CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keunikan keropok lekor Pulau Pinang

27-5-2015 03:42 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12093| Komen: 56


Siapa sangka makanan yang sinonim dengan negeri pantai timur turut diproses di Pulau Pinang.


BALIK PULAU, 27 Mei : Siapa sangka keropok lekor yang merupakan hidangan sinonim bagi negeri di Pantai Timur Semenanjung juga turut diproses di Pulau Pinang.

Dalam sebuah rumah kecil di Kuala Pulau Betong, Balik Pulau, tiga wanita bekerja keras menguli campuran isi ikan, tepung, gula dan garam bagi menyediakan hidangan yang popular di Kelantan dan Terengganu itu.

Salah seorang daripada mereka, Situ Aishah Mohd Said, 58 berkata, tidak ramai penduduk Pulau Pinang yang tahu mereka boleh mendapatkan keropok lekor yang diproses segar di tempat mereka sendiri.

“Biasanya bila sebut sahaja keropok lekor, apa yang bermain di fikiran pasti tentang negeri Terengganu dan Kelantan, namun di sini kami juga memproses makanan yang sama.


“Tidak seperti di Kelantan dan Terengganu, perniagaan kami hanya dijalankan secara kecil-kecilan. Kami hasilkan 100 keropok bersaiz besar yang dijual dengan harga RM2.50 dan 300 keropok bersaiz kecil berharga RM2.80 untuk paket 10 batang.

“Bagi wanita seperti kami yang juga isteri kepada nelayan di sini, industri kecil-kecilan seperti ini membantu kami menjana pendapatan tambahan walaupun tidak banyak untung,” katanya.

Menurutnya, kadang kala dia menerima tempahan daripada ekspo atau majlis yang mana pengeluaran mencecah 1,000 keropok sehari.

“Ada pelanggan memberitahu kami terdapat perbezaan keropok Pulau Pinang berbanding di Pantai Timur iaitu dari segi rasa dan teksturnya; di sini isi ikannya lebih dan ia lebih lembut,” jelasnya.

Aishah dan dua lagi rakan kongsinya, Asnah Mat, 63 dan Zuraini Ramli, 47, berkata walaupun pendapatan mereka tidak seberapa, tetapi ia baik untuk mengisi masa lapang disamping menjana pendapatan.

Asnah Mat, (kanan) menguli adunan ikan, tepung gula dan garam sebelum ia dipotong dan direbus.

Terdapat persatuan yang membantu kebajikan isteri nelayan iaitu Persatuan Wanita Nelayan atau Kunita yang aktif menjalankan perniagaan tradisi secara kecil-kecilan di rumah.

“Kami juga bertuah kerana mendapat bantuan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menyediakan peralatan untuk kami,” katanya.

Aishah berkata, walaupun ramai masyarakat di Pulau Pinang tidak tahu mengenai perniagaan mereka, dia turut memiliki pelanggan daripada Sabah dan Indonesia yang membuat tempahan keropok lekor.

Sementara itu, Asnah berkata, walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan tetapi dia boleh mengisi masa lapang sambal menjana pendapatan.

“Semua anak-anak kami sudah dewasa dan sudah berdikari sendiri, jadi kami mempunyai masa lapang yang banyak,” katanya.

Memulakan hari seawal jam 6 pagi, proses membuat keropok lekor bermula dengan mengadun isi ikan, tepung, garam dan gula, sebelum doh diuli dan dipotong kecil-kecil untuk direbus. Dalam pukul 11 pagi, kerja memproses itu siap dan ia sedia dijual pada jam 3 petang di gerai Kunita berhampiran.



TRP

7

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 27-5-2015 07:50 AM
kopok lekor paling sedap yg kontot demok tuu..
Quote kerunai 27-5-2015 08:05 AM
Korang kalo nk merasa kepok lekor yg A elok ke Marang
Quote chinta89 27-5-2015 08:08 AM
“Ada pelanggan memberitahu kami terdapat perbezaan keropok Pulau Pinang berbanding di Pantai Timur iaitu dari segi rasa dan teksturnya; di sini isi ikannya lebih dan ia lebih lembut,” jelasnya.

siap cakap perbezaan lagi.. isi ikan banyak dan lembut.. kalau ye pun pelanggan ckp mcm tu x pyh la kebangga sgt.. nk ckp kepok uols buat lg sedap ke apa?

kat terengganu ni byk je keropok ikan yg isi banyak, lembut2 lagi.
Quote sambaldurian 27-5-2015 08:19 AM
mcm nk try pulak, apa rasa ikan selat melaka jd keropok lekor,klu g ziarah kwn ak kt p.pinang nk suh la dia bwk g sini
Quote Suchi 27-5-2015 08:20 AM
chinta89 replied at 27-5-2015 08:08 AM
“Ada pelanggan memberitahu kami terdapat perbezaan keropok Pulau Pinang berbanding di Pantai Timur  ...

huhu org pantai timur siap mkn kepok ngn nasi lagi tau
kita2 ni biasanya goreng kepok sbb wat kudapan krup krap cicah sos
dorang goreng kepok simpan dlm balang wat mkn ngn nasi
maklumlah kepok kuat rasa ikan mmg sedap mkn ngn nasi.
ibarat mkn nasi ngn ikan lah jugak
Quote chinta89 27-5-2015 08:30 AM
Suchi replied at 27-5-2015 08:20 AM
huhu org pantai timur siap mkn kepok ngn nasi lagi tau
kita2 ni biasanya goreng kepok sbb wat ku ...

iols makan ngn bihun goreng atau mee goreng sajork..

makan ngn nasik, itu pior punya olang maaaa.. iols x biasa walopom lahir pantai timorrrr...

budak2 zaman skg kekdahnya..
Quote muraicomey 27-5-2015 08:37 AM
Keropok lekor btb tetap paling best bagi akak
Quote paz 27-5-2015 08:40 AM
Keropok lekor BTB terbaik
Quote foxnike 27-5-2015 08:41 AM
keropok lekor potong2 besar kelengkeng, masuk dlm sayur masak lemak. Hohoho.. org penang xmakan mcm ni.
Quote gaara_X 27-5-2015 08:53 AM
tengok jenis ikan digunakan dah tahu tesktur and warna cam ne.....
Quote prizadane 27-5-2015 08:58 AM
adeh.. dekat perak area tronoh ni ada satu kilang keropok besar. memang market sampai overseas pun. takde kecoh pun cam keropok penang ni.. haha. aku rasa sama je kot rasa keropok ni. keropok perak ke, terengganu ke..kena tengok air tangan orang yang menguli keropok tu la.. so tak perlu la nak compare kata keropok penang lagi sedap. kat terengganu tu berlambak je keropok sedap...

exaggerate sangat news ni..
Quote kecimpret 27-5-2015 09:04 AM
kopok leko kelulut tetap di hati
Quote Suchi 27-5-2015 09:04 AM
chinta89 replied at 27-5-2015 08:30 AM
iols makan ngn bihun goreng atau mee goreng sajork..

makan ngn nasik, itu pior punya olang maaa ...

haah sama lah selalu kalo wat nasi goreng mst kena ade keropok goreng
takyah guna sudu dah guna kepok je..
nyum nyum
adeh terliur plak dahlah stok kepok tade dah kt umah ni
kt umah iols kena goreng byk2 kepok satu bekas bertangkai yg mcm baldi tu pun xcukup

Quote yeos 27-5-2015 09:05 AM
marketing strategi ni.... tapi mcm bangga sangat2 je ayat tu...
Quote cikmi 27-5-2015 09:20 AM
x nmpk menarik
Quote chinta89 27-5-2015 09:28 AM
Suchi replied at 27-5-2015 09:04 AM
haah sama lah selalu kalo wat nasi goreng mst kena ade keropok goreng
takyah guna sudu dah guna k ...

keropok keping jd sudu dah...
Quote chinta89 27-5-2015 09:29 AM
Suchi replied at 27-5-2015 09:04 AM
haah sama lah selalu kalo wat nasi goreng mst kena ade keropok goreng
takyah guna sudu dah guna k ...

keropok keping jd sudu dah...
Quote krieysa 27-5-2015 09:38 AM
Sedapnya keropok keping goreng makan dgn nasi goreng ke, bihun goreng ke, me goreng ke... Aku tengok keropok tu mcm x sedap je.. guna isi ikan apa ??Guna ikan selayang la yg terbaik..
Quote Lorra2411 27-5-2015 09:39 AM
iolss tetap suka keropok lekor di Ganu

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047925 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top