Mari berkenalan dengan kucing bernama Roux ini menjadi popular di Instagram kerana kelihatan sangat ceria walaupun mempunyai kekurangan pada tubuhnya. Roux lahir tanpa dua kaki depan mengalami kecacatan yang congenital yang jarang dihidapi oleh kucing. Kucing yang dimiliki oleh Jackie Deak Akey itu menjadi selebriti Instagram kerana sentiasa kelihatan ceria dan sangat bersemangat menjalani kehidupan sehari-harinya. Tanpa dua kaki depannya Roux harus berjalan dengan melompat-lompat.
Roux tinggal bersama pemiliknya di Louisiana, Amerika itu, tetap ceria seperti kucing-kucing lain. Ia dirawat dan dijaga dengan baik oleh Jackie menjadi kucing yang sihat dan berdikari. Roux boleh melakukan kegiatan sehari-hari seperti makan dan minum, sendiri. Ketika mahu makan atau minum, Roux akan berusaha menurunkan tubuhnya agar lebih dekat dengan tempat makanan dan minumannya. Selain makan dan minum, Roux yang aktif juga dengan santai melompat ke atas sofa untuk bermain. Hingga saat ini, peminat Roux di Instagram sudah mencapai puluhan ribu. Akaun @lilbunnysueroux juga telah diikuti sebanyak 86 ribu peminat dari seluruh dunia.
|
ADVERTISEMENT