactus 26-5-2015 03:38 PM
Ko ada ke xde ke sama ja
Gedikkk!
Quote kucen_miang 26-5-2015 04:12 PM
noraidil_06 replied at 26-5-2015 03:34 PM
alah tok jamal tu molek2 ada je menyanyi.sampai ke tua renta ni hah. zamani pun duj ramai lagi mem ...

alaa tak lama lagi org lupa la kisah dia ngan prost kat indon tu.
Quote tagas 26-5-2015 04:17 PM
Jatuh la cepat mamat hidong yo yo or ni..dah la kaki betina langgan pelacur lg..isk isk

Hrp johan tak lupe daratan la mcm mamat ganu bodoh ni  
Quote cmf_blingblings 26-5-2015 05:00 PM
tak baik menjatuhkan orang
Quote red_cattleya 26-5-2015 05:00 PM
johan maintain je..xde kelakar mne pn zizan neh
Quote bambimbom 26-5-2015 05:02 PM
lepas dah setlle kes dgn emma... aku tgk dia ni byk gak job wlpn dgn astro...

aritu pun dia ade wat showcase ramai je aku tgk orang datang... nak taw lebih show ape.. g cek ig dia..
Quote hyie 26-5-2015 07:38 PM
kalau zizan berhijab lepas ni, konpem ummah akan otomatik mengampunkan dosa2 lalu heshe...esp ummah forum cari...x gitu?
Quote akik 26-5-2015 09:15 PM
noraidil_06 replied at 26-5-2015 03:34 PM
alah tok jamal tu molek2 ada je menyanyi.sampai ke tua renta ni hah. zamani pun duj ramai lagi mem ...

jamal dan zamani kacak,suara sedap.zizan ni apa bakat yg dia ada.tau goyang telur je..
Quote tomet05 26-5-2015 10:16 PM
x lama man alah ni kan
Quote makneng 26-5-2015 10:18 PM
tagas replied at 26-5-2015 04:17 PM
Jatuh la cepat mamat hidong yo yo or ni..dah la kaki betina langgan pelacur lg..isk isk

Hrp ...

Maka benarlah gusip jijang cikcur kat yindon tu?  Mak ingatkan saje je org pitenah beliyau
Quote arira_arora 27-5-2015 03:30 PM
hyie replied at 26-5-2015 07:38 PM
kalau zizan berhijab lepas ni, konpem ummah akan otomatik mengampunkan dosa2 lalu heshe...esp ummah  ...

setuju........

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.050229 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top