CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Edisi Pelik tapi Benar - Rossy Dan Jibby naik train bersama

27-5-2015 10:01 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 16362| Komen: 84


Najib Tun Razak (kanan) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menaiki keretapi laju Shinkansen dari Tokyo ke Sendai untuk menghadiri perjumpaan bersama-sama pelajar di sebuah universiti hari ini. - Foto Bernama

TOKYO - JEPUN. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasai sendiri pengalaman menaiki Shinkansen, kereta api laju terkemuka Jepun, yang memecut dengan kelajuan 320km sejam.
         
Diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menaiki kereta api Hayabusa 15 Shinkansen itu pada pukul 10.40 pagi (9.40 waktu Malaysia) untuk ke bandar raya Sendai kira-kira 325km dari sini.
         
Perjalanan itu mengambil masa 96 minit, berbanding lebih empat jam melalui jalan raya.
         
Turut serta ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan Duta Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.
         
Terdahulu, Najib dan delegasi Malaysia diberikan taklimat mengenai perkhidmatan kereta api Shinkansen dan pembangunan di sekitar Stesen Tokyo oleh para pegawai syarikat kereta api East Japan Railway Company, yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Tetsuro Tomita.
         
Tetsuro memberitahu perdana menteri bahawa kereta api yang dinaikinya ke Sendai menggunakan teknologi terkini. - Bernama


5

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayang_mulut 26-5-2015 01:14 PM
beg tetap ..
Quote MeghanK 26-5-2015 01:15 PM
Nak tunjuk dorang pon marhanen gak ke cer naik KTM kat mesia ni..pengsan bangun pengsan pon kak Mah tak setuju
Quote Psychedelia 26-5-2015 01:15 PM
Naik train mahal mau la dia.. cuba naik train kat malaysia ni sikit...
Quote batmana 26-5-2015 01:16 PM
korang ni mcm tak paham plak,

mana muat bontot diorg dgn kerusi rakyat marhaen dlm LRT @ komuter malaysia.

tu yg dia tk naik tu..
Quote nabila11 26-5-2015 01:16 PM
wow bergayanya kak ros. lawa la beg. shawl pun lawa
Quote ResellerMaxis 26-5-2015 01:20 PM
verzad replied at 26-5-2015 01:14 PM
wow... macam yg baju putih tu je PM malaysia
muka penuh dgn keyakinan

yang sebelah dia tu lak macam isteri..
Quote tungkai 26-5-2015 01:20 PM
Kenapa bila aku scroll sampai kat posting si verzad tetiba komputer aku mcm hang? Ni spammer ke hape..??
Quote blinkazwa 26-5-2015 01:21 PM
sokmo orang lelaki akan kasik org perempuan duduk dalam.
dekat dengan tingkap..
so dia akan duduk kt luar..
sama konsep macam mak2, takkan biarkan anak duk kat kerusi luar..
anak duk kt tepi tingkap, mak2 duk kerusi luar..
protect konsep dia..
Quote pittjie 26-5-2015 01:22 PM
terjuntai2 dagu kak mah.
Quote kikuri 26-5-2015 01:23 PM
kak rossy nampak sangat bergaya.... scarf dan beg sedondon kalernya ...
Quote nh83 26-5-2015 01:24 PM
kihkihkih..kelakar la korang ni ..
haa apalagi bang jib silalah turun padang naik train kt mesia pulak..bru tau beza mcm mana..jgn asik dok nk mesia jadi negara maju bagai tapi train pun masih tahap low class!
Quote ResellerMaxis 26-5-2015 01:24 PM
MeghanK replied at 26-5-2015 01:15 PM
Nak tunjuk dorang pon marhanen gak ke  cer naik KTM kat mesia ni..pengsan bangun pengsan pon kak M ...


Najib berbual mesra dengan orang ramai di dalam LRT, hari ini. Foto Facebook Najib Razak

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini, meluangkan sedikit masanya untuk menaiki perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dari stesen Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke KL Sentral selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

Katanya, kehadiran beliau di dalam perkhidmatan LRT itu membuatkan orang ramai terkejut, namun dapat menerima kehadiran beliau dalam LRT tersebut.

"Selepas menunaikan solat Jumaat tadi, saya telah menaiki LRT dari PWTC ke KL Sentral bersama-sama warga ibu kota yang lain.

"Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah... mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita," katanya dipetik dalam laman facebooknya.

Dalam pada itu, Najib berkata, masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Oleh itu, katanya kerajaan akan mengenalpasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan itu demi keselesaan rakyat.

"Saya lihat masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Insya-ALLAH.. kita akan kenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat," katanya.

Berita 17 January..Tapi Jibby sorang lah..Rossy xkuasa naik train dekat malaysia ni..
Quote ResellerMaxis 26-5-2015 01:26 PM
nabila11 replied at 26-5-2015 01:16 PM
wow bergayanya kak ros. lawa la beg. shawl pun lawa

lepas ni rossy kena bergambar sambil duduk jer lah..memang nampak lawar dari biasa..gambar berdiri xsesuai langsung..
Quote ResellerMaxis 26-5-2015 01:27 PM
nh83 replied at 26-5-2015 01:24 PM
kihkihkih..kelakar la korang ni ..
haa apalagi bang jib silalah turun padang naik train kt mesia pu ...

refer post #14..i dah post pasal jibby naik lrt kat malaysia..
Quote ResellerMaxis 26-5-2015 01:28 PM
verzad replied at 26-5-2015 01:25 PM
heheehehehe
tgk gaya tangan dia pun cam abg pondan je

tv3 kena keluarkan balik rancangan pua chu kang..rossy ni sama macam rossy bini pua chu kang..
Quote Teru2Bozu 26-5-2015 01:29 PM
eleh.. naik tren kt Jepun buleh la.. try la naik KTM tu. Aku sarankan naik time2 org balik keje, nak g keje.. pastu merasa cane kalu tetiba KTM tu ada masalah teknikal,  sampai lambat sume..
Quote ResellerMaxis 26-5-2015 01:32 PM
Teru2Bozu replied at 26-5-2015 01:29 PM
eleh.. naik tren kt Jepun buleh la.. try la naik KTM tu. Aku sarankan naik time2 org balik keje, nak ...

kena tunggu azmin jadi pm lah kalau nak tengok tetiba ada pm dalam ktm waktu orang balik kerja..tu pun kalau dia xbz angkat sampah n korek longkang lah..
Quote kudin66 26-5-2015 01:38 PM
Tengok baik baik. Berapa juta agaknya jam, beg, kasut, spender yang Kak Mah pakai tu.
Quote monyet02 26-5-2015 01:38 PM
Pink sungguh beg ahkak

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040351 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top